Friday, March 26, 2010

Suria Segar 3

BismillahiRahmaaniRaheem.
Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Tanggal 13 March yang lepas menyaksikan perhimpunan keluarga Dmasyq di Embac bagi program tahunan -Qiyam Fajar (Suria Segar) anjuran Lajnah Ta’lim.

Majlis yang berjalan seawal 7.30 pagi dimulakan dengan bacaan Burdah dan Ma’thurat beramai-ramai. Ia diserikan lagi dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh anggota baru kita, Akh Muhd Faqih bin Mohd Salleh.

Pengacara majlis pada hari tersebut, Akh Suhaimi bin Zainal kemudiannya menjemput ketua unit Ekoniaga , Akh Muhd Shaheedan bin Sutari untuk menyampaikan ceramah ringkas tentang pengurusan kewangan (Sila lihat entri selanjutnya untuk melihat powerpoint yang disampaikan).
Seterusnya, pembentangan kertas kerja oleh Presiden Dmasyq kita, Akh Muhd Fadli bin Ayub. Beliau menyampaikan tentang “attributes” yang harus dimiliki oleh graduan Dmasyq, antaranya:

An Ideal Dmasyq Gradute must be:

1)Skilful – Graduan Dmasyq harus mahir dalam 3 asas penting- Dakwah, Management and Research.
2)Knowledgeable- Graduan Dmasyq harus berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah, serba tahu didalam general knowledge dan berusaha untuk menggengam segulung ijazah (degree or diploma holder)
3)Great Attitude- Graduan Dmasyq harus professional, disiplin dan mempunyai akhlak terpuji.


Sepanjang program diadakan, kami disajikan dengan sarapan pagi, (roti telur dan roti jem) dan teh-O panas.[sedaaaap]
Majlis diakhiri dengan bersurainya akhawat dari embac- sementara syabab pula meneruskan program muhasabah diri mereka.

Kami unit infomedia mewakili seluruh keluarga besar Dmasyq mengucapkan syabas buat Lajnah Ta’lim di atas kejayaan Qiyam Fajar kali ini. Terima kasih juga diucapkan bagi semua yang terlibat- ahli beit embac yang meminjamkan beit mereka dan akhawat-akhawat yang membuat sarapan.
Moga kita semua mendapat manfaat didalam program kali ini, InsyaAllah.





Pengurusan Kewangan- penyampaian powerpoint oleh ketua unit Ekoniaga Akh Muhd Shaheedan bin Sutari
ISLAM & PENGURUSAN KEWANGAN MENGURUS DIRI ADALAH AJARAN ISLAM:
* Secara umum, Islam menganjurkan umatnya agar mengurus kehidupan dengan baik.
* Ini boleh didapati didalam dalil-dalil berikut:
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu pada Allah s.w.t. dan hendaklah setiap diri melihat apa telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Hasyr:18)
• Ayat tersebut mengajar kita agar berfikir jauh sehingga ke hari akhirat, mengurus dan merancang hidup di dunia ini sebagai persiapan untuk menghadapinya kelak.
• * Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara”.
1. Hidup sebelum mati.
2. Sihat sebelum sakit.
3. Lapang sebelum sempit.
4. Muda sebelum tua.
5. Kaya sebelum miskin
Riwayat dari : (Imam Ahmad.Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).
* Hadith tadi mengajar kita bahawa hidup ini sentiasa berpusingan, ada positif dan ada negatif. Kita dianjurkan agar mengambil peluang dari keadaan hari ini untuk menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan datang dan sentiasa berjaga-jaga akan ia.
MENGURUS KEWANGAN ADALAH MENGURUS DIRI & IA ANJURAN ISLAM
Manusia memerlukan harta untuk menjalani kehidupan,Allah s.w.t. berfirman :
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia”
Surah (Al-Kahfi: 46).

Islam juga menganjurkan kita untuk menguruskan harta,kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan kita. Sebahagian harta yang perlu di uruskan adalah wang yang kita miliki.
BERHARTA & CINTA DUNIA
Islam membenci sifat cinta dunia.
Namun berharta bukan bermakna kita mencintai dunia, Islam memandang mulia kepada mereka yang :
• Menabung dan mengumpul harta agar hidup tidak papa dan menyebabkan hidup meminta-minta dan mencemarkan maruah diri.
• Mengumpul harta agar dapat menunaikan ibadah yang disyariatkan seperti haji dan sebagainya.
• Harta lekat di tangan bukan pada hati. Infaqkan pada jalan Allah adalah lebih baik dari orang yang kedekut dan tidak mahu berpisah dengan harta.
• Hari ini usaha sedemikian telah mula berputik di Singapura. Kita berharap ia akan subur dan berkembang, kita juga harus berazam untuk bersama menjayakannya dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan bersama.
• Berdoalah agar Allah s.w.t. melapangkan rezeki kita dan membanyakkan harta kita.
• Ingatlah,bahawa seorang mukmin ialah seorang yang berusaha keras dalam kehidupan ini, tetapi bersyukur dengan apa yang ia perolehi dan sabar atas apa yang menimpa.



BAGAIMANA HENDAK MENGUBAH KEBIASAAN BERBELANJA


• Disiplinkan Diri : Manusia perlu belajar bagaimana untuk mengenal tempat-tempat yang membawa mereka ke situasi pemborosan. Supaya pada masa akan datang mereka tidak akan berbelanja yang berlebihan ditempat-tempat tersebut dan tidak berbelanja tika situasi sedang marah dan tertekan.
• Jangan Membazir Tika Mahukan Sesuatu : Untuk berbelanja kita perlu mengawasi perbelanjaan bulanan yang keterlaluan. Kita perlu ada sifat bertanggungjawab atas wang yang kita simpan dari pembaziran berbelanja. Dan kekalkan ia setiap bulan.
• Catitkan Apa Yang Perlu Dibeli : Dengan melakukan sebegini, kita akan lebih mengawal duit yang keluar dari membeli barang yang tidak perlu.



• BAGAIMANA UNTUK MEMBUANG SIFAT MEMBAZIR
1. Membuat Simpanan : Kumpulkan segala wang dari pendapatan bulanan dan wang dari kerja-kerja sambilan. Lakukan simpanan untuk masa kecemasan, 10% hingga 20% dari pendapatan bulanan dan kerja-kerja sambilan.
• 2. Ketepikan Segala Kad : Seterusnya, ketepikan segala kad-kad kredit anda. Kad kredit adalah sekeping kad yang diperbuat dari plastik. Ia boleh merugikan sesiapa yang tidak tahu menggunakannya. Dengan pengambilan kad kredit ini,kita sudah mula berhutang sana sini. Ia lebih baik kita mengambil wang dari mesen ATM dari menggunakan kad kredit,kerana wang yang keluar dari mesen ATM kita boleh lihat baki yang tinggal.Ia boleh membantu kita dari berbelanja berlebihan dan dapat mengawal wang didalam bank.


• Lakukan Catitan : Ketika membeli-belah pastikan anda membawa sekali catitan barang-barang yang hendak dibeli tika berbelanja. Pastikan barang-barang yang dibeli hanya yang tercatat di dalam kertas catitan tidak lebih dari itu. Elakkan dari pembaziran tika sedang adanya promosi di pasaran.
Pada mula-mula menyimpan agak susah, akan tetapi bila sudah mula menyimpan ia akan menjadi kebiasaan dan menjadi sesuatu yang akan mencerahkan lagi hidup pada masa akan datang .

10 CARA MUDAH UNTUK MENYIMPAN DUIT


1. Berhenti Dari Membeli Secara Rambang:
Dengan membeli secara rambang, ia akan menimbulkan masalah pada masa akan datang dengan pembaziran wang yang keterlaluan. Barangan yang tidak perlu di beli akan di beli tanpa disedari jika kita berbelanja secara rambang. Sebelum membeli, pastikan barang tersebut amat perlu untuk digunakan.

2. Simpan Kad Kredit:
Kebanyakkan orang suka ambil dulu bayar kemudian. Akan tetapi, sebenarnya dengan cara ini ia akan membebankan diri sendiri pada masa akan datang. Untuk mengelakkan dari pemborosan, simpanlah kad kredit dari penglihatan anda.

• 3. Tinggalkan Perangai Buruk:
• Setiap manusia pastinya mempunyai perangai buruk. Merokok, membeli barangan yang mahal-mahal. Walau bagaimana pun cuba untuk lupakan ia. Anda akan rasa gembira akan berapa wang yang telah anda kumpulkan.

• 4. Elakkan Diri Dari Pemboros:
• Jika teman bilik atau kawan-kawan yang suka memboros di sebabkan mendapat duit belanja yang banyak dari anda, tidak semestinya anda melakukan yang sama. Cuba untuk elakkan diri dari pemborosan dan kekalkan dengan apa yang ada.

• 5. Beli Barangan Murah:
• Ketika membeli-belah, cuba untuk cari yang murah atau 2 barang dengan 1 harga. Sebaik-baiknya carilah barangan yang murah pada setiap kali membeli-belah.

• 6. Membeli Pakaian Yang Mudah Dicuci:
• Jangan membiasakan diri anda mengahantar segala pakaian anda ke Dobi. Malah cucilah ia dengan mesen pencuci yang ada di rumah, untuk mengelak dari pembaziran.

• 7. Terima Pemberian Kawan (Barangan Tauze’):
• Sekiranya barangan tersebut boleh digunakan lagi, gunakan ia dengan sebaik yang mungkin. Jangan membeli barang yang mahal-mahal jika barang yang ada masih boleh digunakan.

• 8. Duduk Rumah:
• Untuk mengelakkan dari membeli dan mengeluarkan wang pada benda yang tidak perlu baik duduk rumah.Jimat wang dan tenaga.

• 9. Menonton Di Rumah:
• Elakkan pembaziran menonton wayang di luar. Tonton sahaja rancangan yang berada di television anda dan sebagainya yang berada di rumah. Ia amat menjimatkan pembelajaan anda.

• 10. Pergi Ke Perpustakaan:
Tahukah anda!!, sebahagian perpustakaan memberi peluang untuk kita menonton dan mendengarkan hiburan dengan secara percuma. Dengan adanya sebegini, jangan kita melepaskan peluang. Dengan cara ini jua kita boleh jimat pembelanjaan kita dari membeli cd/dvd diluar sana.

7 KESILAPAN LAZIM DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

• 1. Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

• 2. Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

• 3. Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.



• 4. Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

• 5. Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

• 6. Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang.
Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

• 7. Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.


Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.



2 comments:

Anonymous said...

student pun guna kad kredit?

Anonymous said...

good information!keep update!barakallahufiikum!

-pelangi-