Salam sejahtera buat semua yang melungsuri blog ini,semoga dalam keadaan sihat wal 'afiat..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dan selawat ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam di atas keni'matan menyambut MauliduRasulullah di bumi Syaam Syria. Kami persatuan pelajar-pelajar Dmasyq telah meraikan hari kegembiraan ini dengan membuat majlis sambutan yang di tempatkan di rumah Darul MBESI selepas isyak.Embasi telah menambahkan semangat kami untuk berselawat ke atas junjungan besar kita dengan wajah barunya! Majlis tersebut dibuka dengan bacaan Diba'e yang bawa oleh Akh Taufik. Majlis ini diserikan lagi dengan alunan ayat-ayat suci AlQuran,qari kita adalah Akh Mudzakir yang menerangkan makna ayat yang dibaca didalam bahasa melayu supaya dapat kita menghayati dengan lebih dalam lagi InsyaALLAH! Man jadda wajad…
Lalu majlis ini diteruskan oleh AKH MUNIR untuk mengambil tempat selaku pengerusi majlis.Beliau menjemput pula penceramah yang di undang khas ALFADHIL SHEYK USAMA dari jami'Sukkar yang terletak disebelah bina' Embasi DMASYQ. Beliau menitik beratkan tentang cinta Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai Uswah Hasanah didalam kehidupan seharian kita.
Kemudian Annasyid dari pelajar Singapura telah mendendangkan selawat keatas nabi dan juga Burdah , kali ini mereka membawa ala Syrian seperti mana kita pernah hadiri di majlis-majlis maulidurasul dijami'-jami' Dibumi syam ini.. amat menarik dan kami yang mendengar ini menghayati suara lunak yang membawa hingga kehati .
Sebaik sahaja kami selesai dialunkan dengan selawat dan anasyid, penceramah yang di undang khas telah dijemput. TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN beliau adalah president Persatuan Dmasyq iaitu Alfadhil Ustaz MUHD FADHLI .beliau sedang menuntut di JAMI'A ABUNOUR tahun empat,beliau menceritakan tentang sejarah disebalik Burdah Al-Syareef , yang dikenali juga dengan nama Bur'ah yang ditulis oleh Imam Al-Bushiri. Bait-bait syair Burdah ini mengisahkan tentang perihal nabi Muhammad SAW, mukjizat baginda, syafaat, isra' dan mi'raj, tawasul, tasyafa'(meminta syafaat) dan munajat..
Dan majlis disambungkan kembali dengan annasyid Pelajar Singapura.. Begitulah majlis diselang-selikan antara annasyid dan penceramah-penceramah yang diundang..
Dan kami tidak juga lupa mantan president kami Ustaz MUHD FAIZAL untuk mengambil tempat untuk memberi ceramah tentang sejarah disebalik maulid Rasul. Maulid Rasul yang pertama dianjurkan ialah pada kurun ke-7 oleh seorang raja yang bernama Muzaffar. sambutan maulid ketika itu diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada ulama-ulama pada ketika itu. menyambut maulid tidak salah dari segi hukum syara', malahan ia adalah suatu perkara yang hasanah. akhir sekali, beliau mengatakan tentang kitab Syamail Muhammadiyah yang menceritakan tetang keperibadian Rasulullah SAW, kesempurnaan baginda, kecantikan dan sebagainya.
Setelah ceramah di akhiri, beliau mengajak kami untuk berselawat bersama-sama ... supaya bergegar embasi ini dengan BERSELAWAT..
Sesi yang terakhir ialah sesi pemberian hadiah dari Lajnah Ta'alim dan juga Unit Infomedia. Unit Infomedia telah mengumumkan pemenang bagi "Card Competiton" sempena maulidurasul... dan Lajnah Ta'alim telah memberi hadiah pada peserta yang mengikuti bulan Bahasa arab.Mubarak kami ucapkan kepada pemenang, dan bagi siapa yang tidak berjaya tak beerti tidak bagus. cuba lagi dihari yang lain.. semoga amanah yang telah di berikan dapat dilaksanakan dengan baik dan diredhoi Allah subhanahu wa ta’ala Allahumma amin..syabas dmasyq! Majulah singapura!
dan saat-saat yang di nanti-nantikan ialah: menjamu selera! jamuan kali ialah NASI MANDI. yang dimasak oleh chef Syrian yang terkenal....
Majlis tersebut di hadiri juga tetamu-tetamu khas seperti pelajar dari Al –Azhar mereka ialah Ustaz Syakeer, dan tidak lupa Ustaza Raudhah dan juga Ustaza Nur Fillah mereka datang ke Syria untuk berziarah sambil menghadiri dars dari masyaikh di Syria... ahlan wasahlan bikum….
Alhamdulillah majlis sambutan pada hari tersebut berjalan dengan lancar,terima kasih bagi mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut khususnya bagi ahli rumah embisi yang sudi meminjamkan tempat dan bagi semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut,semoga Allah subhanahu wa ta’ala membalas jasa baik antum dan antunna semua.. jazakumullah kheiran wa kullu aam wa antum bi alf kheir….. wa la tansaw biddu’a…..
No comments:
Post a Comment