Saturday, December 11, 2010

MUIS Seminar di Damsyiq; 26 Oktober 2010.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Pada hari Selasa 26 Oktober 2010 berlangsunglah seminar MUIS bertemakan "Dynamic Leaders for a Progressive & Religiously Resilient Muslim Community". Bertempat di Dedeman Hotel, Damsyik, seminar yang diadakan buat kali ke-2 di bumi Syam ini berlangsung selama sehari dari jam 930pagi hingga jam 7malam. MC pada hari itu ialah Akh Suhaimi Bin Zainal.
Dr Albakri Ahmad, dekan Akademi MUIS, membentangkan kertas kerja bertajuk "Profound Religious Content for a RICAP Religious Life". RICAP adalah singkatan bagi ciri2 seorang ketua yg dinamik, iaitu: "resilient, inclusive, contributive, adaptive, & progressive". Antara tujuan seminar ini diadakan ialah mempersiapkan minda pelajar yg merupakan bakal ketua masyarakat agar celik tentang realiti sosio-politik di Singapura serta cabaran era globalisasi masakini. Beberapa fikrah yg dikemukan oleh Dr Albakri begitu memberangsangkan, contohnya saranannya agar pelajar:
-memperluas "skills-set" namun mendalami sesuatu bidang ilmu tertentu agar pelajar dapat menjadi pakar atau spesialis yg berkemahiran tinggi;
-menjadi pemikir polisi & strategi;
-serta menghasilkan isi atau "content" yg bernas untuk program atau kurikulum yg sedang atau akan dijalankan di Singapura.

Ustaz Kamaruzzaman Afandi dari Pejabat Mufti MUIS pula membentangkan fatwa2 terkini. Di antara isu2 yg diketengahkan ialah isu joint-tenancy (pemilikan bersama harta rumah) serta isu nominasi CPF.

Sesi soal-jawab diselenggarakan oleh Akh Achmad Fadli (bagi tajuk pertama) & Akh Mohd Taufiq (bagi tajuk kedua). Nampaknya para pelajar kita begitu bersungguh2 mengemukakan pandangan, soalan & komentar sepanjang sesi tersebut. Tetapi lebih banyak lagi fikrah yg dilontarkan semasa sesi "breakout" di mana kami dibahagikan kepada 6 kumpulan & diberi peluang membentangkan topik2 tertentu berkontekskan Singapura seperti realiti hidup berbilang kaum & agama, masalah semasa seperti tatu & kuda kepang, dll. Masa amat terhad untuk menyampaikan pandangan & hujah - ramai kumpulan mengambil masa yg lebih lama dari yg diperuntukkan. Namun akhirnya majlis seminar tamat pada jam 730malam dengan acara kemuncak makan malam & acara pertukaran cenderahati antara delegasi MUIS serta wakil DMASYQ.

No comments: