Saturday, December 11, 2010

Fiesta Gempak IPAS 2010

Bismillahir Rahmaanir Raheem.



"Mantapkan Ukhwah, Gempakkan Fikrah."
Dengan bertemakan tema di atas, Ikatan Pelajar Asean Syria (IPAS) telah berjaya menjalankan program pertemuan IPAS Akhawat 2010 di Mazra'ah Sheikh Ratib Nabulsi; Beit Sawa, pada tanggal 12 November 2010. Acara yang lebih dikenali sebagai "Fiesta Gempak IPAS" ini telah dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa dari empat buah negara berjiran iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai mediumnya, ternyata program ini berjaya memenuhi hadaf utamanya iaitu mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar Syria dari empat negara asean ini.

Fiesta Gempak IPAS telah dihadiri oleh hampir 160 hadirat, dan program yang dijalankan adalah persembahan yang mantap dari semua negara dan juga peraduan pidato. Seterusnya, mereka yang hadir pada hari itu telah dipecahkan kepada lima buah kumpulan, setiap kumpulan dirangkumi pelajar dari keempat buah negara, maka permainan padang ataupun "games" serta "Explorace Faqih" kemudiannya dijalankan. Ternyata, dengan cara ini, pelajar asean yang biasanya tidak mempunyai ruang yang luas untuk berkenalan antara satu sama lain di luar kelas pada hari-hari biasa, telah dapat mengenali serta merapatkan lagi ukhuwah mereka sesama sendiri.

SYABAS kami ucapkan pada mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini, semoga segala penat mereka diberkati ILAHI, dan semoga ukhuwah yang terjalin antara pelajar Asean di majlis ini berkekalan hingga ke akhirnya, insya ALLAH.

"Jalinan Ukhwah erat semula,
Di IPAS kita kumpul bersama,
Bertegurlah sesama salam dihulurkan,
Ukhuwah disemai moga berkekalan..."
-senikata lagu wahana DMASYQ; Fiesta Gempak IPAS 2010-

No comments: