Wednesday, August 12, 2009

Qiyamullail #4


Bismillahi Rahmani Rahim..
Assalamualaikum Wr. Wb.

Alhamdulillah segala puji bagi allah SWT yang maha adil dan bijaksana yang telah melimpahkan kurnianya kepada sekian manusia. Dan selawat serta salam keatas junjungan nabi besar kita nabi Muhammad SAW dan para sahabat, semoga allah memberi kemudahan pada seluruh umat islam. Amin.

Pada hari yang keempat program Qiyamullail (CTU) ini dijalankan, alhamdulillah sambutan pada malam itu sangat tidak mengecewakan dan tidak lagi tidur bersama cengkerik. Program ini diadakan di dewan Masjid Darul Ghufran seperti biasa yang diketuai oleh Akh muhd hasyim dan dipimpin oleh ALUMNI dmasyq.

Permulaan majlis Akh Zahid telah memberi tazkirah kepada semua yang hadir. Dalam tazkirahnya, beliau telah mengongsi pengalaman dari syria, dan ia menceritakan tentang sedikit sebanyak mengenai DAMSYIQ. Beliau telah mengingatkan kami kembali bahawasannya di Syam adalah medan latihan. Khususnya di Embc di kerusi buruk itu. Kenapa? Kerana di Singapura tiada lagi latihan. Jadi garaplah seberapa banyak peluang di Syam untuk kehadapan dan berjihad di medan latihan. Keterangan beliau telah memberi semangat untuk pelajar baru yang akan safar ke bumi Syam tidak lama lagi. Insyaallah semuanya kheir.

Selepas Tazkirah kami mengadakan permainan yang digelar ENERGIZER .
Kenapa ada permainan? kerana untuk merelakskan badan dan tidak rasa ngantok bila acara dijalankn. Selepas itu kita ada kan VIDEO SCREENING yg dinama kan DAMASCENE 08.
Dan video ini telah ditayangkan oleh pengalaman pelajar-pelajar otai kepada pelajar-pelajar baru yang hadir pada tahun lepas, da juga pada tahun ini.
Alhamdulillah acara ini berjalan dengan lancar dan kami akhiri dengan juadah enak, iaitu KARIPAP ONAN ROAD dan ROTI JOHN yang dibuat oleh akhawat dmasyq.

Pada pukul 3.30 pagi, semua dikejutkan untuk bangun solat Qiyamullail. ZIKIR yang berkumandang diwaktu pagi dibawa oleh Akh Zahid telah mengejutkan kami untuk siap bersedia. Solat dimulakan tepat pada pukul 4.30 pagi hingga 5.30 pagi. Solat Qiyamullail ini di mulai dengan Solat Taubah yang diimamkan oleh Akh Syamil, kemudian Solat Tahajjud, diimamkan oleh Akh Fawaz. Seterusnya, Solat Hajat yang diimamkan oleh Akh Hasyim dan Akh Zahir mengimamkan Solat Witir sebagai mengahkiri solat Qiyamullail. Selesai sahaja solat Qiyamullail, kami mendirikan solat Fajr berjemaah dan diikuti kuliah Fajr oleh Ustaz Izal. Selesai kuliah Fajr itu, santapan sarapan kuih muih oleh pihak masjid yang sungguh lazat sekali untuk hadirin yang hadir. Masyaallah, program kali ini melebihi 30 lebih yang mengikuti qiyamullail kali ini. Semoga ia memberi lagi manfaat pada qiyam yang akan datang insyaAllah.


akh zahid telah menyampaikan tazkirah.

sewaktu pemainan dijalankan


sekian wassalam.

No comments: