Tuesday, November 29, 2011

Annual General Meeting

AGM gentakkan lagi di darul embac pada tahun ini.. Siapa yang akan menjadi Presiden kali ini? Dan siapa pula yang akan menjadi wakil akhawat bagi tahun ini..? AGM tiada lagi siaran ulangan. Kami persatuan dmasyq telah mengadakan siaran langsung AGM rabu lalu pada jam 9 pagi tepat. Majlis ini ditirai kan dengan membaca kitab suci alquran oleh Akh Suhaimi. Dan mengikuti ucapan rasmi dari presiden DMASYQ Akh Khairi . Presiden menjemput kesemua Ahli Jawatankuasa Tertinggi DMASYQ sesi 10-11 untuk mengambil tempat. Dan ucapan perasmian serta kata-kata aluan oleh presiden DMASYQ.

Mesyuarat AGM bermula dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat AGM DMASYQ ke-4 2011. Seperti berikut pembentangan laporan kewangan, Lajnah dan Unit bagi sesi 10-11. Pembacaan dan pembahasan undang-undang perlembagaan seperti tahun yang lalu.

Sesi pembubaran dan pengundian. : Perlantikan pengerusi majlis ialah Akh Muhd Faizal dan setiausaha sementara Akh Hasyim, Akh Faizal telah meringkaskan kata-kata yang ingin sampaikan mengenai persatuan bahawa persatuan itu adalah penting bagi kita yang belajar diluar Negara dan ia menasihati agar kita memilih yang terbaik untuk EXCO masa akan datang. Dan juga ia telah mengambil kata-kata perangsang oleh ahli EXCO, contoh Presiden Mohammad Khairi Nazron telah mengeluarkan kata kata indah iaitu “setahun sudah kita merenangi lautan yang besar,awalnya tenang,kemudian bergelora di tengahnya dan kembali tenang sebelum tiba di pantai.” Dengan kata-kata yang indah itu ahli DMASYQ bersemangat untuk hidup secara berjema’ah, khususnya yang berada di rantauan.

Setelah selesainnya sesi pembubaran, Akh Faizal menerangakan cara-cara pengundian serta pengaguhan kertas undi, beliau telah memberi masa setengah jam untuk berkempen keluar dan juga kempen masuk. Dengan itu EMBAC menjadi gegar kerana mempunyai ramai suara yang ingin dikempenkan. Tanpa membuang masa acara diteruskan dengna pengundian dimulakan. Sementara menunggu keputusan dan pihak pengiraan undi masih mengira kami telah menonton damascene pada tahun 2008 yang lalu. Sambil itu kami menjamu selera yang telah disediakan.. keputusan akan diumumkan selepas waktu solat Asar.

Keputusan penabalan jawatankuasa tertinggi DMASYQ bagi sesi 11-12 :

Presiden DMASYQ : Muhd Taufiq Bin Mohd Sidek
Naib Presiden DMASYQ : Muhd Munir Bin Zulkifli
Exco Syabab: Muhd Suhaimi, Ismail Hashim , Muhd Shaheedan, Muhd Khairi
Wakil Akhawat DMASYQ : Nurul Huda Bte Habibul Rahaman
Naib Wakil Akhawat : Rasyidah Ahmad
Exco Akhawat : Nur Faseha, Syafawati.

Keputusan bagi Ketua LAJNAH:

LAJNAH TA’LIM : Syed Muhammad Alsagoff
Wakil Akhawat : ‘Afeyah Bte Mustafah
LAJNAH KEBAJIKAN : Muhd Aidil Rausi
Wakil Akhawat : Liyana Musfirah

MUBARAK kepada semua dan kami ahli Dmasyq berterima kasih kerana sudi memegang tanggungjawab, amanah dan kebebasan dalam perlaksanaan kerja. Semoga Allah s.w.t mengeratkan dan mengekalkan silaturahim yang terjalin ini selagi hayat dikandung badan dan mudah-mudahan menjadi saksi kita di medan mizan, insyaAllah aminn.

No comments: