Baru-baru ini,rombangan Ustaz TM Fouzy telah membuat lawatan ke Syaam Al-Mubarakah.Pada hari kedua mereka di sini,mereka telah menjemput pelajar-pelajar Singapura di Syria ke hotel tempat penginapan mereka untuk sama-sama mendengar sebuah ceramah dari Yang Berbahagia Ustaz yang bertajuk: ‘DI MANAKAH ALLAH.’ Antara yang diterangkan semasa ceramah tersebut
-Adalah salah untuk kita beri’tiqad bahawa Allah(swt) berada di langit
- Adalah salah untuk kita beri’tiqad bahawa Allah(swt) berada di mana-mana
-Sebaliknya,kita wajib beri’tikad bahawa Allah wujud tanpa dikhususkan kepada mana-mana tempat atau zaman.
Selepas mengikuti ceramah yang penting itu,kami dihidangkan dengan makan malam yang dimasak oleh siapa lagi kalau bukan syabab-syabab DMASYQ`sendiri!!!
Syabas kepada chef-chef yang telah memasak kuah lemak cili padi dan ikan sweet and sour yang sungguh lazat hingga meninggalkan tetamu-tetamu serta ahli DMASYQ`sendiri menjilat jari.
Pada hari yang berikutnya,giliran Ustaz TM Fouzy pula untuk bertandang ke ‘EMBC’ untuk memberi ‘Part 2’ bagi ceramahnya,iaitu: ’SIFAT-SIFAT MUTASYABIHAT.’
Antara yang diterangkan adalah pendapat salaf,khalaf serta salafi tentang maudhu’ ini,sebab-sebab timbulnya perbezaan pendapat serta hujjah-hujjah bagi penerimaan serta penolakan mana-mana pendapat ini.
Turut hadir adalah Ustaz Mahfuz dari Malaysia. Beliau telah menerangkan dengan terperinci tentang salafi serta gerakannya di Malaysia.
Alhamdulillah,kami semua telah mendapat istifadah dari ceramah-ceramah yang disampaikan,lebih-lebih lagi kerana ia memperkatakan topic-topik akidah yang perlu difahami sebetul-betulnya.Terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Fouzy,Ustaz Mahfuz dan semua yang ada saham dalam menjayakan majlis-majlis ini.Barakallahu fiikum wa fiinaa jamii’an.
Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnatt tibaa’ah.Wa arinal baathila baathilan warzuqnaj tinaabah.
No comments:
Post a Comment