Sunday, December 20, 2009

Ma'al Hijrah Tahun Baru.

Tahun 1431 Hijrah baru sahaja berlalu. Pihak Infomedia mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat ulang tahun baru, Kullu ‘Am wa antum bi Elfi kher kepada keluarga besar Dmasyq khususnya dan pembaca blog ‘amnya.

Pasti ramai sudah tahu sejarah di sebalik pengiraan kalender Islam bukan? Pada zaman pemerintahannya, Khalifah Umar Alkhattab telah mengambil keputusan untuk mencatit dan membuat pengiraan tahun bermula selepas penghijrahan Nabi.
Selalunya ramai yang akan memasang cita-cita untuk membuat azam baru pada tahun baru masihi. Apa kata, kita membuat sedikit kelainan tahun ini dengan memasang azam baru pada tahun baru hijrah?


Azam baru kita itu pula biarlah disandarkan kepada cerita disebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Nabi Muhammad SAW telah membuat pengorbanan terbesar untuk umatnya apabila Baginda berhijrah ke Madinah atas suruhan Allah SWT. Rasulullah SAW telah meninggalkan keluarga, kota tercintanya demi menyebarkan kalimah tauhid. Adakah anda sambut membuat pengorbanan yang sama?? Shollu ‘alal habeeb!!

Begitu juga dengan Sayyidina Ali RA. Beliau sanggup menggadai nyawa dengan mengambil tempat pembaringan Nabi Muhammad SAW pada malam penghijrahan Baginda SAW walaupun rumahnya dikepung pemuda-pemuda suku arab yang ingin membunuh Rasulullah.
Sayyidina Ja’far bin Abu Thalib juga sewaktu penghijrahannya ke habsyah telah membuat pengorbanan. Pernahkan anda terfikir, mengapa sayyidina Ja’far sanngup berhijrah ke habsyah walaupun bapanya, Abu Thalib yang ketika itu merupakan seorang yang terpengaruh dari suku bangsa quraisy, boleh melindunginya sewaktu bangsa Arab majoritinya membenci umat Islam?


Sanggupkah anda membuat azam baru dengan membuat pengorbanan dalam hidup anda? Seperti Rasulullah SAW? Sanggupkah anda membuat azam baru dengan berusaha sebanyak mungkin dan meletakkan keyaqinan 100% dan tawakal kepada Allah swt? Seperti Sayyidina Ali Ra? Sanggupkah anda membuat azam baru untuk meninggalkan kebendaan dunia (nama dan pangkat etc) demi menurut perintah Allah dan RasulNya? Seperti Sayyidina Ja’far?

Bagaimana?? Da bersedia?? Jom buat azam baru!! Insyaallah dengan adanya istiqomah yang kuat dan semangat. amiin.

No comments: