Dmasyq

29 zulqaedah 1421 bersamaan 23 februari 2001 adalah tarikh penubuhan persatuan pelajar Singapura di Syria.

Perhimpunan Belia Islam Singapura Syria diasaskan oleh sekumpulan pelajar Singapura yang mana pada ketika itu jumlah mereka hanyalah sekitar 10 orang.
Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk menjadi wadah tempat pelajar Singapura berkumpul.

Setelah 6 tahun bernaung dibawah nama PBISS para ahli telah bersepakat untuk membuat beberapa peralihan di dalam persatuan antaranya menukar nama dan logo persatuan,
mengemaskinikan struktur pentadbiran dan menyiapkan perlembagaan.

Selelah hampir setahun bermusyawarah, ketika mu’tamar thanawi ke-6 nama Dewan Mahasiswa Singapura Damascus Syria (DMASYQ) dipilih untuk menggantikan PBISS.

Pada 27hb Mei 2007 DMASYQ telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Ugama Islam Singapura Encik Alami Musa ketika lawatan delegasi MUIS ke Damascus, Syria.

UNTUK MAKLUMAT TENTANG PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI DAMASCUS, SILA LIHAT POSTING YANG TELAH KAMI BUAT PADA 11 JUN 2008.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI