Thursday, September 22, 2011

Mengingati Rasul

Jumaat 22 Sept 2011

Assalamualaikum wr wb…

Salam sejahtera buat semua yang melungsur ke blog ini,semoga dalam keadaan sihat wal Afiat..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dan berselawat ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam… di dalam menyambut bulan Dzulqa’edah yang lalu di bumi syaam Syria,,kami persatuan pelajar-pelajar Dmasyq telah membuat majlis sambutan yang di tempatkan di rumah Darul EMBAC selepas asar. Dgn adanya pelajar baru 2011 kali ini meraihkn semangatnya kita untuk melafazkan selawat yang kami junjungi.. Majlis tersebut di buka dengan bacaan ayat-ayat suci yang dibawa oleh Akh Syed Muhammad.

Lalu majlis ini diteruskan oleh Akh Khairi untuk mengambil tempat selaku pengerusi majlis.

Majlis diisi dengan muhadharah pertama yang disampaikan oleh Akh Hasyim. Setelah basmalah dan hamdalah, Akh Hasyim terlebih dahulu meminta izin para hadirin yang mempunyai nasab dengan Rasulullah saw sepertimana yang pernah dilakukan oleh Sheikh Abul Huda. Muhadharah dimulakan dengan kisah Imam Shafie ketika beliau menghadiri satu majlis ilmu dimana terdapat Ahl Beit dalamnya, Imam Shafie telah berlagak seakan budak kecil yang tiada secebis ilmu di dada demi menghormati Ahl Beit Rasulullah saw.

Akh Hasyim telah mengetengahkan beberapa info penting yang perlu setiap muslim tahu. Pertama beliau telah memberitahu kami waktu-waktu berselawat ke atas Rasulullah saw dilazimkan, antaranya ialah:

  • setiap kali selepas azan berkumandang
  • di tashahhud akhir
  • dalam solat jenazah pada takbir yang kedua
  • dalam takbir raya (seperti yang kita dapati dalam takbir versi Syria, manakala di Singapura kita jarang mendapatinya)
  • dalam doa qunut
  • pada setiap malam Jumaat
  • pada khutbah hari raya atau khutbah hari jumaat
  • ketika ingin berdoa
  • ketika ingin menziarahi Baginda (contohnya ketika dalam perjalanan dari Makkah ketika ke Madinah Munawwarah)
  • ketika telinga berdesing.

Kemudian Akh Hasyim telah menerangkan kepada kami makna perkataan as-solah (الصلاة) dan as-salam (السلام).

Perkataan (الصلاة) terdapat 3 makna.

Makna pertama: dari segi lughah bermaksud: doa, makna
kedua: dari segi istilah pula ia bermaksud: perkataan dan perbuatan yang bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam dengan syarat-syarat yang khusus.
Tetapi makna solat yang ingin diketengahkan pada hari itu adalah maknanya yang ketiga iaitu: gabungan antara makna istilah dan lughah atau kata lain selawat ke atas Rasulullah saw.

Manakala makna perkataan as-salam (السلام) terbahagi kepada tiga:

(1) kesejahteraan (الأمان)

(2) ucapan selamat (التحية) atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai greetings.

(3) Memberi salam (التسليم).

Akh Hasyim turut mengatakan bahawa terdapat makna-makna yang berlainan jika ucapan selawat yang datang sama ada dari Allah, malaikat atau manusia.

Jika Allah swt berselawat ke atas Rasulullah maka ia bermaksud: Allah menurunkan rahmatNya ke atas kekasihNya itu beserta dengan kehormatan(التكريم) kepadanya. Jika para malaikat berselawat ke atas Baginda ia bermaksud: memohon keampunan (الإستغفار) dan doa. Jika orang-orang mukmin yang berselawat ke atas Baginda ia bererti: mereka merasakan kehambaan terhadap Allah (التضرع) dan doa.

Antara contoh selawat yang selalu diamalkan muslimin adalah seperti berikut:

- اللّهم صلّ على سيّدنا محمد صلّى الّله عليه وسلّم

- صلّى الّله على سيّدنا محمد صلّى الّله عليه وسلّم

- الصلاة والسلام على سيّدنا محمد صلّى الّله عليه وسلّم.


Diantara sebab kita berselawat ke atas Rasulullah saw adalah: kita sebagai umatnya tidak mampu membalas jasanya yang tidak terkira itu contohnya nikmat Islam, oleh kerana itu selawat merupakan satu cara dimana kita memohon dari Allah agar mengurniakan Baginda ganjaran yang setimpal dengan jasa-jasa baginda selama ini. Di samping itu, jika seorang muslim itu berselawat ke atas Baginda seolah-olah dia telah berkata: “aku akan patuh dengan perintah Allah sepertimana yang telah diwahyukan kepada RasulNya”, dengan ini Rasulullah akan dapat ketenangan hati yang bahwasanya umat Baginda tidak mengingkari syariat Allah. Ganjaran bagi mereka yang berselawat ke atas Baginda juga sangat besar sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah:

(( من صلّى عليّ صلاةً صلّى اللّه عليه عشرًا )).

Kemudian Akh Hasyim mengupas pula tentang i’rab (إعراب) pada perkataan (صلّ). Perkataan ini sebenarnya bukanlah (فعل أمر) walaupun memang ia berbentuk (صيغة) menyuruh (أمر) tetapi sebenarnya perkataan ini bermaksud doa.

Akhir sekali Akh Hasyim telah menyentuh tentang satu jumlah yang sering disebut pada akhir setiap majlis ilmu atau majlis-majlis agama yang lain. Ayat itu adalah:

(( جزى اللّهُ عنّا سيّدنا محمدًا صلّى اللّه عليه وسلّم ما هو أهله )).

Maksud dari ayat ini ialah: semoga Allah memberi ganjaran sebaik-baik ganjaran kepada Rasulullah kerana Baginda layak menerimanya di atas semua ilmu dan ajaran yang telah disampaikan oleh Baginda selama ini.

Kemudian Annasyid dari Madihul Mustafah telah mendendangkan selawat keatas nabi s.a.w, amat menarik dan kami yang mendengar ini amatlah hayati..

Majlis turut dihiasi dengan muhadarah yang kedua disampaikan oleh Akh Faizal. Akh Faizal menyampaikan muhadarah beliau dalam dua bahasa: bahasa arab dan melayu. Pada awalnya, beliau bertutur dalam bahasa arab. Beliau menyentuh tentang alat-alat muzik yang sedang digunakan pada waktu itu seperti kompang dan lain-lain. Beliau memperingatkan kepada kami bahawa alat-alat muzik tersbut bukanlah untuk melalaikan kita dengan alunan muzik bahkan ianya hanya satu wasilah dalam membantu mengingati Allah dan kekasihNya. Alat-alat muzik sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi kerana ketika itu tiada kemudahan teknologi seperti telefon atau internet. Alat-alat muzik digunakan untuk memberitahu kepada pendengar bahawa maulid sedang diadakan di tempat itu.

Akh Faizal turut menyebut bahawa sahabat Rasulullah adalah golongan manusia yang paling istimewa selepas Rasulullah saw. Seorang ulama pernah berkata:

(( أصحاب رسول الّله خير الخلق رؤساء الملائكة )).


Kemudian, beliau mengatakan bahawa Allah telah memberi satu kelainan kepada Rasulullah dimana tiada manusia yang diciptakan sama seperti Baginda selepas mahupun sebelum kelahiran Baginda. Kita sebagai ummat Baginda disuruh berselawat atasnya kerana ketinggian darjat Rasulullah. Majlis-majlis maulid adalah natijah cinta umah Baginda terhadapnya. Selain itu, kita juga mengharapkan keredhaan Allah dan bukanlah majlis maulid itu diadakan untuk bersuka-ria. Kita juga haruslah tahu bahawa selawat dan pujian-pujian kita kepada Rasulullah bukanlah seperti pujian orang-orang Nasrani terhadap nabi-nabi mereka.

Para sahabat Rasulullah diberikan keistimewaan kerana mereka pernah bergaul(صحبة) dengan Baginda, oleh itu kita haruslah sentiasa bergaul dengan para ulama, jika kita tidak dapat bersama dengan seorang alim, cukuplah dengan solat di belakang mereka. Antara sebab kita perlu bergaul dengan ulama ialah mereka mempunyai akhlaq yang mulia dan tanpa disedari, diri kita juga dapat sedikit tempias dari akhlaq mereka yang terpuji itu.

Pesanan yang menarik buat kami pada hari itu yang telah diberikan oleh Akh Faizal ialah: biasakanlah diri kita dengan bertanya soalan kepada para ulama, walaupun kadangkala kita tahu jawapannya, tetapi akan dapati jawapan mereka jauh lebih baik dari jawapan kita kerana tahap ilmu mereka yang seindah lautan.

Dan saat-saat yang di nanti-nantikan ialah menjamu selera . Dan jamuan kali ini yang dimasak oleh chef-chef Dmasyq(Akhawat)

Alhamdulillah majlis sambutan pada hari tersebut berjalan dengan lancar,terima kasih bagi mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut khusus bagi ahli rumah embisi yang sudi meminjamkan tempat dan bagi semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut,semoga Allah subhanahu wa ta’ala membalas jasa baik antum dan antunna semua.Jazakumullah kheiran wa kullu aam wa antum bi alf kheir.. Wa la tansaw biddu’a…..

No comments: