Monday, October 04, 2010

Program bulan September 2010

Persatuan DMASYQ , bulan ini kami telah mengadakan majlis LEBARAN PERANTAU 4 sahaja, Sepertimana setiap tahun kami telah meraikannya bersama ahli-ajli DMASYQ.




Tanggal 2 Syawal 1431H, Majlis Lebaran Perantau 4 kembali lagi menghiburkan keluarga kecil DMASYQ diGhutoh.
Pakaian Tradisi Melayu yang pelbagai warna tampak sopan dipakai oleh Akhawat dan juga Syabab. Ia sekaligus menambahkan seri Lebaran Perantau4 10’

Akh Muzakir dan Akh Muslim tidak canggung menjadi pengerusi majlis. Alunan ayat suci dari Akh Syed Muhammad sebagai pembuka tirai dan disusuli dengan ucapan ringkas dari pengarah LP4 iaitu Akh Zamir dan tidak lupa President kami Akh Fadhli. Majlis juga meriahkan lagi dengan permainan@game yang bertujuan merapatkan lagi ukhuwwah dan sekaligus menyambut kehadiran pelajar-pelajar yang baru sampai disyria. Contohnya kami mengadakan permainan yang bernama ‘Tak kenal maka tak cinta’ seperti ice-breaking,dimana pelajar-pelajar baru lebih mengenali antara satu sama lain. Dan juga ‘Tersimpul rapi’.Permainan yang baru, ringkas dan rapi. Seterusnya acara “Video Ucapan dari Keluarga Singapura” mendapat sambutan gamat dari penonton kerana ia adalah acara kejutan untuk ahli Dmasyq. Ribuan terimah kasih untuk AJK LP4 kerana ia amatlah terharu buat kita ahli Dmasyq. Syukran jazilan.

Persembahan nasyid ala sempoi dari syabab dan juga sketsa sesuai dengan bertema” Pertemuan di lebaran, kekeluargaan berkekalan” melengkapkan lagi majlis pada hari tersebut .
Dan pertama kali juga kami telah mengadakan tazkirah, yang disampaikan oleh Akh Munir.

Juadah lebaran yang dihidangkan amat menyelerakan. Tahniah SYABAB dan AKHAWAT! :)
Majlis LP 09 diakhiri dengan acara bertukar-tukar hadiah dan pertabalan putera dan puteri LP4 10' dan penyerahan sijil persatuan untuk ahli baru dan juga muhasabah diri. Dan juga tidak kita lupa untuk bersalam-salaman dan maaf bermaafan di Hari Lebaran ini.
SYABAS BUAT SEMUA!.

Terima kasih atas kerja AJK LP4 tahun ini.


No comments: