Saturday, August 14, 2010

Semarakkan Pesta Ibadah

BismillahiRahmaaniRaheem.

Haa..Apa Khabar pengunjung-pengunjung setia blog Dmasyq? Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK! Bagaimana ramadhan tahun ini? ada apa-apa peningkatan dari tahun-tahun yang sudah? Harapnya, Ramadhan kali ini membuat kita lebih taqarrub kepada Allah..Allahuma Ameen! Yok kita selami tazkirah pertama Ramadhan kali ini!

Habibuna Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud "..Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik dibulan ini, maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan fardhu dibulan yang lain pada tahun itu. Sesiapa yang melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain" (Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman RA).

Niat kerana Allah
Amal kebaikan yang dibuat sepanjang Ramadhan khususnya dan sepanjang tahun 'amnya hendaklah dibuat ikhlas lillahi taala. Orang yang berbuat sesuatu kerana Allah tidak akan terusik emosinya jika dia tidak mendapat perhatian daripada orang lain. Iktikad dan keyakinannya jelas-Allah la sebaik-baik penilai, Dialah yang Maha Tahu dan Dia lah jua yang akan menilai perbuatan kita.Nilaian di sisi Allah jualah sebaik-baik nilaian.Allahumaj 'alnaa minall mukhlaseen!

Berbuat sebaik mungkin
Seterusnya, orang yang ikhlas beramal kebaikan akan membuatnya sebaik yang mungkin. Peristiwa sejarah dua orang anak Nabi Adam AS yang mempersembahkan korban kepada Allah SWT menjadi iktibar. Korban yang terbaik yang dibuat oleh Habil dengan ikhlas lilahi taala lebih diterima oleh Allah SWT.

Tinggalkan munkar kerana Allah
Puasa dari segi maknanya beeerti menahan diri. Kita menahan diri kita dari melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT, terutama sekali yang berbentuk munkar dan kedosaan.

Dosa adalah kegelapan. Kegelapan adalah hijab. Jangan dihijab rahmat Allah yang mahu masuk ke dalam hati kita. Ramadhan ialah peluang terbaik kita untuk menebus segala kesalahan kita samaada dengan AlKhaliq ataupun sesama manusia.
Munkar yang sering memerangkap orang-orang yang sedang berpuasa ialah munkar angkara lidah, mata, telinga dan panca-indera yang lain. Munkar ini berkuasa menghapus pahala puasa kita! adakah kita mahu digolongkan dalam golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadisnya yang bermaksud:
"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar, dan ramai yang berdiri malam namun tidak mendapat apa-apa kecuali letih berjaga malam" (Riwayat ibn majah dan An-nasai daripada Abu Hurairah RA)

Sebab itulah orang-orang soleh pada zaman silam menyambut bulan ramadhan bermula dari Rejab lagi. Segala macam amalan sunat, mereka perkemaskan dan pertingkatkan seawal bulan Rejab lagi.. Supaya bila menjelangnya Ramadhan semakin terasa kemanisannya! Tak lagi terputus selepas Ramadhan..

Sebaliknya kita pula? dalam Ramadhan la baru segalanya hendak dimulakan! Semangat berkobar-kobar sekitar dua minggu pertama sahaja, kemudian menurun dan menurun..masuk sepuluh hari terakhir, masjid hilang serinya-tak sama seperti awal-awal ramadhan.. kenapa ya? Tumpuan sudah beralih arah bukan??
Renung-renungkanlah....

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (Az-zaariyaat:55)

2 comments:

Suhaila said...

Assalamu'alaikum kengkawan!

Alhamdulillah syukur ana 'drop by' blog hari ni. JazakAllah khairan Jaza' kerana mengongsi warkah kali ni. Pengubat rindu Ramadhan Al-Mubarak di Sham :')

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk menghindarkan diri dari yang buruk dan menambahkan rohani untuk yang baik, Amin.

Nurhida said...

Salam alaikum ya ahli shaam~ =)

such a great post! keep up the gud work~ =) post yang penuh smngat n nmpk kesungguhannya untuk menympaikan~

allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anna ya kareem~