Sunday, September 19, 2010

Ramadhan berlalu pergi. Syawal kini kembali. Moga Ramadhan yang lalu bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi kita semua. Amin ya Rabb!

Assalamualaikum wr. wb..

Diharapkan semua pembaca blog DMASYQ di dalam keadaan sihat wal'afiat di bawah naunganNya, insyaAllah. Sebulan sudah keberadaan pelajar baru di Syam. Kini kami bawakan kepada antum semua laporan orientasi pelajar baru sesi 2010 dari permulaan hingga ke akhir orientasi, insyaAllah.

Persatuan DMASYQ telah menjejaki Bab Soghir, Jami’ Umawi, Ma’loula, Sirghaya dan juga Zabadani. Rehlah khas ini sempena orientasi pelajar baru 2010.

Orientasi yang pertama :

(1) Bab Soghir 02/08/2010

Bab Soghir yang terletak berdekatan dengan Suuq Al-Hamidiyah, sebuah pasaraya yang semestinya menjadi kunjungan setiap pelawat yang menziarahi Kota Damsyik. Di kawasan inilah, terletaknya maqam ramai daripada Ahli Bait Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam, Sahabat Baginda serta para Wali Allah yang pernah bermuqim atau menjejaki Bumi Syam ini.
Seperti Sayyidina Bilal Bin Rabah,Sayyidina Mu’awiyah b.Abi Sufyan, Abdul Malik Bin Marwan dan Al-Walid Bin Abd.Malik dan ramai lagi.

Orientasi yang kedua :

(2) Rehlah ke Ma’loula, Sirghaya dan Zabadani 04/08/2010

Ma’loula : Terletak lebih kurang 56km utara timur Kota Damsyik, dengan ketinggian melebihi 1500 meter berlatarbelakangkan pemandangan gunung-ganang. Dikatakan persekitaran kota Ma’loula ini sudah menjangkau lebih daripada seribu tahun yang lalu. Keistimewaan kota Ma’loula adalah penduduk di sana masih lagi menggunakan bahasa Nabi Isa alaihissalam. Walaupun matahari terik memancar, tidak terasa bahang kepanasannya. Gereja kelihatan di sana dan sini kawasan Ma’loula, tetapi kebanyakan daripada menganut agama Kristian orthodox.

Sirghaya : Terletak 60km dari kota Damsyik. Mazra’ah yang kami lawati adalah kepunyaan salah seorang kawan kepada ahli DMASYQ. Dengan baik hatinya pemilik mazra’ah telah membawa kami mengelilingi mazra’ah melihatkan keindahan pemandangan sambil menghirup udara segar yang jauh dari hiruk-piruk kota. Sambil berjalan kami menikmati buah peach yang dipetik sendiri dari pohonnya. Pelbagai tanam-tanaman dapat dilihat di mazra’ah tersebut. Tikar dibentangkan di bawah pohon yang redup. Nasi, sambal dan ayam goreng menjadi santapan kami pada tengahari itu ditemankan oleh angin sepoi-sepoi nan indah.

Zabadani : Kawasan pergunungan yang terletaknya maqam Habil alaihissalam, anak kepada Nabi Adam alaihissolaatu wassalaam. Dengan kuasa Allah s.w.t, turunnya hujan secara tiba-tiba die kawasan Zabadani. Dapatlah kami merasai hujan setelah sekian lama hujan tidak turun di Damsyik.

Dengan adanya rehlah ini dapat lah juga mengeratkan silaturrahim antara yang lama dan juga baru. Kerana hakikatnya, tiada yang senior mahupun yang junior. Kita semua sama, satu keluarga. :)

No comments: