Saturday, October 29, 2011

Orientasi 2011-2012

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan darah pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rending
Bersemadi syuhada pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Disinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpadukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Ku sambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan Iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Israk ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk Ummah melihat masa depan
Sebagai ulama sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan
Selamat Datang tetamu Dataran Syam!
-dipetik dari Saiful Islam.

Orientasi pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012.
Marhaban li Thulabul ‘Ilm!! Dmasyq telah menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baru bagi sesi 2011/2012. Kedatangan tetamu-tetamu Allah ini sememangnya amat dialu-alukan. Dmasyq juga telah menyiapkan beberapa program orientasi khusus buat saudara-saudara baru kita.
Tarikh 29-10-11 merupakan tarikh pembukaan sesi oreintasi 2011/2012. Ahli Dmasyq telah berkumpul di bumbung Embc dimana Akh Khairi telah memberi kata-kata aluan buat pelajar-pelajar baru. Bak kata Akh Khairi "Yang patah pasti tumbuh yang hilang pasti berganti" . Walaupun keadaan Syria masih tidak stabil, namun semangat yang membara ada di dalam diri setiap pelajar yang datang ke bumi Syam ini. Beliau juga menerangkan sejarah penubuhan Dmasyq dan struktur organisasi persatuan.

Orientasi kali ini agak berbeza sedikit dengan tahun lalu. Kerana tahun ini pelajar syabab ditanyakan beberapa soalan.. Seperti apa hadaf mereka, kenapa mereka memilih syria dan sebagainya. Selepas soalan dan sedikit panduan tentang 'selok-belok' Syria, penganjur majlis ini telah menyelitkan program pembelajaran bahasa pasar Syria (amiyyah) khusus buat saudara baru. “kelas Arab (amiyyah) ini telah dikendalikan oleh Akh Ismail Hashim.
Barakahllahufiykum insyaallah.

No comments: