Friday, March 26, 2010

WARNA-WARNI BUDAYA MAJLIS MALAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN IPAS


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdullilah, Majlis malam kesenian dan kebudayaan anjuran ikatan pelajar ASEAN (IPAS) telah diadakan di Dewan Auditorium Tishreen, Kuliah Soidalah Universiti Damascus pada Jumaat yang lalu berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar ASEAN di Syria dengan kehadiran yang dianggarkan mencecah 700 orang.

Majlis ini merupakan antara program tahunan anjuran IPAS. IPAS merupakan himpunan persatuan-persatuan pelajar di Syria yang dianggotai oleh Dewan Mahasiswa Singapura (DMASYQ), Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), Perhimpunan Pelajar Indonesia (PPI), Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) dan Persatuan Pelajar Bangsa Moro (BMSU).

Majlis bermula pada jam 8 malam dengan ucapan yang padat dari setiap presiden persatuan-persatuan tersebut dan telah dirasmikan oleh Duta Kedutaan Malaysia Dato’ Ibrahim. Persembahan kebudayaan dimulakan oleh pelajar-pelajar yang mewakili PPI dengan alat persembahan muzik tradisional yang unik sekali (kulintang). Diantara persembahan-persembahan yang diadakan, persembahan sketsa dan puisi daripada pelajar PPMS dan PULO yang cukup mendalam. Maka tidak ketinggalan juga persembahan pantomen dari ahli DMASYQ yang mencuit hati para hadirin di majlis tersebut… dan untuk acara yang terakhir pula Kelana Dmasyq yang telah ditubuhkan oleh pengasas-pengasas (DMASYQ) sendiri turut mempersembahkan seni kebudayaan dikir barat Singapura yang bercorak-corak ragamnya.

Penyampaian trophi juga turut diadakan, dengan sukacitanya DMASYQ berjaya menduduki takhta naib johan di dalam acara bolasepak dan juga tarik tali. Walaupun title johan begitu hampir dengan kami, namun itulah adat permainan ada menang ada kalah…..

Pada jam 11.30 mlm Majlis berakhir, dan disudahi dengan doa penutup dari wakil pelajar persatuan pattani. Sekian Sahaja yang dapat kami sampaikan buat masa ini.

Jazakumullahu Khairan Kaseera kerana sudi melungsuri blog (DMASYQ).
Nikmatilah gambar-gambar dibawah ini……


No comments: