Monday, February 07, 2011

Talk Dari Dokter Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog DMASYQ. Apa khabar anda semua? Saya harap anda semua dalam keadaan yang sihat waalfiat, dengan iman yang teguh. Insyaallah..

Tahukah anda EMBE-C atau dikenali sebagai rumah persatuan kita telah kembali bersinar oleh Pensyarah yang masyhur lagi bijaksana. Jika sebelum ini, Sheikh wael bazzem telah mengunjungi embe-c, hari isnin yang lalu, EMBE-C telah dikunjungi oleh seorang pensyarah yang termasyhur di Malaysia dan Singapura, some say in Batam.

Tidak asing lagi, beliau adalah DR FADZILAH KAMSAH. Tidak disangka-sangka kita akan bertemu dengan beliau. Jika sebelum ini, kita hanya ‘berjumpa’ beliau di kaca TV, namun kali ini kita berkesempatan untuk berjumpa beliau secara live.

Walaupun malam itu hujan turun dengan lebatnya, namun tidak mematahkan semangat kami semua untuk menghadiri ceramah ringkas oleh beliau. Dugaan demi dugaan menimpa, EMBE-C banjir kerana hujan yang lebat, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tepat jam 7.35 malam, Dr Fadzilah tiba di EMBE-C. Pembukaan telah dimulakan oleh Ustaz Taufik Muhammad.

Ceramah pada hari itu, beliau berkongsi dengan kami CARA-CARA UNTUK BERJAYA. Terdapat beberapa perkara yang beliau kongsi dengan kami. Sekarang, giliran saya untuk berkongsi.

Cara-cara untuk Berjaya:

1)Tanya SOALAN.

Tanya soalan adalah miftahul ‘ulum, Iaitu kunci ilmu.Tahukah anda, jika anda mempelajari satu perkataan baru, IQ anda akan naik? Dr Fadzilah ada bertanya soalan umum, “ORANG MELAYU APA YANG MEREKA FOCUS KEPADA?” jawab sendiri dalam hati ya.

Beliau bandingkan dengan orang Cina, kenapa orang cina IQ mereka tinggi? Ia kerana mereka sering membaca.

Kita sebagai orang Islam yang selalu berdoa tetapi kenapa tidak sehebat orang cina yang tidak berdoa kepada Allah? Jawapan dia ada di dalam diri masing-masing.

Dr Fadzilah berkongsi kepada kami, waktu beliau di sekolah dahulu, beliau selalu ingin mendapat yang terbaik. Bukan untuk riak, tetapi beliau ingin membuktikan kepada mereka yang bukan islam, bahawa kita ada ALLAH, kita BERDOA, kita IKHTIAR sudah tentu kita boleh Berjaya.

Orang pandai adalah mereka yang BERTANYA, orang Bodoh pula adalah mereka yang diam. Jadi, mulai dari sekarang tanamkan azam untuk sentiasa bertanya di dalam kuliah, kelas dan di mana-mana sahaja. Bak kata pepatah melayu, “MALU BERTANYA, ALAMATNYA SESAT JALAN”

2)EQ (Emotional Quotient)

Emotional yang bermaksud emosi. Kita harus pandai menjaga emosi kita. Dr beri contoh, “Orang putus tunang, melalak, menangis bodoh lah orang itu”

EQ boleh dikaitkan dengan QOLBU iaitu hati. Di barat mengatakan bahawa, EVERYTHING IS IN THE MIND, THE MIND IS THE ONE WHO CONTROLLED.

(SEMUA BENDA ADA DI DALAM MINDA, MINDA JUGA YANG MENGAWAL)

Betul ke? Hmm.. sebenarnya, EVERYTHING IS NOT IN THE MIND (TIDAK SEMUA DI MINDA) tetapi, semuanya terletak di segumpal daging jika ia bersih maka bersih lah seluruh tubuh. Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah HATI.

Hati kita ibarat kolam, ia tidak boleh dibiarkan kosong. Jika ia kosong, maka kita ibarat orang yang tiada faedahnya. Seperti kolam, jika ia kering kontang, pasti tiada siapa yang mahu.

Dr juga berkongsi, “JIKA KITA HENDAK BUAT BAIK, KITA HARUS BERUSAHA, TETAPI JIKA INGIN BUAT JAHAT, TIDAK PERLU USAHA ,KERANA SYAITAN AKAN SENTIASA MENOLONG. “

3)SQ (Spiritual Quotient)

“SIAPA KEJAR DUNIA, IA AKAN LARI LAJU.

SIAPA KEJAR AKHIRAT, DUNIA YANG AKAN MENGEJAR KITA.”

Tahu kah anda bahawa itu adalah betul? Jika anda terlalu mengejar dunia, ia akan lari laju. “ADAKAH ANDA SESEORANG YANG SUKAKAN BARANG-BARANG BERJENAMA?” *JANGAN JAWAB. JANGAN ANGGUK, JANGAN GELENG. JAWAB DALAM HATI YE.*

Apa akan anda lakukan jika anda gemar jenama NIKE, setiap kali ada benda baru dari NIKE, anda akan terus ke kedai dan membelinya. Itu bermakna anda terlalu mengejarkan dunia.. Dan Ia akan lari laju bermaksud, Benda NIKE akan sentiasa mengeluarkan benda-benda baru dan anda akan sentiasa membelinya tanpa memikirkan betapa banyak duit yang telah anda buang.

Dan, jika anda MENGEJAR AKHIRAT, Dunia yang akan mengejar anda. Contoh, anda adalah seseorang yang tidak menghiraukan harta. Yang anda hiraukan adalah ALLAH, AGAMA dan benda-benda yang berkaitan dengan akhirat, dunia sendiri yang akan mengejar anda dengan memberi anda harta yang amat banyak tanpa anda perasan.

Seterusnya, NIAT harus betul, jika anda ingin melakukan sesuatu. Jika anda hendak berdakwah, anda haruslah berdakwah dengan hikmah. Jangan main terkam sahaja. Kerana, ia akan memburukkan keadaan lagi.

Dr telah menyuruh kami untuk PASANG 10 NIAT SETIAP KALI HENDAK KE KULIAH.

Satu niat, satu pahala. 10 niat, 10 pahala. Dengan anda memasang niat setiap hari, ia akan menjadikan anda seorang yang lebih berguna. Allah juga akan memberikan anda kekuatan jika anda memasang niat yang murni.

Contoh-contoh niat.

1)Niat untuk Belajar ilmu ALLAH.

2)Niat untuk menjadi manusia yang lebih berguna

3)Niat untuk membantu orang di kuliah.

4)Niat untuk mencari kawan baru.

5)Niat untuk mendapat ilmu yang bermanfaat.

6)Niat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

7)Niat untuk menyampaikan dakwah bila pulang ke Singapura.

8)Niat untuk berjihad ke jalan Allah.

9)Niat untuk menjadi suami/istri yang baik kelak.

10) Niat untuk disayangi oleh kawan-kawan.

Haaa.. itu adalah antara niat-niat yang anda boleh praktikan atau tanamkan kepada diri anda sebelum melangkah kaki keluar ke rumah.

4)RQ (Relation Quotient)

Aras kehebatan, setakat mana dapat membentuk kawan. Saya yakin anda semua tahu bahawa kekuatan datang dari jemaah. Jika anda seorang diri melaksanakan sesuatu, ia agak susah. Tetapi jika buat secara jemaah, benda yang susah akan menjadi mudah.

Dr ada berkongsi cara-cara untuk kita praktikkan untuk membentuk kawan.

1)Doakan kawan-kawan secara rahsia. Yakin lah kepada ALLAH bahawa ia akan termakbul dengan kehendak-NYA.

2)Maafkan semua orang sebelum tido. Bukan di HARI RAYA sahaja untuk meminta maaf.

-Jika anda memaafkan orang, anda akan rasa segala beban yang telah anda pikul akan terlepas.

-Jika anda berbuat baik kepada orang, kebaikan akan datang 10 kali ganda kepada anda.

3)Bantu orang tanpa berkira.

4)Resepi untuk bergembira, adalah dengan membuat kawan gembira.

5)Buat kerja secara berkumpulan.

5)AQ (Adversity Quotient)

*Ability to attend GOD’S trial

Dapat mengharungi cabaran yang diberikan oleh ALLAH.

Ketahuilah , bahawasanya ALLAH tidak jahat.

"لا يكلف الله نفسا الا وسعها"

“Allah tidak akan membebani seseorang diluar kemampuannya”

Jika ALLAH hendak member kita kebahagiaan, ALLAH akan memberikan musibah terlebih dahulu.. Baru lah kita dapat merasakan kemanisan kebahagiaan tersebut.

6)PQ (Physical Quotient)

*Kemahiran dalam melakukan sesuatu perkara*

Dr menyeru kami semua untuk melakukan sunnah nabi.

Diantaranya, Tidur dan buang air.

Tahukah anda, kucing tidur ikut sunnah nabi? Tidur ibarat mati kecil, bukankah ia sesuatu yang baik jika anda meninggal dalam keadaan sunnah.

Dr juga telah mengongsi bahawa betapa pentingnya istibror selepas membuang air kecil. Bagi lelaki haruslah berdehem tiga kali. Bagi wanita pula, harus urut dari bahagian pundi kencing ke bawah.

Selain itu, mengikut sunnah seperti makan buah-buahan sebelum makan nasi.

Minum air satu jam sebelum makan, dan satu jam selepas makan.

7)MQ (Motivational Quotient)

-Sentiasa merangsang diri.

-Let me be the best.

8)BQ (Balance Quotient)

*Aras memperseimbangkan diri.

Kereta tak ada brek, masuk gaung.

Manusia tak ada brek, masuk neraka.

Brek manusia : Sifat Ihsan

-Yakin Allah tengok kita.

-Kalau hati baik, semua baik. Bila hati bersih otak tenang.

Kenal dirimu , maka kamu akan kenal kehebatan tuhan mu.

Dengan adanya seba sedikit telah kami kongsikan, marilah sama sama kita semangatkan diri kita ini dan jangan jadi pemalas ..

Akhir sekali, kami telah mengadakan makan malam bersama dokter fadzilah kamsah dan sesi mengambil gambar.Syukran jazilan khas buat dokter Fadzilah Kamsah dan juga ahli Dmasyq di Syria.


1 comment:

Anonymous said...

Mubarak!suka dengan perkongsian kali ini!!!!!syukran!inilah makanan rohani...