Sunday, February 01, 2009

Bicara Dmasyq #3

بسم الله الرحمن الرحيم

Topik “Bicara Dmasyq #3” ialah:

Sejak kebelakangan ini, kelihatannya semakin ramai yang bernikah di usia muda ("young couples").
Apakah kelebihan dan kekurangannya?

Seperti biasa kami memohon kerjasama antum dengan panduan-panduan berikut:

1. Berikan nama sebenar. (bukan nama samaran atau singkatan)

2. Gunakan bahasa formal. (bukan bahasa sms atau chat)

3. Kata-kata kesat dan kasar hanya akan mencerminkan hati yang kotor, oleh itu jauhilah ia.

4. Jauhi juga sindir-menyindir dan sebarang teguran peribadi.

Semoga Allah azza wa jalla memberi kita petunjuk dalam diskusi ini.
Di harapkan sama kita dapat meraikan manfaat darinya, dalam usaha berkongsi ilmu dan mencari keredhaan Allah. Ameen.

Setiap penyertaan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Jazakumullahu khairan.

15 comments:

Anonymous said...

Bismillahirramanirrahim

Bila terpandang bicara dmasyq yang kali ketiga ni,baru rasa semangat sedikit untuk mengutamakan pendapat saya.Tahniah diucapkan bagi siapa yang telah mengutarakan topik ini.
Pendapat saya,berkahwin pada umur yang muda tidak ada salahnya malah amat digalakkan kerana ia dapat mencegah sebarang maksiat yang akan terjadi diantara pasangan muda ini.

Tetapi pada waktu yang sama,perlu diingatkan bagi siapa yang mahu berkahwin muda,persiapan yang lengkap perlu disediakan. Bukan sahaja dari segi wang,tetapi yang lebih utama dari segi rohani.

Sheikh Nabulsi pernah berkata dalam salah satu ceramahnya yang bertajuk "sebab-sebab penceraian". Dia menyebutkan bahawa salah satu puncanya ialah sikap jahil suami isteri tentang hak masing2. Suami jahil tentang haknye terhadap isteri dan isteri juga jahil tentang haknya terhadap suami. Bila kedua-keduanye jahil tentang hak masing-masing,akan mudahlah terjadi pertengkaran diantara mereka. Dan cara yang paling mudah untuk syaitan memecah-belahkan umatnya adalah melalui kejahilan.

So bagi kawan-kawan ku yang tergerak untuk kahwin pada umur yang muda, tanyalah diri sendiri dahulu. Sudahkah aku tahu tentang hukum-hukum agama? Sudahkah aku pasti mengenai hak-hak islam dalam berkeluarga? Tepuk lah dada,tanya lah selera. Jangan lah kita digolongkan diantara mereka yang akan menambahkan bilangan penceraian.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Masya Allah Masya Allah. =)
Such an interesting HOT topic yet very complicated. 'ala kulli hal, Alhamdulilah.

As an audience to the marriage lives, I wouldn't know much of the pros and cons of early marriage. But what I would like to share is that, the key to successful marriage is PATIENCE. Which is, Not practiced by Most.

Reading through the biography of Our Beloved Prophet(sallahu'alaihi wassalam) as an Idol Husband towards His wives, teaches us to be more patient in handling Not Only spouses but also every single human being.

Our parents, the perfect being to be looked up for. Also plays a Big Role in our lives. And today, proved that their hard earned endurance towards their life partner, also not forgetting to their family members partner is their ultimate medicine to the successful marriage.

But, what interest me most is the idea of certain parents helping early couples in handling their marriage diary.

Wallahu 'Alam

Keep the Ball Rolling! =)

Anonymous said...

Seperti yg sedia maklum, NIKAH mmg digalakkan dlm Islam bahkan ianya adalah satu dr sunah Rasulullah yg kita semua cintakan, Muhammad sollahu alaihi wasallam & kita OF COZz mesti ikut. “…wa inna min sunnatiy an nikah…” heheh. NIKAH juga digalakkan atas setiap manusia, hitam, putih, kuning, kuning langsat, coklat, sawo matang & tidak ditetapkan pun syarat tertentu tua atau muda, kaya atau miskin. Ingin ana berkongsi pandangan disini…

KEKURANGAN.

1)Kebanyakkan “young couples” kurang upaya menyesuaikan diri didalam alam perkahwinan, ini menyebabkan masalah mula timbul ketika menjalankan tanggungjawab masing2 dari segi ekonomi & komitmen.
PELAJAR;
a) kurang upaya utk mendapatkan nafkah sendiri, terlalu sibuk membahagikan masa utk kerja2 yang patut.
(TAPI ar rizk minallah, “iny yakuunuu fuqaro’ a yughnihimullah min fadhlih”. Pucuk pangkal diri sendiri. Jika seseorg tu benar2 serius dlm pembelajaran, impossible pun jadi possible, sesibuk mana pun pasti masanya masih tetap teratur, betul tak?)
b) pelajaran terganggu membuat “young couples” tertangguh belajarnya atau terhenti terus.
(TAPI kalau hanya tertangguh/terhenti, kemudian disambung kembali, ok per dari tidak tersambung langsung, betul tak?)
BUKAN PELAJAR;
a)kurang ilmunya & kurang bijak, baru terkial2 untuk menyesuaikan diri dgn perubahan yg bermacam2,kadang terlalu mudah mengikutkan emosi hingga timbul salah faham, perselisihan, peperangan jepun dalam rumahtangganya.
(TAPI sedangkan lidah lagi tergigit… apa pula suami isteri.. we will able to learn from mistakeSSSS)
b)ekonomi yang belum mantap, lebih2lagi dengan cost of living menetap di Spore ni.
(TAPI bukankah Spore skrg banyak juga menyumbang pada kita tanpa kita sedari ERS lah, GST lah, baby bonus lah… kalau dah rizki tak kemana…)
c)kurang matang atau belum puas enjoy, tidak benar2 bersedia, mungkin bernikah semata2 kerana pengaruh sekeliling, utk mendiamkan mulut org tua dan sebagainya.

KELEBIHAN.

1)terpelihara dirinya dari gangguan mental, maksudnya tidak perlu stress tentang berapa lama lagi mahu membujang, dilemma “she loves me she loves me not” & yg sewaktu dengannya.
(TAPI, BUAT PELAJAR,penting ke untuk fikir semua ini? Tidak usahlah kita terlalu emosi tentang hal sebegini. Pemikiran sedemikian hanya sementara mungkin kerana jauhnya kita dari keluarga (homesick), rasa kesunyian, emo … But once when you’re back in Spore nanti, banyak lagi perkara yang lebih penting & lebih utama yang harus kita fikir dan selesaikan)
2)terhindar dirinya dari maksiat, hal ini makruf… BGR, dating, “imagination run wild” & yg semasa dengannya.
(TAPI, BUAT PELAJAR, ini lah cabaran seorang pelajar. Dari kita ikutkan sangat kehendak hati, bukan kah lagi seronok jika kita cuba lawan. A ticket to heaven is not dat easy)
3)buat ZAUJAAT, conceive dalam usia muda.
a)PELAJAR; beruntungnya anak didalam kandungan si ibu yg sedang berjuang mati2an menimba ilmu, hasilnya masyaAllah!
(TAPI selepas kelahiran anaknya, mampu ke berikan sepenuh perhatian utk anak? Makan minum OF COSss, maaf kata, haiwan pun mampu kendalikan itu semua. Tapi dari segi tarbiyah bagaimana pula?)
b)BUKAN PELAJAR; dengan minda ibu muda yang masih cergas lagi kreatif & innovative serta kesihatan yang mantap, sesuai sangat lah menguruskan rumahtangga serta anak dengan sebaik mungkin.
(TAPI … apa guna muda & sihat jika kurang matang..)

KESIMPULANNYA.

Buat salah, tak buat salah, jadi semuanya serba salah… Bagi ana… tua atau muda, miskin atau kaya, gemuk atau kurus, tinggi atau pendek, amik lesen kereta atau tidak, pergi dars atau tidak, yang penting NIAT yang betul, BERILMU & RIDHO kedua orang tua. Tanyalah diri sendiri, kenapa hendak bernikah muda? Jika jawapannya, maaf kata, semata2 untuk mendapatkan “lesen” untuk “bersama”, ana rasa… duduklah anda satu corner di maqam 40 & fikirlah sekali lagi. Kerana dari apa yg ana lihat, rumahtangga tidak bertahan hanya dengan sebab itu saja, malah perlu lebih dari itu… ana ulangi LEBIH oi... Lumrah anak muda, maaf kata, sedang menebal miangnya, jika belum lengkap/mampu utk bernikah, ridho saja lah dengan kekurangan kita, berpuasa saja la… “…lahu wija’…”
TAPI buat mereka yang sudah lengkap… why not??? GO! Jika diri rasa kurang berilmu, carilah jalan untuk melengkapkan kekurangannya. Jika diri rasa kurang matang, sering lah bertanya & bergaul dengan yg sudah berpengalaman lagi dewasa. Usah lah terus ikutkan rentak atau cara mudanya seolah2 dia itu masih bujang.

Wallahua’lam. Maafkan kesilapan dan kekurangan ana.

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, ana budak pun masih lagi belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Allah ma’ana!

p/s: Thanks Broe Syahrin for ur point no.5 frm the previous BICARA

-Sha'erah Mohamed Kassim-

Anonymous said...

Maszlee Malik
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Maaflah saya nie tkder pengalaman. bercinta lagi lah tk ada pengalaman.. ape nk kongsikn semuenyer terletak dibawa ... ape yg terlintas difikiran disitu juga lah saye type :)

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Cara mengatasinya
Jika benar mereka ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya.

Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people".

Kahwin usia muda, tidak salah...ada baiknya...terpulang dengan insan tersebut yang pasti kahwin untuk keredhaan Allah pasti akan dilindunginya...jika seseorang kahwin muda, bermakna dia dapat menghindar daripada maksiat yang boleh dilakukannnya pada usia muda...jangan pula kahwin pada usia muda kerana terpksa pasti akan membawa binasa pada generasi kita...walau bagaimanapun, didalam keburukan...pastinya ada hikmah dan kebaikan dibelakangnya...lihat lah satu-satu perkara tersebut dari sudut positif...sesungguhnya berprasangka baiklah kita, berprasangka buruk pastinya dosa menghampiri kita...
Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

Zaman ini, bukanlah masanya untuk kita bermalu-maluan dalam persoalan nikah di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.

Malah, hakikatnya... menikah adakah jalan yang paling baik dan direkomendasikan sendiri oleh Nabi kita sendiri melalui pelbagai hadis-hadisnya. Solusi ini wajar diambil dan difikir-beratkan oleh golongan ramaja masa ini. Malah oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa supaya tidak berfikiran sempit mengongkong perkara yang halal terhadap anak-anak mereka. Yang akhirnya, memungkinkan kepada akibat yang haram dan noda...

Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya saya suka dan mahu untuk mengutarakan supaya kita semua mengambil atau melihat secara positif-nya, inilah salah satunya jalan yang baik untuk mengatasi hubungan terlarang seperti aktiviti “couple” atau berpasang-pasangan di antara insan berlainan jantina. Alangkah baik-nya jika mereka yang ber-couple itu adalah terdiri daripada mereka yang bergelar suami dan isteri. Bukankah itu lebih manis, daripada mereka yang bercouple namun, hakikatnya mereka sedang melakukan perbuatan terlarang dan dibenci oleh Allah s.w.t. dan mendorong mereka kepada kancah penzinaan akibat tidak di-ikat dengan pertalian yang sah. Kita semua wajar melihat semua ini dengan skop dan pandangan yang lebih luas. Bercouple-lah secara halal dengan ikatan nikah!

minta maaf jika ia kekurangan .
:)


Oh-SEREIA

Anonymous said...

Bismillahirahmanirrahim

Kawin!!! Hmm..Ini adalah topic PALING hangat di Syria since the past years.Dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila pun tak akan habis.

Kawin itu digalakkan tapi kita mesti ingat akan situasi kita.Jangan main ikut aje kata hati.Think deeply.

Kawin muda digalakkan untuk mengelakkan diri dari maksiat,tapi sudahkah anda bersedia menempuhi segala?? Pada pendapat saya...Stand on your own feet!!Jangan harap duit dari makbapa ataupun dari isteri.

Akhir kalam....
"Anda tidak akan menjadi orang baik dengan menurutkan dorongan nafsu, kecuali anda telah berjaya mendidik nafsu anda."

Anonymous said...

assalamualaykum

kelebihannya:
1- menjaga kesucian
2- menyempurnakan iman
3- menunaikan tanggungjawab
4- mengelakkan maksiat
5- mengamalkan sunnah
semua ini dibuat ketika masih muda.

kekurangan:
tiada

kalau tersandung ditengah jalan dinamakan pengalaman.

kalau tergelincir itu kesilapan dalam perancangan.

setiap apa yang dilakukan memang takdir tuhan.

tapi jangan itu dijadikan alasan kalau satu hari nanti hajat dirancang tak kesampaian.

alba'ah bukan hanya kewangan
as-saum bukan hanya untuk melawan

yang penting kita bersabar..
relek ah beb ko ingat aku tak sakit ke?????

dari meja ofis masjid
abg zayd

wa lindu sama lu olang wo...

Anonymous said...

salam semua,

kalau harta yang nak dikumpul,
sampai bila pun tk akan cukup.

kalau ilmu yang nak dicukupkan
sampai bila tk bole penuh.

kalau hanya kebahagian yang diingikan,
Bukanlah itu hidup.

Allah yang menetapkan taqdir, risau dan ragu takkan ke mana.
racangan hanyalah lankaran.

Hanya sebagai manusia
kita berupaya untuk terus berusaha..
untuk medapat redha dan rahmat-Nya.

Insya'Allah


Bint Abd.Halid

Anonymous said...

salam...
buat semua teman dmasyq.ana rasa ini adalah bicara dmasyq yang paling banyak komen diberikan setelah sekian lama diadakan bicara dmasyq.alhamdulillah!

masya-allah...wow!pendapt2 yang ada di ats ni semua nya power2.

satu ana bole kongsi di sini.tentang perkahwinan di usia muda ini amat dialu-alukan bilamana tujuan dilestarikan dalam bentuk amali.kita bole lihat dari komen dan petikan dari syeikh2 yang memberi nasihat tentang perkahwinan waktu muda.kita muhasabah dalam segenap kehidupan kita.insya-allah,mendapat keberkatan.lihat dan fikirkan pendapat "kakak lama" dan ukhti arzweina.perkara tu penting juga untuk dilihatkan.

A'la kulli hal,ana gembira bicara dmasyq ni hidup sikit.semoga lagi ramai yang sertai termasuklah ana sendiri..hehe.
wassalam.

Siti khadijah Ithnin

Anonymous said...

Salam'alaik semua.

Bapak ana selalu cakap :

"Takkan lari gunung dikejar. Kau enjoy dulu puas2, gembirakan mak bapak lepas tu kau nak kahwin, kahwinlah"

Jangan salah faham apa maksud bapak ana. Maksud dia enjoy puas2 tu buat apa yang boleh dibuat selagi digelar single. Contohnya: pergi holiday nan family, spend time with your parents or siblings. Just have fun with them. Sebab once kalau bernikah nanti kita ada tanggungjawab yang lain yang membuatkan kita sibuk dan yang paling penting tanggungjawab yang BERAT. Secondly maksud dia gembira kan mak bapak is bagi mereka rasa duit titik peluh kita berkerja. Takkan lepas belajar terus nak nikah sedangkan mak bapak yang da jaga kita dari kecik, susah payah pergi kerja, cari duit untuk kita belajar luar negeri. kan?

Ana tak sangsi yang setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya. Ini semua berbalik pada individu itu sendiri. Cuma fikirlah sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan. :)


Apa yang ana cakap ini semua based on experience apa yang berlaku disekeliling ana. Maaf kalau ada kekurangan. :)





Bint Ibrahim.

Damascene said...

بسم الله الرحمن الرحيم

This is indeed a growing trend that we are observing. Is this something new? Well if we look closely, it isn’t. By now we know why Islam encourages us to marry early. Preservation of modesty, channeling one’s desires which is the natural disposition (fitrah) of man to the way that Allah permits, fulfilling half of the imaan and following the sunnah of the beloved Prophet (peace be upon him) are just some of the reasons why one should get married as soon as one is ready. For the learned, they would know when is it mustahab, when makruh and when afdhal to go into marriage when not to. The pros are many and we are all well informed of them.

As for the cons, I would rather put it as factors that one should seriously have to consider before taking this path. Marriage becomes a disadvantage if one does not consider these few factors. Sit down and contemplate on the following then ask ourselves if we are ready. Having done so and we know that we are ready, then ahlan wa sahlan, age is not the issue.
Among the factors needing contemplation:

1. The maturity level of people now compared to the people of the past is way different. How is a 17 year old now compared to Usama bin Zaid (may Allah be pleased with him) who led the Muslim army to battle against the Romans, bearing in mind that the heavyweights like Umar ibnu Al-Khattab (may Allah be pleased with him) was still around.
If that is too far to compare, how were our fathers at 20? They married early because they were already seriously thinking about life at that age back then. Whereas now an ‘overgrown boy’ at 25 is still meddling with the ‘Playstation’, ‘X Box’ and watching cartoons. Call it relaxation and recreation but isn’t it refusing to grow up and still clinging to the so-called ‘teenage life’? The teenage years doesn’t exist in Islam. In Islam, from a baby, you enter childhood, then your youth. Once you reach puberty you are an adult. The teenage years was created by the west to delay maturity. This is what the system has done to us, the system that the west created with an agenda to program people and we Muslims are accepting it with open arms. But how many of us do realize this? Even if we do, are we resisting it?

2. The next thing we have to consider is the situation of the current society. When we are still depending on our parents to feed and provide shelter for us, just how are we going to raise our own family? Financial help from parents? Is this fair on the parents? Shouldn’t we be taking care of them? Without a doubt that Allah azza wa jalla is the Provider but how are we going to have tawakkal when we have nothing to tawakkal with? Having gone through a little experience in life I can say that there are times when I will feel tight financially and thinking how to get through till the next payday, but somehow or rather Allah works things out, alhamdulillah. That tawakkal comes after we put in effort. We don’t just jump into a marriage without the slightest idea of how to give our wife her nafkah and knowing that there isn’t a source of income. I may be wrong but this is my opinion. They say ‘Love is blind’ but more often then not it is ‘Love makes you blind’. Don’t just jump on the bandwagon because people are doing it.

3. Thirdly, as commented by my first brother/sister, know very well the duties and rights of the husband and wife towards themselves and towards each other. Very importantly, assess our ownself spiritually before going into marriage. Seriously ask ourself how is our relation with Allah? How is a man going to lead his wife and family in prayer when his 5 fardh prayers he doesn’t take seriously, he does not pray on time and does not see the importance of doing jama'ah at the masjid? What level of God consciousness will he educate his family if he enters marriage at this stage and what Islamic quality of a family will he raise?

In conclusion, marriage is a very beautiful union that Allah has created for man. If entered because of the correct intentions and with the correct intentions, you will enjoy every moment of it. Every day is a learning day and difficulties are just tests from Allah. Things won’t worry you that much.

May Allah forgive me for my sins and mistakes towards Him.
If I have offended anyone with what I have written, please forgive me. I do not have the slightest intention to do so.

Thank you Dmasyq for continuing with this 'Bicara Dmasyq'. May Allah bless and reward each and every one of you.
Allahumma Ameen.

waAllahu ta'aala a'lam

syahrin mohd salleh

Anonymous said...

kadang kadang, Orang yang paling kita sayang, dialah yang sukar disayangi... Luaskan Pemikiran Anda!

Ana Dha'if

Anonymous said...

salam,

kawin muda blh tapi yang penting niat dan rasa tanggungjawab perlu dititikberatkan. Memanglah baik sebab elak dari zina hati. btol tak? kalau zina hati lama-lama kan nanti jd dosa besar, baik nikah kerana ianya halal.

Dari sudut yang lain, jika ianya dikatakan satu 'trend', tak juga. Sebab itu kan sunnah nabi. Dan kalau ianya dikatakan sesuatu yang pelik sebab kahwin muda atau semasa pengajian, tak jadi masalah sebab memang di akhir zaman, orag2 Islam lah yang digelar sebagai "Ghurabaa"..

Akhir sekali, apa salahnya kalau nak ikut sunnah,kan?

Why worry if you have the Qur'an and Sunnah with you :)

Wassalam..

-minimi & fizzy-

Anonymous said...

Rasulullah S.A.W bersabda: " Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat pernikahnya, cepat pula kehamilanya dan ringan pula maharnya(mas kahwin."

Anonymous said...

“Nikah itu kalau diniatkan untuk menjaga ‘ifaf diri (mata, hati, faraj)dan meneladani sunnah Rasulullah ‘alaihis solatu wassalam, ia tergolong di dalam hal ukhrawiy. Jika tidak, maka ianya hal duniawiy”.
Memandangkan ramai yang telah memberi pendapat yang amat bernas tentang kelebihan dan kelemahan nikah awal ni, ana rasa tak perlulah ana tambah. Cuma pernah terfikir sebelum ni:

Kalau benar nikah awal tu memang bagus, mengapa masih ramai di kalangan masyarakat yang memandangnya sebagai sesuatu yang perlu dilewatkan.seringkali kita terdengar dialog2 sebegini: “belajar dulu sampai habis, baru kawin…”

Ana cuba cari jawapannya, dan rasanya antara sebab terlahirnya dakwaan yang sedemikian adalah disebabkan terjadinya banyak kes di mana pasangan yang nikah awal itu tidak dapat menamatkan pelajaran.

Oleh itu, mereka2 yang ada niat nak nikah semasa masih belajar, tak salah.

Cuma adalah tangungjawab mereka untuk membuktikan kepada masyarakat yang mungkin mempunyai tanggapan negative terhadap nikah awal, bahawa nikah bukanlah penghalang untuk kita menuntut ilmu dengan gigih dan Berjaya dengan cemerlang. Bahkan ianya boleh menjadi pemangkin dan penyemarak semangat untuk kita lebih berjaya dari zaman sebelum nikah (dah nikah, emosi dan iman dah semakin kuat dan tenang insyaAllah kan).

Sebelum nikah rajin, lepas nikah patutnya lebih gigih dan lebih bersemangat!

Kemudian, insyaAllah anak2 yang bakal terlahir akan dapat membentuk generasi harapan pemangkin Ummah! :D

Anonymous said...

lupa nak letak:

“Nikah itu kalau diniatkan untuk menjaga ‘ifaf diri (mata, hati, faraj)dan meneladani sunnah Rasulullah ‘alaihis solatu wassalam, ia tergolong di dalam hal ukhrawiy. Jika tidak, maka ianya hal duniawiy”.

> ni adalah mafhum kata-kata Imam an-Nawawi =) (bukan kata2 ana eh)