Thursday, October 28, 2010

Annual General Meeting 2010

AGM 2010 digempakkan lagi di Embc. Siapa yang akan menjadi Presiden kali ini? Dan siapa pula yang akan menjadi wakil akhawat? AGM tiada lagi siaran ulangan. Kami persatuan dmasyq telah mengadakan siaran langsung AGM jumaat lalu pada jam 2 petang tepat. Majlis dibuka dengan membaca kitab suci alquran oleh Akh Muslim, pelajar baru di Dmasyq pada tahun ini. Dan diikuti dengan ucapan rasmi dari presiden DMASYQ Akh Fadhli . Presiden menjemput kesemua Ahli Jawatankuasa Tertinggi DMASYQ sesi 09-10 untuk mengambil tempat.
Mesyuarat AGM bermula dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat AGM DMASYQ 09. Seperti berikut pembentangan laporan kewangan, Lajnah dan Unit bagi sesi 09-10. Pembacaan dan pembahasan undang-undang perlembagaan seperti tahun yang lalu.
Sesi pembubaran dan pengundian. : Perlantikan pengerusi majlis ialah Akh Muhd Jamalullail dan setiausaha sementara Akh Hasan. Akh Muhd Jamalullail telah meringkaskan kata-kata yang ingin sampaikan mengenai persatuan bahawa persatuan itu adalah penting bagi kita yang belajar diluar Negara dan ia menasihati agar kita memilih yang terbaik untuk EXCO masa akan datang. Dan pihak pengerusi menjemput Akh Achmed Fahdli untuk menerangakan cara-cara pengundian serta pengaguhan kertas undi, beliau telah memberi masa setengah jam untuk berkempen keluar dan juga kempen masuk. Dengan itu EMBAC menjadi gegar kerana mempunyai ramai suara yang ingin dikempenkan. Tanpa membuang masa acara diteruskan dengna pengundian dimulakan. Sementara menunggu keputusan dan pihak pengiraan undi masih mengira kami telah menjamu selera NASI MANDI yang telah disediakan.. keputusan akan diumumkan selepas waktu solat isyak.
Keputusan penabalan jawatankuasa tertinggi DMASYQ bagi sesi 10-11 :
Presiden DMASYQ : Muhd Khairi Bin Nazron
Naib Presiden DMASYQ : Muhd Taufiq Bin Mohd Sidek
Exco Syabab: Muhd Zamir, Muhd Mudzakir , Muhd Shaheedan, Muhd Qusairi.

Wakil Akhawat DMASYQ : Nurul Huda Bte Khamsani
Naib Wakil Akhawat : Nurul Huda Bte Habibul Rahaman
Exco Akhawat : Noor Lindah, A’feyah.

Keputusan bagi Ketua LAJNAH:
LAJNAH TA’LIM : Ahmad Muhammed Jamalullail
Wakil Akhawat : Siti Faseha

LAJNAH KEBAJIKAN : Muhd Zikri
Wakil Akhawat : Syafawati

MUBARAK kepada semua dan kami ahli Dmasyq berterima kasih kerana sudi memegang tanggungjawab, amanah dan kebebasan dalam perlaksanaan kerja. Semoga Allah s.w.t mengeratkan dan mengekalkan silaturahim yang terjalin ini selagi hayat dikandung badan dan mudah-mudahan menjadi saksi kita di medan mizan, insyaAllah aminn.


-Bint Hashim-

1 comment:

Muslim said...

Tahniah kepada semua ahli2 baru, semoga kita semua diberkati oleh Allah