بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, selama dua minggu berturut-turut keluarga Dmasyq telah berpeluang menghadiri dua muhadharah anjuran Lajnah Ta’leem di rumah EmbaC Darul. Tetamu undangan pada minggu pertama ialah Al-Fadhil Ustadz Ahmad Jelani dari Singapura yang juga merupakan salah satu imam Masjid Sultan. Maudhu’ yang diperbentangkan oleh Al-Fadhil Ustadz ialah “Cabaran dan Rintangan Umat Islam Di Singapura”. Perkara-perkara yang disentuh ialah:
1) Da’wah kita kepada orang-orang bukan Islam olehkerana sebahagian besar dari rakyat Singapura bukan beragama Islam.
2) Mengingatkan kami bakal-bakal du’aat agar jauhi daripada niat berda’wah kerana wang. Ini menurut beliau adalah krisis yang dihadapai oleh para du’aat sekarang.
3) Beliau juga mengingatkan kami akan ulamaa’ dahulu Singapura yang hebat-hebat seperti Almarhum Ustadz Syed Abdillah Al-Jufri, Almarhum Ustadz Abu Bakar bin Hashim dan Ustadz Ahmad Sonhaji Muhammad.
Semoga segala usaha dan ilmu yang mereka telah curahkan diberi ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah azza wa jalla.
Pada minggu seterusnya, Al-Aalimul Jaleel Al-Faqeeh Fadhilatu-Syeikh Firas Sulu telah membahaskan maudhu’ “Adab tholibul ilm”. Al Fadhil Syeikh menekankan kepentingan adab tholibul ilm dan mengeluarkan lima perkara sebagai panduan bagi penuntut:
1) Penuntut ilmu harus mempunyai sifat rajin dan tekun, istiqamah lagi bermujahadah.
2) Penuntut harus bijak dalam mencari guru dan ilmu yang sahih.
3) Mempelajarilah ilmu yang lebih utama dahulu mengikut seperti Aqeedah, Fiqh dan Bahasa Arab. Mempunyai asas yang kuat dan mantap adalah amat penting sebelum mempelajari perkara-perkara lain.
4) Perkara yang amat ditekankan oleh Shaykh iaitu seorang penuntut harus mengamalkan apa yang dipelajarinya terutama sekali bagi mereka yang telah berhasil menamatkan pengajiannya.
5) Satukan keempat-empat perkara yang di atas dengan keikhlasan menuntut ilmu.
Walaupun perkara-perkara yang telah diperkatakan mungkin sering kami dengari ataupun telah diungkapkan berkali-kali namun demikian kami manusia ini sering lupa dan harus selalu diperingatkan.
1 comment:
mubarak!
nak balek syam...!
salam pada semua ye...
Post a Comment