Sunday, August 16, 2009

Masrahiyah 2009 anjuran oleh DMASYQ





Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum wr. wb kepada semua warga DMASYQ di Syam dan juga Singapura. Oh tidak lupa juga kepada tetamu-tetamu yang berkunjung ke blog ini!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dengan rasa leganya saya ingin mengumumkan bahasawanya Program Khidmah bagi akhawat iaitu 'Masrahiyyah' telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu 15 Ogos 2009, di Multi Purpose Hall, Masjid Sultan. Bermula jam 5.30 hingga 6.45 petang. Program ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar kepada bahasa arab dan juga untuk menunjukkan alternatif lain untuk mempelajari bahasa Al-Quran.


Saya percaya dengan selesainya program ini ramai akhawat yang berasa lega. Betul tak?? *Ish nanti dulu, jangan suuzzhan* Kita berasa lega kerana penat lelah semua yang terlibat dalam program ini membuahkan hasil. Masrahiyyah yang dipetik dari hadith Rasulullah s.a.w tentang 3 lelaki yang terperangkap di dalam gua. Kisah ini juga dikenali sebagai Ashabul Ghaar, bukan Ashabul Kahf ye? :)


Untuk menjayakan program ini bukanlah suatu yang mudah. Ia adalah suatu yang merumitkan, memeningkan dan juga men-stress-kan kepala otak bagi yang terlibat. Kenapa? Nak pilih pelakon, pilih tempat berlakon, tulis script, record suara, pakaian tradisional arab itu semua harus dipertimbangkan. Pening tak..? Hehe. Percayakah antum kalau saya katakan bahawasanya kami mula berlatih seawal bulan 1? Ketika di Syria?? Ye, kami mula berlatih di Syria pada bulan 1. Ketika di Syria semangat untuk berlatih masrahiyyah sungguh berkobar-kobar. Bak api merah yang menyala-nyala. Kenapa? Sebab disana mempunyai ramai manpower, dan untuk mengumpulkan semua akhawat yang terlibat sangatlah mudah. Bak kata orang, chicken feet je.


So what telah happened bila kita sampai Singapura? Innalillah wa inna ilaihi raaji'uun. Sunnguh banyak cabaran dan onak duri yang harus ditempuhi demi masrahiyyah. Soal kesuntukan masa, tempat berlatih, tempat untuk mengadakan masrahiyyah, manpower yang boleh dibilang dengan jari, ini semua menjadi kayu pengukur samada untuk meneruskan masrahiyyah ataupun tidak. Tapi alhamdulillah, walaupun mempunyai banyak cubaan untuk meneruskan program ini saya rasa apa yang terjadi membuatkan kami lebih matang dan experience dalam melakukan program-program seperti ini. Dan ia tentu sekali telah mengeratkan lagi ukhuwah antara kami. Tak lupa juga ia telah mengajarkan kami erti sebenar tawakkal/berserah kepada Allah.


Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih bagi akhawat yang berhempas-pulas menjayakan masrahiyyah ini. Tak kira dimana jua anda berada, di Syam.. di Singapura dan tak lupa di Qahirah/Jordan. Tersentuh hati ini bila mendengarkan akhawat di Syam melakukan solat hajat untuk kami. Tsk.. Tak lupa juga jutaan terima kasih bagi yang telah mendoakan moga program ini berjalan dengan lancar. Bagi yang tak dapat bersama-sama menjayakan program ini, tak usah bersedih kerana kami tahu doa kalian bersama kami. :)



Akhawat, our mission accomplished. Alhamdulillah! =)



Laporan dari Bint Ibrahim.

No comments: