Thursday, August 12, 2010

Gugur satu lagi permata Islam

BismillahiRahmaaniRaheem..

Tanggal 2 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 12 August 2010 menyaksikan gugurnya sebuah permata Islam diSingapura.Salah seorang ulama' agung Singapura Al-Fadhil Ustaz Ahmad Sonhadji bin Muhammad telang pulang ke rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji dikenali sebagai seorang ulama' dan ahli tafsir di rantau ini.Malah, beliau adalah segelintir ahli agama yang menggunakan ketajaman mata pena untuk berdakwah.

Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji dilahirkan di Solo, Jawa Tengah. Jika kita lihat pada salur-galur keturunannya, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji berasal dari keluarga kiai dan pembesar agama.

Nama 'Sonhadji' sendiri mempunyai keunikannya tersendiri.Ia diambil sempena dengan seorang pengarang kitab iaitu Syeikh Sonhadji yang menulis kitab nahu bahasa arab yang bertajuk Matan Ajrumiyyah. Dan nama Sonhadji juga dikatakan berasal dari sebuah kerajaan Islam di Afrika di zaman lampau.

Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji mendapat pendidikan awalnya di Rengat, Riau Sumatera. Kemudian menyambung pembelajarannya di Madrasah Aljunied.

Pada tahun 1956, beliau bersama teman-teman seperjuangannya telah menubuhkan Persatuan Guru-guru Agama Singapura (pergas).

Antara sumbangannya terbesarya ialah kitab tafsir 30 Juz yang berjudul Abrul athir.
kitab-kitab yang dikarangnya termasuk:
1)Mari Sembahyang (Lelaki/Perempuan)
2)pelajaran Sembahyang
3)Pelajaran Sembahyang berjemaah
4)Benih Agama (jilid 1-4)
5)Pendidikan budi pekerti (1-2)
6)Panduan memahami tafsir Al-Quran(1-2)

Antara jawatan yang pernah disandang Allahyarham:
1)Anggota tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (1980-1992)
2)Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (1974-1992)
3)Lembaga Rayuan Majlis Ugama Islam Singapura (1974-1986 dan 1990)
4)Jawatankuasa Penasihat Islam kementerian hal ehwal masyarakat (1960-1962)
5)Jawatankuasa pelajaran agama Islam, kementerian pelajaran (1958-1960)
Dan banyak lagi..

Moga ruh Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh lagi beriman.. Allahuma Ameen..

Alfatihah buat Allahyarham Ustza Ahmad Sonhadji bin Muhammad.

No comments: