Saturday, November 14, 2009

Al-Hubb fil Quran wa daurul Hubb fii hayaatil insaan....


Ada apa dgn cinta???

Adalaah....

Al-Hubb fil Quran wa daurul Hubb fii hayaatil insaan....
(Cinta dalam Al-Quran dan peranannya dalam kehidupan manusia)...

Amacam? Best tak topik ni..?

Kalau nak dengar , jomlah datang dars di
jame' Iman
(di Mazra'ah,Syria,bukan dekat Bukit Panjang Singapura tau)
selepas maghrib, setiap isnin.
Kalau tidak dapat hadir, jangan sedih...
lungsuri website ini www.naseemalsham.com dan muat turunkan (download)
dars tersebut...

Dalam majlis-majlis penuh barakah tersebut , Syeikh Bouthi mengupaskan
tentang (HUBB) CINTA seperti disebut oleh Al-Quran.
Banyak sangat ayat-ayat yang menyebut
tentang HUBB...malangnya, ia jarang diperkatakan.
Yang selalu diambil
dan dikupaskan hanyalah ayat-ayat hukum.
Padahal,sebanyak suruhan berfikir dengan akal di dalam Al-quran
,tidak kurang juga suruhan untuk bercinta dengan hati.

Pada pengamatan Syeikh,sebab utama yang menyebabkan
kurang minat di kalangan penulis-penulis untuk mengupaskan
topik CINTA ini
adalah kerana Al-Quran menghadapkan CINTA kepada sesuatu yg
tidak disukai nafsu
&
melarang dari mencintai apa yang susah
bagi nafsu menjauhinya.
Maka jika seseorang menulis tentang
topik ini , mungkin susah baginya mengamalkan cinta sebegitu ....
natijahnya : ia menjauhi menulis tentangnya sama sekali....
PADAHAL , seperti yg diterangkan oleh Syeikh yg berkaliber itu,
IMAN datang dari akal , tetapi AMALnya hanya datang dari cinta.
Seseorang boleh beriman dgn Allah dengan senang selepas
melihat alam yg 'maasyaAllah' ini,tetapi ia mungkin susah untuk
beramal....mengapa??
kerana, Amalan dtg dari HUBB a.k.a CINTA yg berTakhta di HATI!!!

Maka Syeikh melalui dars-dars mengupaskan dgn terperinci
tentang semua yg kena-mengena dgn CINTA ini...
dari
tabiatnya kepada
pihak-pihak yang patut ditujukan kepada mereka cinta tersebut
hinggalah kepada peranannya dalam kehidupan setiap dari kita....

memang rugi orang yang tidak mengetepikan sedikit dari
masanya utk menghadiri/mendengar durus-durus ini...
'upin & ipin setuju': "btol btol btol!!!"

Semoga dengan menghayati maklumat yang disampaikan oleh Syeikh
Sa'eed ramadhan Al-Bouthi ini , kita dapat memantapkan lagi
cinta kita kepada Allah,Rasulullaah(s.a.w)
serta makhluk-makhluk Allah...ameen..

Ahli Dmasyq banyak kini
Cari ilmu tak kira masa
Bila mendengar doa ini
hatiku tersentak ingin merasa...


wahai Tuhanku,jadikanlah cintaMu lebih disukai kepadaku
dari air sejuk kepada tekak yg kehausan...
(bayangkan dirimu menghirup laimun jaamid di kala kehausan yg teramat!!!)


Allahumma taqabbal yaa rabb...

-Ukht minal Akhawaat-

8 comments:

Anonymous said...

masya-allah...saya gembira sgt...nak sgt dapat kan buku ni...syukran ukhti for ur updates...ini yg amat kami nantikan.

apalagi dmasyqian..yuk!yuk gi dars!!!

ya tuhan kami mohon cintamu,dan cinta rasulmu serta cinta org yg mencintaimu...dan amal yg mendekat kan kami pd mu...

jami' iman,dekat tuuuu....hasbunallah wanikmal wakil...gambatte!!!
marhaban li tolibul ilm!

-pelangi-

.Nurhida. said...

tk terkata uh bile dpt dgr suara sheikh buti through the website~
suke suke suke suke suke suke sgt!!!
terus dl on the spot....
:-)
syukran krng!
weeeeee~

:sungguh ku merindui suasana ilm di sana~ doakan smua:

.nurhida.

.:Mujahidah Khadijah:. said...
This comment has been removed by the author.
.:Mujahidah Khadijah:. said...

i simply love the way this post was composed. catchy, yet meaningful n deep. i loike~ baarakallahu fee akhawaatii kullihinn. *bestlah korang*

seems that i have to catch this wonderful dars online as well since the dars is gonna be held during the dawaam period.

btw, NICE nice job done on finding out the URL from which the dars could be d/l from. seperti the "in word" at Hannan: "mesti ada INITIATIF" kan? :D

to myself firstly, n to the others: jom sama2 isi masa dgn hadiri majlis2 'ilmu. smoga kita semua sentiasa berada di bawah sayap para malaikat yg sentiasa mendu'kana kesejahteraan kita... ameen! :)

-Khadijah Mohamed Hussain-

p.s. ktorang tunggu hida~

Anonymous said...

thanks Ukht for sharing the link!BarakaLLAH feek!! :0)
how i wish i can get my hands on the book!hmmmmm..

Anonymous said...

salaam kwn2...
sape2 nk buku ni,ktorg kat sini blh je belikan,& pass to org yg nak cargo nanti....
awaiting ur orders ikhwatii wa akhawaatii yg ku CINTAI!!!=>
-thaalibatu mardhaatillaah-

nusaybah said...

salam ppl..
masyaAllah..this is simply a coincidence..
i just bought the book 5 days ago..here in Mesir..n now, ade dars online!!
thank u ya ukht! :')
Allah yjzikil khair!!

Anonymous said...

Salaam semua,

initially i didnt know about the existence of the book..till ada akhawat di syria yang menghadiahkannye!terima kasih kpd mereka2! masyaAllah sangat! hee walau tak dpt hadir dars nye..having a link to download it has already put smiles on our faces.:)
thanx for sharing =)

.luluwalmarjan.