Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan darah pahlawan
Di celah pohon zaitun yang rending
Bersemadi syuhada pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan
Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah
Disinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpadukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan
Ketibaanmu adik-adikku
Ku sambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu
Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan Iman
Sesubur Dataran Syam bertuah
Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Israk ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan
Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk Ummah melihat masa depan
Sebagai ulama sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan
Selamat Datang tetamu Dataran Syam!
-dipetik dari Saiful Islam.
Orientasi pelajar-pelajar baru sesi 2009/2010.
Marhaban li Thulabul ‘Ilm!! Dmasyq telah menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baru bagi sesi 2009/2010. Kedatangan tetamu-tetamu Allah ini sememangnya amat dialu-alukan. Dmasyq juga telah menyiapkan beberapa program orientasi khusus buat saudara-saudara baru kita.
Tarikh 18-8-09 merupakan tarikh pembukaan sesi oreintasi 2009/2010. Selepas Dars bersama Syeikh Abdul Jalil Al-ato dan makan malam bersama, ahli Dmasyq telah berkumpul di bumbung Embc dimana Akh Muhd Fadhli Ayub telah memberi kata-kata aluan buat pelajar-pelajar baru. Beliau juga menerangkan sejarah penubuhan Dmasyq dan struktur organisasi persatuan.
Sesi orientasi kedua dijalankan pada majlis qiyamullail bertarikh 21 Ramadhan 1430. Lajnah Ta’lim selaku penganjur majlis ini telah menyelitkan program pembelajaran bahasa pasar Syria (amiyyah) khusus buat saudara baru. "Kelas malam" ini telah dikendalikan oleh Akh Mohd Faizal dan Akh Isam.
Lebaran Perantau 3 pula bertindak sebagai program ketiga orientasi sesi tahun ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kebanyakkannya bertindak sebagai program suai kenal antara pelajar baru dan lama.
Sesi orientasi yang terakhir pula kami telah menziarahi maqam-maqam iaitu Bab Soghir, dan diterangkn sedikit sebanyak cerita2 kisah sahabat nabi dari Ustaz Ismail, Ustaz zahir dan juga Ustaz Hassan. Dibawah matahari yang agak panas membasahi dahi kami semua, kami tetap teruskan orentasi ini..Insyaallah kali ini lebih manfaat bagi kita persatuan dmasyq.
Barakahllahufiykum insyaallah.
1 comment:
salam alaik!
masya-allah!rasa bertuah bila syeikh abdul jalil atha bertandang ke rumah embc bagi mengadakan dars.masya-allah!!!!!saya berharap,dmasyq sentiasa mendapat barakah dgn hadirnya para ilmuan2 sebegini,kudos!MARHABAN LI TOLIBUL 'ILM!!!
-pelangi-
Post a Comment