Friday, November 20, 2009

Suria Segar 3 09'

Laporan Program Qiyam Fajr ‘Suria Segar 3’.

Program Suria Segar 3 ini dijalankan pada 20 Zulqaedah 1430H, 7 November 2009. Program ini dianjurkan oleh ahli-ahli Lajnah Ta’lim.

Tujuan dan matlamat program ini ialah untuk melatih para ahli untuk membiasakan diri bangun awal pagi dan mengambil faedah yang ada pada waktu pagi.

Program ini dibuka dengan bacaan Ma’thurat beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Syahidan. Pengerusi majlis pada hari itu ialah Ustaz Taufiq. Antara aturcara


program pada hari itu ialah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Ibrahim. Beliau menyatakan tentang fadhilat-fadhilat pada waktu pagi dari segi syara’ dan juga saintifik.
Dari segi syara’, beberapa Hadis yang telah diutarakan oleh Ustaz Muhammad antaranya menunjukkan peri pentingnya bangun awal pagi, bermula dari solat subuh berjemaah, berzikir hingga ke waktu dhuha,. Ganjarannya amatlah besar sekali seperti orang yang menunaikan Umrah dan Haji. Dari segi saintifik pula, beliau menyentuh tentang matahari di waktu dhuha mengandungi vitamin D yang boleh menyumbang kepada kesihatan kulit.

Seterusnya, tazkiyah ringkas kedua disampaikan oleh Ustaz Munir yang bertajuk “Suria sinaran hidup anda, Syria sinaran hidup ana”. Tazkirah yang disampaikn oleh Ustaz Munir amatlah padat dan memberi dorongan kepada kebanyakan ahli. Apa yang disampaikan secara rambangnya ialah peluang pelajar-pelajar Syria untuk mengikuti dars-dars yang ada di kebanyakan Jami’ di bumi yang penuh barakah ini. Beliau memberi semangat dan juga aluan kepada semua ahli untuk tidak melepaskan peluang keemasan yang terhidang di hadapan mata yang mungkin hanya dating sekali sahaja di dalam hidup kita.

Seterusnya diikuti dengan pembentangan dari Presiden DMASYQ Ustaz Muhammad Fadli tentang “retreat” yang diadakan MUIS di Singapura untuk ahli DMASYQ.
Apa yang dibincangkan beberapa ahli DMASYQ dengan MUIS di Singapura itu memberi sedikit kesegaran minda tentang hal ehwal di Singapura dari segi bidang da’wah dan juga peri pentingnya meningkat kemahiran diri dari segala macam aspek. Beliau juga menyatakan tentang peluang berda’wah di Singapura bagi pelajar Syria. Perkara seterusnya yang diutarakan ialah penubuhan Alumni DMASYQ di Singapura dan aktiviti-aktiviti mereka di Singapura.

Majlis diakhiri dengan pemberian surat keahlian pelajar-pelajar 2009-2010 dan ditutup dengan muhasabah diri dan jamuan tengah hari.

Sebagai ulasan, tujuan dan matlamat program ini tercapai dengan sokongan semua ahli dan lajnah-lajnah yang terlibat. Insya allah semua mendapat manfaat dari program tersebut.

Sekian terima kasih.
Oleh Lajnah Ta'lim

2 comments:

Anonymous said...

mubarak dmasyqian!!!teringt senaman yg diajar akh taufiq masa suria segar dahulu...

alhmdllah satu muhasabah yg mantap utk tolibul ilm!

pelangi

Hufaizah said...

masya Allah..
Suria Segar dah ada bnyk season 1,2,3..
insha Allah akan dijalankan berterusan~

bak kata org Mesir: 'ala toul kida!

Jalan terus! ;)