Saturday, December 11, 2010

MALAM CINTA RASUL Sallallahu 'Alaihi Wasallam

BismilllahirRahmaanirRaheem

Alhamdulillah pada tanggal 13 November yang lepas, keluarga besar DMASYQ telah bersama-sama menjayakan program MALAM CINTA RASUL S.A.W. Diadakan di Emba-c, majlis dimulakan sejurus selepas solat maghrib. Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dan Akh Taufiq kemudiannya menyampaikan sedikit kata-kata aluan bagi keluarga DMASYQ. Bacaan Dibai’ beramai-ramai kemudiannya menyusul.

Majlis diselang-selikan dengan nasyid yang didendangkan oleh syabab dengan dua tazkirah dari Akh Faizal dan Akh Ismail.
Akh Faizal telah menyentuh tentang topik ‘Suhbah’. Beliau telah mengulas tentang suhbah rasulullah SAW dan peradaban nabi Muhammad SAW.
Akh Ismail pula telah mengongsi beberapa uslub atau cara untuk membersihkan rohani (Uslub Tothir). Antara uslub tersebut: berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah, Zikir, Taubah dan Mahabbah. Selain itu, beliau juga menekankan tentang perlunya menghapuskan keburukan didalam diri kita (Iqla’ Mafasid). Antara cara tersebut ialah dengan banyak membaca Al-Quran, mengerjakan nawafil, berzikit, tafakur dengan sifat-sifat Allah, bersyukur dan menyerahkan seluruh jiwa kepada Allah, bermunajat kepadaNya, sering mendampingi ulama’ dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menjauhkan kita dengan Allah.
Majlis kemudiannya ditutup dengan makan malam beramai ramai. Hidangan kali ini?? Nasi Ambeng!
Sekalung penghargaan buat pihak penganjur dan sekalian keluarga besar Dmasyq. Jazakumullah khair kathiran.

No comments: