Saturday, December 11, 2010

Sambutan Aidiladha 1431H DMASYQ

الله أكبر ..الله أكبر ..الله
أكبر ..لا إله إلا الله ..الله أكبر ..الله أكبر ولله الحمد ..لبيك اللهم
لبيك ..لبيك لاشريك لك لبيك ..إن الحمد والنعمة لك والملك لاشريك لك
..سبحان الله العظيم .. سبحان الله وبحمده ..سبحان الله والحمد لله وأستغفر
الله ولا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد ولا حول ولا قوة إلا بالله
العلي العظيم ..سبحانك ربي لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك..كل عام
وأنتم بخير



Bismillahir Rahmaanir Raheem.


Tanggal 17 November 2010, Rumah Persatuan Pelajar-Pelajar Singapura di Syria (Emba-C) bergema dengan takbir raya menyambut kedatangan siswa-siswi seawal 10 pagi. Majlis yang dipengerusikan oleh akh Syurahbil dimulai dengan bacaan ayat ayat suci al-Quranul Karim, nasyid, deklamasi sajak dan sesi fotografi sesama sendiri. Di perjumpaan yang penuh barakah ini, majlis mengambil kesempatan merakamkan sekalung tahniah dan syabas buat 4 siswa Sanghofuri yang berjaya menamatkan pengajian mereka di institusi-institusi pengajian tinggi di Syria. Mereka adalah:

1-ACHMED FAHDLY BIN MOHAMED KAMSARI

2-MUHAMMAD MUNIR BIN ZULKIFLEE

3-MUHAMMAD HASAN BIN MASNIN

4-MUHAMMAD FADLI BIN MOHAMED AYUB

Satu slot khas temuramah bersama siswa-siswa tersebut demi berkongsi pengalaman dan peringatan untuk dijadikan teladan buat semua tholibul ‘ilm khususnya ahli Dmasq. Banyak nasihat dan pengajaran yang diperolehi dari kata-kata mutiara mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan nasi briyani daging korban, juadah paling istimewa, setahun sekali sahaja disantap di Syria.

No comments: