Thursday, May 13, 2010

Rehlah II Wehdah (Akhawat)

Bismillahirrahmanirrahim
Rehlah II Wehdah returns. Muzakarah, dars usul fiqh di Jami’ Taubah, spring cleaning.. Itu semua bukanlah satu alasan bagi akhawat untuk tidak sama-sama menyertai rehlah kali ini yang bertempatan di villa Syeikh Dr. Ratib An-Nabulsi, Beit Sawa pada 19 April 2010 yang lalu.
Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, pihak Lajnah Kebajikan telah mengadakan rehlah kali ini berasingan antara syabab dan juga akhawat. Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak telah memanfaatkan semaksima mungkin peluang yang jarang diraih ini.
Di pagi Jumaat yang hening saat semua orang sedang berligar-ligar di alam mimpi, akhawat DMASYQ keluar rumah dengan satu hadaf.. ke satu tempat.. dengan satu macam senyuman yang tertampal di bibir masing-masing. Ini semua hanyalah untuk sama-sama mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa nan indah ditambahkan lagi dengan kolam renang yang seakan-akan memanggil-manggil telah membangkitkan lagi semangat akhawat untuk bergembira pada hari itu. Kalau orang kata pengantin adalah raja dan permaisuri pada hari perkahwinan mereka, tetapi pada hari tersebut akhawat bagaikan dayang-dayang istana yang telah diberikan keizinan untuk bercuti seketika.

Merah, biru, kuning dan hijau. Keempat-empat kumpulan ini berentap apabila diberikan masa untuk mempersembahkan cheer bagi kumpulan mereka. Pelbagai cara dan ragam dapat dilihat ditambahkan lagi dengan kekreatifan dan keunikan masing-masing. Jiwa berkumpulan kelihatan begitu jelas. Yang kumpulan merah sibuk memakai baju merah, hinggakan stokin pun warna merah. Kumpulan hijau pula sibuk dengan bendera kecil ke mana-mana. Yang pasti mereka semua telah mencuit hati pihak penganjur dengan keletah masing-masing.
Pelbagai permainan telah dilakarkan oleh pihak penganjur. Yang menguji minda dan fizikal, menguji pengetahuan am dan sebagainya. Salah satu permainan yang diadakan ialah Turun Kain. Dua daripada mereka ditarik ke hadapan, hanya dipisahkan dengan kain besar itu. Apa yang mereka harus lakukan adalah apabila jatuhnya kain besar itu dengan sepantas kilat mereka harus sebutkan nama teman yang berada di hadapan mereka besertakan nama ayah. Contohnya: Latifah Binte Ahmad. Bila arahan telah dijelaskan, kelihatan satu-satu cuba untuk mengingati nama penuh masing-masing. Kelakar dan gempak bila diingatkan kembali keadaan itu.

Umm Toyyibah telah diberikan penghormatan untuk memberikan sedikit tazkirah untuk sesi pengisian rohani. Dalam masa 30 minit Umm Toyyibah telah menyentuh isu mengajar Al-Quran di dalam bahasa inggeris. Mungkin kita kurang peka akan keperluan masyarakat Islam di Singapura buat masa ini. Umm Toyyibah telah menguji bagaimana harus kita terangkan kepada masyarakat islam yang bukan berbangsa melayu idghaam bighunnah sedangkan mereka tidak faham bahasa melayu, bahasa ibunda kita. To enter with buzzing.. Hah! Tidak pernah terlintas pun di benak fikiran anda bukan? J Kesimpulannya apa yang disampaikan oleh Umm Toyyibah adalah sebagai eye opener bagi kita untuk keluar dari comfort zone dan juga mengasahkan lagi bahasa inggeris kita. Because we never know when we will need it.

Berkerjasama, disiplin, toleransi.. Ini adalah diantara nilai-nilai murni yang ingin diterapkan di dalam program Lajnah Kebajikan kali ini. Di dalam masa yang sama untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan bersama-sama bergembira sebelum peperiksaan akhir menjelang tiba. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai matlamat dan objektifnya.Walaupun mempunyai kesukaran pada awalnya, tetapi.. Yadullah ma’al jama’ah. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih bagi semua yang telah menjayakan program Rehlah II Wehdah returns. Jazakumullah khairal jaza’.

Buat akhawat di Singapura, laporan ini sebagai pengubat rindu antunna yang ingin mengetahui apakah aktiviti akhawat di sini. Moga apa yang telah dijalankan mendapat keredhaan disisiNYA.


Dibawakan khas oleh Lajnah Kebajikan (akhawat) ’09-10.

2 comments:

Anonymous said...

HIDOP KUNING! HAHAHAH :P

merah perkasa~
hijau kau kau kau!
Biru~ hati ini makin haru~ :P

Sayang akhwat! :D

what? "enter without buzzing"! huh?! :P heheehehe...or "hide"! eheh! ;)

Anonymous said...

Mubarak dmasyqian!!!!

Syukran update tentang 'wehdah'...Bait Sawa lagi...KENANGAN SUNGGUH!!!!

Mau kolam renangnyaaaaa...
Mau akhwatttttttttt...

Mubarak akhwat dan syabab..semoga semakin banyak program-program yang manfaat diadakan lagi...

Hadirkan kami disini dalam setiap program di sana...

-Pelangi-