Tarbiyah al-awlad pada 7 tahun pertama fasa hidup anak-anak.
Tanggungjawab siapa?
5 comments:
Abou 'Ala'
said...
Assalamualaikum,
Inilah sumbangan ana yang pertama semoga apa yang ana ini ingin berkongsi memberi manfaat kepada semua, diredhai Allah swt dan menjadi hujjah untuk kita dan bukan hujjah keatas kita. Ya rabb.
Memandang hari ibu sudah berlangsung ana ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada bakal ibu,bakal isteri dan khususnya kepada wanita sedunia! Kerana tanpa kamu dunia ini kosong dan hilang serinya. Renungkanlah..
Jadi berbalik pada topic, setahu ana tarbiah kanak-kanak bermula pada diri kita sekarang ini. Ya benar sekarang ini, semasa bujang dan masih dara ini.
Jadi bagi sesiapa yang berhasrat untuk berumahtangga ana ucapkan tahniah dan proceed,akan tetapi disamping kegembiraan itu ana hendak menasihatkan, perbaiki diri ini dari pelbagai sudut pembelajaran jasmani dan rohani, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik. Kerana tidak lama lagi kita akan jadi seorang suami/isteri dan bakal menjadi seorang bapa/ibu.
Bayangkan kita akan menjadi seorang bapa/ibu sekiranya diri kita belum lagi sedia n masih lagi terumbang-ambing. Tentu kita tidak mahu menjadi seperti ketam yang mengajarkan anaknya berjalan lurus. Mengajar sesuatu perkara akan tetapi tidak mampu dan melakukan yang sebaliknya.
"Kemana lagi lauk akan tumpah kalau bukan ke nasi",ingat setiap tingkah laku kita akan menjadi ikutan anak itu nanti. Sama juga seperti "bapak borek anak rentek..". Setiap tingkah laku seorang ayah yang buruk mahupun yang baik anak itu akan terikut juga.
kita inginkan anak kita yang terbaik dan mencapai cita-cita "kita", walhal kita sendiri tidak pernah bertungkus-lumus dengan pelajaran dan sentiasa sembunyi dengan alasan dan tipu daya diri-sendiri.
Jadi tarbiyahlah diri kita yang macam budak tujuh tahun barulah tarbiyah anak kita diumurnya tujuh tahun nanti. Insyallah akan lebih berkesan dan efektif.
"Untuk mendapat anak yang soleh, jadilah ayah yang soleh, Untuk menjadi ayah yang soleh jadilah suami yang soleh, Untuk menjadi suami yang soleh jadilah orang yang soleh, Untuk jadi orang yang soleh jadilah anak yang soleh, Untuk jadi anak yang soleh, jadilah pelajar yang soleh, Untuk menjadi pelajar yang soleh, berdoalah dan berusahalah macam orang yang soleh...insyallah kalau apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan kita menjadi orang yang BERUSAHA dan telah SYAHID dalam menjadi orang yang soleh."-theory al-Fudhuliy (Allah yasmah fikratahu).
Ana tahu apa yang ana sampaikan terlari dengan topik,tapi itulah perkara kita kena titi beratkan sebelum kita bermula dengan topik yang mudah ini.kira ini muqadimah. Semoga Allah swt memberi kita zuriat yang soleh dan solehah yang boleh berbakti kepada masyarakat yang dimana sudut kita telah gagal didalamnya. amiin
Nasehat ini ADA kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Terutama sekali diri ana dan hati yang sudah mati akibat kelalaian hidup.
Okay sampai disini sahaja.
maaf dan terima kasih kerana sudi membaca karya ana yang tidak berharga ini..
Saya pernah mendengar seseorang berkata yang tarbiyah anak itu sebenarnya bukan bermula bila anak keluar dari perut seorang ibu,tetapi ia bermula bila anak masih dalam perut lagik. Ini adalah kerana,anak semasa dalam kandungan ibu,die mampu mendengar suara dan sebab itu,ibu-ibu yang sedang mengandung,digalakkan untuk selalu bebual/berbicara dengan anak dalam kandungannya.
Jadi,berbalik pada topik pada bicara dmasyq kali ini,tarbiyah al-awlad pada 7 tahun pertama fasa hidup anak-anak,tanggung-jawab siapa?
Tidak wajar untuk seseorang mengatakan,oh!tu tanggungjawab seorang ibu jek!Bapa tanggungjawab die hanya carik makan sahaja. Juga tidak wajar untuk mengatakan bahawa itu tanggungjawab bapa sahaja kerana sentuhan dan belaian seorang wanita lebih dekat di hati seorang bayi.(cewah..)
Tarbiyah awlad adalah tanggung-jawab bagi ibu dan ayah bayi itu. Ini kerana bayi,boleh dikatakan kebanyakkan masanya adalah bersama mereka.Cara muamalat suami-isteri juga memainkan peranan kerana seorang bayi akan sentiasa memperhatikan gerak-geri mereka.Cara isteri berbicara dengan suaminya(atau sebalinye)juga adalah tarbiyah kepada anak,jika dilihat dari sudut yang ma'nawi.Ibu dan ayah adalah "role model" bagi bayi itu. Meraka lah yang men-tarbiyah kan anak mereka dari kelakuan mereka sndri.
Seperti peribahasa melayu, "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,". Oleh itu,tarbiyahlah diri sendiri dari sekarang kerana setiap dari kita akan menjadi pendidik kepada anak-anak kita. Wallahu a'lam bisshowab.
Hmmm... Bagi pandangan ana... tarbiyah awlad adalah tanggungjawab KITA semua... bukan ibu bapa saja yg mesti memainkan peranan dlm hal ini, malah KITA semua juga terlibat dan mesti berusaha sedaya upaya utk menjadi sebaik2 manusia yg berakhlakan akhlak seperti yg dicintai Rasulullah junjungan kami sollallahu alaihi wa sallam, sekaligus mengamalkan amalan serta cara hidup yg telah Islam tetapkan seperti yg telah kite semua ketahui.
- bagi yg dalam persiapan utk bernikah, mesti dijaga hubungan nya yg masih belum halal itu dr semarang kemungkaran & ma'asiy (pernikahan itu umpama madu, jgn dibazir hingga tiba masanya)
- bagi yg sudah bernikah, mesti dijaga adab2 berumahtangga, memahami/mengetahui hak masing2 dan mempraktikkan/membiasakan bi'at hidup yg solehah sebelum ketibaan cahaymata nya (anak itu reflection kedua org tuanya, utk mengenal ibu bapanya lihat saja anaknya dahulu)
- bagi yg sudah punya cahayamata, sudah semestinya MESTI menjadi qudwah hasanah bagi si anak & terus mendidiknya tanpa rasa jemu, putus asa, penat, mengungkit dll. Dan seperti komen2 dari akhie2 diatas ini, tanggungjawab bukan atas ibu atau ayah saja malah atas kedua2nya sekali (anak itu amanah bersama. An-nisa':58)
- bagi yg belum berkeiinginan utk bernikah atau belum tiba jodohnya, juga MESTI menonjolkan akhlak yg mulia & menunjukkan cara hidup yg penuh keislaman buat si cilik2 yg berada disekelilingnya. Boleh jadi anak teman2, atau anak2 saudara, atau anak2 murid & anak2 yg sewaktu dgnnya. Kerana anak2 ini mudah mengikut apa saja yg berada didepan matanya, baik yg positif mahupun negatif.
kesimpulannya.... tarbiyah awlad bukan tanggungjawab atas kedua ibu bapa saja, tapi ianya adalah tanggungjawab KITA semua yg berada disekeliling anak2 itu...
Ana rasa banyak yang telah disentuh oleh teman-teman yang lain. Dari diri ana, ingin ana menyumbang dari aspek yang berlainnan sedikit. Kita semua telah mendengar bahawa di dalam mentarbiyah anak-anak, tanggung jawab besar adalah ibu bapa dan kita semua.
Ingin ana mengetengahkan dari aspek waqi’ sekarang di mana ramai ibu bapa yang bekerja. Bagaimankah pentarbiyahan untuk anak-anak kita? Setelah kita menolak waktu pekerjaan dan sebagainya, berapakah baki waktu yang ada pada kita? Apatah lagi bagi para asatizah dan du’aat yang mempunyai berbagai-bagai aktiviti lain seperti mangajar, kerja sukarelawan, meeting di sana-sini. Kita tanya lah kepada teman-teman seperjuangan kita yang sekarang sedang berkhidmat di masajid dan badan-badan Islam yang lain. Berapa banyak kah masa yang mereka mempunyai dengan keluarga? Rata-rata boleh dikatakan amat sedikit.
Jadi point yang ana hendak sampaikan ialah, kita boleh katakana bahawa ‘contact time’ yang kita ada bersama anak-anak boleh digunakan untuk mentarbiyah mereka. Tetapi bagaimanakan tarbiyah ketika ibu bapa keluar bekerja? Siapakah yang akan menjadi murabbi kepada anak-anak ini? Memang ramai yang mengharapkan datuk dan nenek untuk menjaga cucu-cucu tetapi kita harus sedar bahawa kadang-kala pentarbiyahan yang diberi oleh datuk dan nenek berlainan dengan ape yang dikehendaki oleh ibu bapa dan ini adalah hakikatnya sekarang. Memang kita semua amat menyayangi dan menghormati ibu bapa kita tetapi adakala si atuk dan nenek lah yang ‘spoil’ kan budak-budak ini. Adakah mentarbiyah anak-anak kita, tugas si atuk dan nenek? Sudahlah penat berpuluh tahun ibu bapa kita membesarkan kita, sekarang anak-anak kita pun kita hendak mereka besarkan? Ish…tak patut. Jadi bagaimana sekarang?
Bagi pendapat ana, di sinilah si ibu yang perlu memainkan peranan yang amat besar sekali. Dengan kedatangan cahaya mata, si ibu perlulah mengorbankan kerjayanya dan mengasuh dan mentarbiyah si anak sepenuh masa di rumah apabila si ayah keluar mencari keperluan hidup. Walaubagaimana tinggi dan jauh mana pun pelajaran si ibu, harus lah si ibu sedari bahawa tanggung jawab yang utama dan aham ialah mendidik dan mengasuh anak-anaknya sendiri.
Ini bukan bermakna si ibu tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi. Bahkan pada diri ana, SI IBULAH YANG PERLU MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG SETINGGI DAN SEBAIK BOLEH kerana dia akan menjadi murabbiyah dan guru pertama si anak di ‘madrasah rumahnya.’
Jadi kalau si ibu tidak bekerja, bagaimanakah hendak menampung taraf kehidupan di Singapura yang tinggi ini? Jawapannya, “live within our means and sacrifice”. Di sini, suami isteri perlulah sanggup hidup susah dahulu pada masa-masa awal perkahwinan. Kita tanya lah diri kita. Sanggup kah kita berbuat yang berikut? 1. For a start, pernikahan dengan belanja yang minimal untuk mengelakkan pembaziran. HAH! INI ANA TAK MASUK BAB HANTARAN YANG DILETAKKAN SEKARANG NI YANG MENGAKAL, TIDAK MUNASABAH DAN AMAT MENYUSAHKAN SI BAKAL SUAMI. Daripada hantaran yang sedemikian, tidakkah lebih baik menggunakan wang tersebut untuk perkara lain yang lebih penting. 2. Tidak pergi ke ‘honeymoon’ yang lazim di buat oleh pasangan baru. Dari mana mereka mendapat idea ‘honeymoon’ setelah perkahwinan pun ana tidak tahu? 3. Tinggal di rumah yang sederhana, mungkin rumah tiga bilik jika perlu kerana suami sahaja yang akan bekerja apabila mempunyai cahaya mata. 4. Renovation rumah yang minimum. Tikar getah jika perlu untuk menjimatkan perbelanjaan ubah suai dan menjauhi hutang. 5. Tidak berkereta agar tidak berhutang. 6. Hidup dengan keperluan sahaja dan bukan dengan kehendak.
Apa yang ana sebutkan di atas mungkin adalah ‘extreme cases’ dan mungkin ada di antaranya tidak perlu sampai ke situ, tetapi soalan nya adalah sejauh mana kah sanggup kita berkorban dalam pernikahan dan alam rumah tangga?
Kalau dari aspek pentarbiyahan anak; ‘the actual action and procedures’ tidak perlulah ana sentuh dengan detail. Panduannya banyak dan tidak terbatas hingga ke umur tujuh tahun sahaja. Di antara contoh mentarbiyah anak adalah dari surah Luqman Ayat 12-19, dan banyak lagi ahadeeth bagaimana Nabi (alayhi solatu wa salam) bermuamalah dengan cucu-cucunya, dan kanak-kanak lain seperti ibnu Abbas yang perlu kita pelajari dan contohi.
Tetapi sebagai peringatan, setiap dari kita telah ditetapakan dan ada bahagian masing-masing. Tidak semua anak akan menjadi apa yang kita doakan dan harapkan. Jika mereka menjadi anak-anak yang soleh, alhamdulillah. Jika sebaliknya, ia adalah ujian dari Allah azza wa jalla. Kita ambilah kisah para anbiya’ sebagai contoh dimana anak-anak mereka sendiri menolak da’wah mereka dan bahkan tidak beriman kepada Allah subhaana.
Alhamdulillah kebyakkan faktor telah disebutkan oleh ahli yang telah memberi koment.
Cuma disini, saje nak luahkan apa ana rasa utk topik kali ini. Hmm.. pd ana, soal mentarbiyahkan anak adalah tanggungjwb kita itu adalah umum. Kita sememang nya perlu menunjukkn akhlak dan sifat yang baik utk si kecil. Bahkan, bukan hanya utk si kecil tetapi utk semua, baik yang muda mahupun tua.
Akan tetapi, kebiasaan nye bila disebutkn ttg tarbiyah anak. Sering kali kita akan memandang kedua orangnya. Tetapi jika kita lihat pd sudut kehidupan hari ini.
Kebanyakkan, tarbiyah anak itu diserahkan kpd seorang ibu. Benar, ibu lah orang pertama yang akan memberi didikan kpd si anak.Mana kala ayah,sibuk dgn pekerjaan mencari rezeki.
Kalau mengikut "keaslian hidup" yang biasa, seorang ibu itu mmg tempat nya dirumah mendidik anak dan ayah pula keluar bekerja memberi nafkah secukup nya.
Pd pandangan ana, "keaslian hidup" itu perlu diubah mengikut konteks kehidupan kita di singapura.[Melainkan jika pasangan bercadang utk bermastautin di bumi syam =)]
Kos kehidupan di singapura terlalu tinggi.Dimana, kebykkn pasangan suami isteri perlu keluar bekerja. Lihat sahaje kedua orang tua kita yang bertunggus lumus mencari sumber rezeki utk memenuhi kehidupan berkeluarga. Maaf, ana bukan nk memberikan "greenlight" pd isteri utk keluar bekerja tetapi itu lah hakikat hidup hari ini.
Maka dgn itu, tarbiyah anak adalah atas amanah kedua pasangan yang telah BERSEDIA utk memikul tanggungjwb ini. Knp ana tekan kan bersedia?
Ia,BERSEDIA. Bersedia bukan hanya utk bersama dgn pasangan. Tetapi, bersedia utk sama2 mendidik jiwa bakal zuriat umat nabi Muhammad s.a.w. krn itu adalah AMANAH YANG TERBESAR apabila seseorang itu mengambil keputusan utk bernikah.
Jika kita hanya berkata bersedia, tetapi kita msh malas utk mengurus diri,msh dtg 30minit/10minit/15 minit lambat bila ada temu janji atau sebagai nya..
Maka tak usahlah membuat keputusan utk merosakkan lagik bilangan bakal zuriat umat nabi muhammad s.a.w
Siapkan lah diri sebelum kita menekan butang BERSEDIA. Didiklah diri dan jiwa kita agar menjd lebih baik dari smlm. Dan Lebih lebih lebih baik hari esok utk bakal generasi kita yang akan datang insyallah..
" Ingat, bila murid sedia, guru tiba.Dan bila kita bersedia calon nya pasti ada. "
P/s : ana tertarik dgn cara didikan saifulislam terhadap keluarga beliau. rajin2 sila baca artikel beliau www.saifulislam.com
5 comments:
Assalamualaikum,
Inilah sumbangan ana yang pertama semoga apa yang ana ini ingin berkongsi memberi manfaat kepada semua, diredhai Allah swt dan menjadi hujjah untuk kita dan bukan hujjah keatas kita. Ya rabb.
Memandang hari ibu sudah berlangsung ana ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada bakal ibu,bakal isteri dan khususnya kepada wanita sedunia! Kerana tanpa kamu dunia ini kosong dan hilang serinya. Renungkanlah..
Jadi berbalik pada topic, setahu ana tarbiah kanak-kanak bermula pada diri kita sekarang ini. Ya benar sekarang ini, semasa bujang dan masih dara ini.
Jadi bagi sesiapa yang berhasrat untuk berumahtangga ana ucapkan tahniah dan proceed,akan tetapi disamping kegembiraan itu ana hendak menasihatkan, perbaiki diri ini dari pelbagai sudut pembelajaran jasmani dan rohani, tanamkan azam untuk menjadi lebih baik. Kerana tidak lama lagi kita akan jadi seorang suami/isteri dan bakal menjadi seorang bapa/ibu.
Bayangkan kita akan menjadi seorang bapa/ibu sekiranya diri kita belum lagi sedia n masih lagi terumbang-ambing. Tentu kita tidak mahu menjadi seperti ketam yang mengajarkan anaknya berjalan lurus. Mengajar sesuatu perkara akan tetapi tidak mampu dan melakukan yang sebaliknya.
"Kemana lagi lauk akan tumpah kalau bukan ke nasi",ingat setiap tingkah laku kita akan menjadi ikutan anak itu nanti. Sama juga seperti "bapak borek anak rentek..". Setiap tingkah laku seorang ayah yang buruk mahupun yang baik anak itu akan terikut juga.
kita inginkan anak kita yang terbaik dan mencapai cita-cita "kita", walhal kita sendiri tidak pernah bertungkus-lumus dengan pelajaran dan sentiasa sembunyi dengan alasan dan tipu daya diri-sendiri.
Jadi tarbiyahlah diri kita yang macam budak tujuh tahun barulah tarbiyah anak kita diumurnya tujuh tahun nanti. Insyallah akan lebih berkesan dan efektif.
"Untuk mendapat anak yang soleh,
jadilah ayah yang soleh,
Untuk menjadi ayah yang soleh jadilah suami yang soleh,
Untuk menjadi suami yang soleh
jadilah orang yang soleh,
Untuk jadi orang yang soleh jadilah anak yang soleh,
Untuk jadi anak yang soleh,
jadilah pelajar yang soleh,
Untuk menjadi pelajar yang soleh,
berdoalah dan berusahalah macam orang yang soleh...insyallah kalau apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan kita menjadi orang yang BERUSAHA dan telah SYAHID dalam menjadi orang yang soleh."-theory al-Fudhuliy (Allah yasmah fikratahu).
Ana tahu apa yang ana sampaikan terlari dengan topik,tapi itulah perkara kita kena titi beratkan sebelum kita bermula dengan topik yang mudah ini.kira ini muqadimah.
Semoga Allah swt memberi kita zuriat yang soleh dan solehah yang boleh berbakti kepada masyarakat yang dimana sudut kita telah gagal didalamnya. amiin
Nasehat ini ADA kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Terutama sekali diri ana dan hati yang sudah mati akibat kelalaian hidup.
Okay sampai disini sahaja.
maaf dan terima kasih kerana sudi membaca karya ana yang tidak berharga ini..
Assalamualaikum.
p/s: Siapa nak Kahwin contact ana k.Kita bincang.
Bismillah...
Saya pernah mendengar seseorang berkata yang tarbiyah anak itu sebenarnya bukan bermula bila anak keluar dari perut seorang ibu,tetapi ia bermula bila anak masih dalam perut lagik. Ini adalah kerana,anak semasa dalam kandungan ibu,die mampu mendengar suara dan sebab itu,ibu-ibu yang sedang mengandung,digalakkan untuk selalu bebual/berbicara dengan anak dalam kandungannya.
Jadi,berbalik pada topik pada bicara dmasyq kali ini,tarbiyah al-awlad pada 7 tahun pertama fasa hidup anak-anak,tanggung-jawab siapa?
Tidak wajar untuk seseorang mengatakan,oh!tu tanggungjawab seorang ibu jek!Bapa tanggungjawab die hanya carik makan sahaja. Juga tidak wajar untuk mengatakan bahawa itu tanggungjawab bapa sahaja kerana sentuhan dan belaian seorang wanita lebih dekat di hati seorang bayi.(cewah..)
Tarbiyah awlad adalah tanggung-jawab bagi ibu dan ayah bayi itu. Ini kerana bayi,boleh dikatakan kebanyakkan masanya adalah bersama mereka.Cara muamalat suami-isteri juga memainkan peranan kerana seorang bayi akan sentiasa memperhatikan gerak-geri mereka.Cara isteri berbicara dengan suaminya(atau sebalinye)juga adalah tarbiyah kepada anak,jika dilihat dari sudut yang ma'nawi.Ibu dan ayah adalah "role model" bagi bayi itu. Meraka lah yang men-tarbiyah kan anak mereka dari kelakuan mereka sndri.
Seperti peribahasa melayu, "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,". Oleh itu,tarbiyahlah diri sendiri dari sekarang kerana setiap dari kita akan menjadi pendidik kepada anak-anak kita.
Wallahu a'lam bisshowab.
Hmmm... Bagi pandangan ana... tarbiyah awlad adalah tanggungjawab KITA semua... bukan ibu bapa saja yg mesti memainkan peranan dlm hal ini, malah KITA semua juga terlibat dan mesti berusaha sedaya upaya utk menjadi sebaik2 manusia yg berakhlakan akhlak seperti yg dicintai Rasulullah junjungan kami sollallahu alaihi wa sallam, sekaligus mengamalkan amalan serta cara hidup yg telah Islam tetapkan seperti yg telah kite semua ketahui.
- bagi yg dalam persiapan utk bernikah, mesti dijaga hubungan nya yg masih belum halal itu dr semarang kemungkaran & ma'asiy (pernikahan itu umpama madu, jgn dibazir hingga tiba masanya)
- bagi yg sudah bernikah, mesti dijaga adab2 berumahtangga, memahami/mengetahui hak masing2 dan mempraktikkan/membiasakan bi'at hidup yg solehah sebelum ketibaan cahaymata nya (anak itu reflection kedua org tuanya, utk mengenal ibu bapanya lihat saja anaknya dahulu)
- bagi yg sudah punya cahayamata, sudah semestinya MESTI menjadi qudwah hasanah bagi si anak & terus mendidiknya tanpa rasa jemu, putus asa, penat, mengungkit dll. Dan seperti komen2 dari akhie2 diatas ini, tanggungjawab bukan atas ibu atau ayah saja malah atas kedua2nya sekali (anak itu amanah bersama. An-nisa':58)
- bagi yg belum berkeiinginan utk bernikah atau belum tiba jodohnya, juga MESTI menonjolkan akhlak yg mulia & menunjukkan cara hidup yg penuh keislaman buat si cilik2 yg berada disekelilingnya. Boleh jadi anak teman2, atau anak2 saudara, atau anak2 murid & anak2 yg sewaktu dgnnya. Kerana anak2 ini mudah mengikut apa saja yg berada didepan matanya, baik yg positif mahupun negatif.
kesimpulannya.... tarbiyah awlad bukan tanggungjawab atas kedua ibu bapa saja, tapi ianya adalah tanggungjawab KITA semua yg berada disekeliling anak2 itu...
wallahu ta'ala a'lam ...
بسم الله والحمد لله
Ana rasa banyak yang telah disentuh oleh teman-teman yang lain. Dari diri ana, ingin ana menyumbang dari aspek yang berlainnan sedikit.
Kita semua telah mendengar bahawa di dalam mentarbiyah anak-anak, tanggung jawab besar adalah ibu bapa dan kita semua.
Ingin ana mengetengahkan dari aspek waqi’ sekarang di mana ramai ibu bapa yang bekerja. Bagaimankah pentarbiyahan untuk anak-anak kita?
Setelah kita menolak waktu pekerjaan dan sebagainya, berapakah baki waktu yang ada pada kita? Apatah lagi bagi para asatizah dan du’aat yang mempunyai berbagai-bagai aktiviti lain seperti mangajar, kerja sukarelawan, meeting di sana-sini. Kita tanya lah kepada teman-teman seperjuangan kita yang sekarang sedang berkhidmat di masajid dan badan-badan Islam yang lain. Berapa banyak kah masa yang mereka mempunyai dengan keluarga? Rata-rata boleh dikatakan amat sedikit.
Jadi point yang ana hendak sampaikan ialah, kita boleh katakana bahawa ‘contact time’ yang kita ada bersama anak-anak boleh digunakan untuk mentarbiyah mereka. Tetapi bagaimanakan tarbiyah ketika ibu bapa keluar bekerja? Siapakah yang akan menjadi murabbi kepada anak-anak ini? Memang ramai yang mengharapkan datuk dan nenek untuk menjaga cucu-cucu tetapi kita harus sedar bahawa kadang-kala pentarbiyahan yang diberi oleh datuk dan nenek berlainan dengan ape yang dikehendaki oleh ibu bapa dan ini adalah hakikatnya sekarang. Memang kita semua amat menyayangi dan menghormati ibu bapa kita tetapi adakala si atuk dan nenek lah yang ‘spoil’ kan budak-budak ini. Adakah mentarbiyah anak-anak kita, tugas si atuk dan nenek? Sudahlah penat berpuluh tahun ibu bapa kita membesarkan kita, sekarang anak-anak kita pun kita hendak mereka besarkan? Ish…tak patut.
Jadi bagaimana sekarang?
Bagi pendapat ana, di sinilah si ibu yang perlu memainkan peranan yang amat besar sekali. Dengan kedatangan cahaya mata, si ibu perlulah mengorbankan kerjayanya dan mengasuh dan mentarbiyah si anak sepenuh masa di rumah apabila si ayah keluar mencari keperluan hidup. Walaubagaimana tinggi dan jauh mana pun pelajaran si ibu, harus lah si ibu sedari bahawa tanggung jawab yang utama dan aham ialah mendidik dan mengasuh anak-anaknya sendiri.
Ini bukan bermakna si ibu tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi. Bahkan pada diri ana, SI IBULAH YANG PERLU MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG SETINGGI DAN SEBAIK BOLEH kerana dia akan menjadi murabbiyah dan guru pertama si anak di ‘madrasah rumahnya.’
Jadi kalau si ibu tidak bekerja, bagaimanakah hendak menampung taraf kehidupan di Singapura yang tinggi ini? Jawapannya, “live within our means and sacrifice”. Di sini, suami isteri perlulah sanggup hidup susah dahulu pada masa-masa awal perkahwinan. Kita tanya lah diri kita. Sanggup kah kita berbuat yang berikut?
1. For a start, pernikahan dengan belanja yang minimal untuk mengelakkan pembaziran. HAH! INI ANA TAK MASUK BAB HANTARAN YANG DILETAKKAN SEKARANG NI YANG MENGAKAL, TIDAK MUNASABAH DAN AMAT MENYUSAHKAN SI BAKAL SUAMI. Daripada hantaran yang sedemikian, tidakkah lebih baik menggunakan wang tersebut untuk perkara lain yang lebih penting.
2. Tidak pergi ke ‘honeymoon’ yang lazim di buat oleh pasangan baru. Dari mana mereka mendapat idea ‘honeymoon’ setelah perkahwinan pun ana tidak tahu?
3. Tinggal di rumah yang sederhana, mungkin rumah tiga bilik jika perlu kerana suami sahaja yang akan bekerja apabila mempunyai cahaya mata.
4. Renovation rumah yang minimum. Tikar getah jika perlu untuk menjimatkan perbelanjaan ubah suai dan menjauhi hutang.
5. Tidak berkereta agar tidak berhutang.
6. Hidup dengan keperluan sahaja dan bukan dengan kehendak.
Apa yang ana sebutkan di atas mungkin adalah ‘extreme cases’ dan mungkin ada di antaranya tidak perlu sampai ke situ, tetapi soalan nya adalah sejauh mana kah sanggup kita berkorban dalam pernikahan dan alam rumah tangga?
Kalau dari aspek pentarbiyahan anak; ‘the actual action and procedures’ tidak perlulah ana sentuh dengan detail. Panduannya banyak dan tidak terbatas hingga ke umur tujuh tahun sahaja. Di antara contoh mentarbiyah anak adalah dari surah Luqman Ayat 12-19, dan banyak lagi ahadeeth bagaimana Nabi (alayhi solatu wa salam) bermuamalah dengan cucu-cucunya, dan kanak-kanak lain seperti ibnu Abbas yang perlu kita pelajari dan contohi.
Tetapi sebagai peringatan, setiap dari kita telah ditetapakan dan ada bahagian masing-masing. Tidak semua anak akan menjadi apa yang kita doakan dan harapkan. Jika mereka menjadi anak-anak yang soleh, alhamdulillah. Jika sebaliknya, ia adalah ujian dari Allah azza wa jalla. Kita ambilah kisah para anbiya’ sebagai contoh dimana anak-anak mereka sendiri menolak da’wah mereka dan bahkan tidak beriman kepada Allah subhaana.
waAllahu ta’aala a’lam
syahrin mohd salleh
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah kebyakkan faktor telah disebutkan oleh ahli yang telah memberi koment.
Cuma disini, saje nak luahkan apa ana rasa utk topik kali ini.
Hmm.. pd ana, soal mentarbiyahkan anak adalah tanggungjwb kita itu adalah umum. Kita sememang nya perlu menunjukkn akhlak dan sifat yang baik utk si kecil. Bahkan, bukan hanya utk si kecil tetapi utk semua, baik yang muda mahupun tua.
Akan tetapi, kebiasaan nye bila disebutkn ttg tarbiyah anak. Sering kali kita akan memandang kedua orangnya. Tetapi jika kita lihat pd sudut kehidupan hari ini.
Kebanyakkan, tarbiyah anak itu diserahkan kpd seorang ibu. Benar, ibu lah orang pertama yang akan memberi didikan kpd si anak.Mana kala ayah,sibuk dgn pekerjaan mencari rezeki.
Kalau mengikut "keaslian hidup" yang biasa, seorang ibu itu mmg tempat nya dirumah mendidik anak dan ayah pula keluar bekerja memberi nafkah secukup nya.
Pd pandangan ana, "keaslian hidup" itu perlu diubah mengikut konteks kehidupan kita di singapura.[Melainkan jika pasangan bercadang utk bermastautin di bumi syam =)]
Kos kehidupan di singapura terlalu tinggi.Dimana, kebykkn pasangan suami isteri perlu keluar bekerja.
Lihat sahaje kedua orang tua kita yang bertunggus lumus mencari sumber rezeki utk memenuhi kehidupan berkeluarga. Maaf, ana bukan nk memberikan "greenlight" pd isteri utk keluar bekerja tetapi itu lah hakikat hidup hari ini.
Maka dgn itu, tarbiyah anak adalah atas amanah kedua pasangan yang telah BERSEDIA utk memikul tanggungjwb ini. Knp ana tekan kan bersedia?
Ia,BERSEDIA.
Bersedia bukan hanya utk bersama dgn pasangan. Tetapi, bersedia utk sama2 mendidik jiwa bakal zuriat umat nabi Muhammad s.a.w. krn itu adalah AMANAH YANG TERBESAR apabila seseorang itu mengambil keputusan utk bernikah.
Jika kita hanya berkata bersedia,
tetapi kita msh malas utk mengurus diri,msh dtg 30minit/10minit/15 minit lambat bila ada temu janji atau sebagai nya..
Maka tak usahlah membuat keputusan utk merosakkan lagik bilangan bakal zuriat umat nabi muhammad s.a.w
Siapkan lah diri sebelum kita menekan butang BERSEDIA.
Didiklah diri dan jiwa kita agar menjd lebih baik dari smlm. Dan Lebih lebih lebih baik hari esok utk bakal generasi kita yang akan datang insyallah..
" Ingat, bila murid sedia, guru tiba.Dan bila kita bersedia calon nya pasti ada. "
P/s : ana tertarik dgn cara didikan saifulislam terhadap keluarga beliau. rajin2 sila baca artikel beliau www.saifulislam.com
Wallahu taala 'alam.
- Noor Lindah
Post a Comment