Pada pagi Jumaat 18/12/2009, Suuq Jumu'ah menjadi saksi keberadaan akhawat DMASYQ disitu. Apa eh akhawat buat kat situ? Hah! Itu yang kita hendak tahu~
Buat julung-julung kalinya Lajnah Kebajikan mengadakan program masak-memasak yang diberi nama 'Dapur Berasap'. Setelah dibahagikan kepada 3 kumpulan - merah, biru dan juga oren -, mereka diberikan tugas untuk masak dengan syarat-syarat yang tertentu. Masak apa? Tiada tema tertentu yang diberikan yang penting mereka harus masak. Diantara syarat-syaratnya ialah : mereka harus berbelanja berpandukan budget yang telah diberikan, iaitu tidak lebih dari 200 lira! Mereka juga harus pergi ke pasar secara berkumpulan. Cubalah anda bayangkan lebih kurang 16 akhawat berada di daerah suuq. Macam-macam keadaan yang kita boleh lihat. Ada yang minta pakcik sebiji limau.. Ada pula yang minta mayonis setakat 10 lira. Yang penting, pandainya akhawat ini semua dalam berjimat cermat mengunakan wang yang telah diberikan. ;)
Mereka diberikan masa dari 10 pagi hingga 3 petang untuk menyiapkan apa jua juadah yang mungkin terlintas di dalam benak fikiran mereka. Tak kiralah samada juadah itu juadah yang direka ataupun sebaliknya. Ia semua berbalik kepada kreativiti mereka. Itulah sebenarnya motif program ini. Being creative and using teamwork.
Juri kita pada hari itu diterbangkan khas dari kawasan Medan iaitu Cik Hafsah dan juga dari Syeikh Muhyiddin, Umm Toyyibah. Bukan calang-calang orang ye kita pilih. Beraneka juadah dan bentuk telah disiapkan oleh mereka. Heart shape, smiley face, hiasan bak di walimah orang. Macam-macam! Ada yang siap menamakan juadah mereka ‘Sarang Asmara’.. ‘Qasiyun menjadi saksi cinta kita’. Fuh! Terbukti betapa kreatifnya akhawat kita.
Setelah merasa juadah dari ketiga-tiga kumpulan, kedua-dua juri memberikan komentar mereka. Dan terbukti kumpulan Oren yang menghiaskan juadah mereka bak di walimah orang telah memikat hati kedua-dua juri kita pada hari itu. Syabas kami ucapkan! Tapi yang sebenarnya ketiga-tiga kumpulan telah memikat hati kami semua dengan keunikan masing-masing. Mubarak semua!
Ucapan terima kasih buat Beit Hannan, Eeman, Umm Toyyibah dan juga Ukht Aishah Ibrahim kerana memberikan izin untuk menggunakan rumah mereka bagi program ini. Moga dengan program ini menambahkan lagi pengetahuan kita dalam berjimat cermat, being creative dan juga bertolak-ansur sesama teman. Yosh!
p.s : Jangan mengiur ye apabila melihat gambar masakan yang dimasak oleh our ‘treasured akhawat’.
Laporan dari Lajnah Kebajikan 09-10'.
8 comments:
wah!
seronoknye~
kumpulan oren nye gmbr mknan yg mane satu?
syabas akhawat!
=)
nxt time buat peraduan masak mknn arab pulak eh...
dpt pengalaman xtra~
SALAM...yup!!!mubarak sisters...teruja tgk gambar2...dpat bayangkan kekecohan dan semangt team work!family support u sisters!
barakallahufikum!
lepas ni mcm2 bole buat selain memasak kan!!!!be creative!!!gambatte!!!
p/s:saya setuju dgn kunoichi,makanan arab ada yang berkhasiat tau!masakan turki pun sama!
-pelangi-
Assalamualaikum wbt wmt
amcam syabab x nak try ke?
Bravo alaik lajnah kebajikan 09-10...mudah-mudahan tkde lagi lah monster..yg kite pernah lalui dulu..haha
kumpulan orennya gambar atas sebelah kanan. Ni tak nampak sangat mcm kat org kawen. Nasi dorg, dorg hias gah mcm kat walimah org. hehe
budak dulu.. monster? maksudnya ape eh? hehehe
hahahha, monster... aku paham ape makne monster!!! hahahaha.. so upset...
waalaikum salam pada fatafeat,
bkn syabab tknk buat cume klu dh buat nnti org tk caye yg kite buat,:D
btw mcm ade org "tacis"(word bdk embesi) je mknn yg shape heart..k k...:)
Penghuni Embc - Ye mmg ade org "tacis". Tapi juri yang "tacis" laaa. hahaa jgn main2.. bukan sembrg org..
Post a Comment