Tuesday, December 08, 2009

EIDUL ADHA 09

Assalamualaikum wr wb…

Salam sejahtera buat semua yang melungsur ke blog ini,semoga dalam keadaan sihat wal Afiat..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dan berselawat ke atas nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam… di dalam menyambut Hari Raya Aidiladha di bumi syaam Syria,,kami persatuan pelajar-pelajar Dmasyq telah meraikan hari raya ini dengan membuat program majlis sambutan Aidiladha yang di tempatkan di rumah MBESI Darul Bumbung seperti biasa lokasinya di atas bumbung.majlis tersebut di buka dengan bacaan ayat-ayat suci AlQuran,qari kita adalah salah seorang pelajar kami yang tiba pada tahun ini beliau adalah Ustaz Syahir. Beliau sedang menuntut di Mujamma’ Assyeikh Ahmad Keftaro (abunnor) jurusan Diploma Ta’hily,masya Allah beliau membaca dengan bacaan yang amat baik maklumlah baru sahaja habis mengambil kursus (daurah) tajweed di Jami’ Hajibiyyah dengan teman-teman yang lain Mubarak ya syabab! Man jadda wajad…

lalu Ustaz Khairuddin mengambil tempat selaku pengerusi majlis dan Ustaz Muhammad Hidayat selaku ketua program pada hari tersebut.Ustaz Muhammad Hidayat membuka majlis dengan ucapannya yang ringkas dan padat selepas itu diiringi pula dengan alunan selawat atau pun anasyid dari pelajar-pelajar kami yang di ketua oleh Ustaz Zamir ,mereka telah mengajak para hadirin dan hadirat berselawat bersama-sama dengan mereka,cara mereka sudah ada kelainan dan agak mantap dengan adanya sound system persatuan yang baru dan suara-suara mereka yang lunak lagi merdu bak buluh perindu ......Subhanallah
rasanya majlis sambutan hari raya pada tahun ini agak meriah sekali…

selepas sahaja kami di alunkan dengan selawat dan anasyid lalu di jemput pula penceramah yang di undang khas. beliau adalah Alfadhil Ustaz Ismail Hashim.beliau sedang menuntut di Ma’had Al-Fatah Al-Islami ,beliau menerangkan apakah erti hari raya yang sebenar,apakah kisah di sebalik pengorbanan yang teragung,apakah sebahagian hikmah yang boleh kita dapat apabila kita menunaikan ibadah Qurban.Kami ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian mengenai isi-isi yang telah dikongsi sama oleh Ustaz Ismail,mengenai hikmah qurban,yang pertama agar dapat menguji kekuatan iman dan keteguhan mental,yang kedua dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dunia dan kedekut dengan harta yang Allah subhanahu wa ta’ala kurniakan kepadanya,yang ketiga berkongsi merasai ni’mat Allah dengan golongan orang yang kurang bernasib baik.dan beliau menekan kan apabila ingin menunaikan ibadah Qurban hendaklah ikhlas sebenar –benar ikhlas sebagaimana Allah berfirman di salam surah Al-Hajj yang bermaksud: {Daging dan darah binatang Qurban atau hadyi itu tidak sekali-sekali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan Taqwa daripada kamu}.katanya lagi,kita menuntut ilmu di Syria ini pun ialah sebahgian daripada pengorbanan yang Allah telah tentukan ke atas kita,seperti berjauhan dengan keluarga,rumah tidak selesa seperti rumah di singapura dan banyak lagi.ulama mengatakan (bagi sesiapa yang ingin kan kebaikan,membaikkan,kemuliaan,ketinggian tanpa jihad dan pengorbanan,maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong). Dan yang paling menarik beliau menerangkan pergerakkan tawaf secara saintifik (ilmi),beliau bertanyakan kepada kami kenapa kita bertawaf berpusing kearah kiri (anti clockwise)? Lalu dia memberi persamaan misal dengan (screw driver) apabila kita ingin mensabitkan atau mengetatkan screw kita akan pusingkan screw itu ke kanan dan apabila ingin kembalikan ia hendaklah dipusing dengan pusingan (anti clockwise) secara kesimpulannya beliau menekankan Arruju’ ilallah iaitu kembali kepada Allah,dan di dalam Tawaf kita berzikir,bertalbiah dan sebagainya agar kita sama-sama kembali kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan menanamkan kembali sifat rasa kehambaan kepada Allah. dan itulah makna sebenar “eid”,kerana Allah subhanahu wa ta’ala ingin mengajak hamba-hambanya kembali ihsan dan suci dengan amalan-amalan yang telah di perintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala ,dan sebelum Ustaz Ismail mengakhirkan ceramahnya beliau mengajak para hadirin dan hadirat beristihgfar dan bertalbiah (labbaikallah) beramai-ramai..dengan berkata” memandangkan kita tidak berpeluang menunaikan ibadah haji buat kali ini,sekurang-kurangnya sama-samalah kita berkhayal dan membayangkan seolah-olah kita bersama para hujjaj yang sedang beribadah di Makkah Al Mukarromah dengan bertalbiah beramai-ramai”….jazahullah kheir.. Semoga Allah memberkati baki umur beliau dan seluruh keluarganya amin ya rabbal alamin.

Setelah ceramah di akhiri dengan bertalbiah beramai-ramai di jemput sekali lagi munsyideen untuk berselawat dan bernasyid beramai-ramai dan diakhiri dengan lagu tema persatuan kami selawat “ya talaamiz Muhammad”

Sesi yang terakhir ialah sesi perlantikan EXCO yang baru. Mubarak kami ucapkan semoga amanah yang telah di berikan dapat dilaksanakan dengan baik dan diredhoi Allah subhanahu wa ta’ala Allahumma amin..syabas dmasyq! Majulah singapura!

dan saat-saat yang di nanti-nantikan ialah menjamu selera jamuan-jamuan yang di masak khas dari pihak akhawat. Menu pada hari tersebut ialah “Ayam in red” dan “mutton steak ala ala kentang” sungguh menyelerakan dan sungguh enak sambil menjilat 5 jari..dah tak payah nak cuci tangan.
terima kasih akhawat!!! Thanks akhawat!!! Syukran akhawat!! You go muslimah!!


Pada majlis tersebut di hadiri juga dengan tetamu-tetamu khas seperti pelajar dari Al –Azhar beliau ialah Ustaz Nazih haji Muhammad Rais,beliau datang ke Syria untuk berziarah sambil menduduki kelas atau kursus (daurah) Ilmu Tajweed,Nahu,I’rab,Durus dijami’ dan Talaqqi bissanad. dan dua akhawat dari pelajar Jordan yang tiba pada hari majlis tersebut…ahlan wasahlan bikum….

Alhamdulillah majlis sambutan pada hari tersebut berjalan dengan lancar,terima kasih bagi mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut khusus bagi pihak akhawat yang memasak, ahli rumah embisi yang sudi meminjamkan tempat dan bagi semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut,semoga Allah subhanahu wa ta’ala membalas jasa baik antum dan antunna semua.. jazakumullah kheiran wa kullu aam wa antum bi alf kheir….. wa la tansaw biddu’a…..



2 comments:

Hufaizah said...

Hufaizah likes this post.

p/s: Thanks for sharing! Barakallahu feekum. :)

Anonymous said...

Barakallahufiikum!!!ahlan wa sahlan pada tetamu kita.