بسم الله الرحمن الرحيم
Beit Rayyan
“Keindahan setiap rumah terletak pada ketenangan jiwa ahli baitnya..”- Beit Rayyan
Ahli Beit Rayyan bersyukur sangat kerana dapat menyambut bulan Ramadhan di Syria ini dengan penuh ketenangan, walaupun diuji dengan cuaca yang panas, masa siang yang panjang dan perjalanan ke sekolah yang jauh.
Di bulan Ramadhan penuh barakah ini, Ahli Bait kami menyambut ketibaan Ramadhan dengan bertarawih secara berjemaah di Jaamie’, bersahur & berbuka sebagai wadah merapatkan ukhuwwah dengan saling bantu membantu antara satu sama lain, membingitkan dapur dengan kelentang kelentung periuk nasi dan gelas-gelas air.
Sebagai satu keluarga, selama sebulan kami bersahur dan berbuka secara jamaai’e. Subhanallah, tidak dapat diucapkan betapa nikmatnya saat-saat menjamu selera bersama, di bulan mulia ini.
Selain itu, kami amat berterima kasih kepada akhawat yang menganjurkan majlis-majlis Iftar di Beit Iman dan Hannan, rumah Kak Nita, Kak Fateha dan Aisyah Ibrahim. Allah yu’aafikum wa yut’imukum fil Jannah..
Solat Tarawih pula menjadi rutin harian kami. Baik di Jaamie Abu Nour, Butii, Sukkar atau pun Nabulsi, ibadah bertarawih dan mendengar durus para masyayeikh menjadi santapan ruhani.
Ramadhan tahun ini juga telah diserikan dengan beberapa program anjuran DMASYQ seperti durus mingguan dari masyayeikh, di Embassy Darul Ta’zim. Terima Kasih dan Syabas kami ucapkan kepada para penganjur. Barakallahu fikum...
Bila Ramadhan datang ke penghujungnya, ahli beit kami bergotong royong dan bersengkang mata membuat serta menyiapkan kuih muih Aidilfitiri. Walaupun ibu tiada di sini, walaupun tidak sama tangan si ibu dan si anak menguli tepung, kami tetap cuba membuat kuih muih ini. Gambate!!
Hari Raya hari kemenangan bagi umat Islam dan khususnya bagi ahli bait Rayyan, adalah detik yang cukup bermakna. Kami bertakbir di sahah dengan penuh kesyahduan diiringi kedinginan malam yang menusuk tulang macam nak winter. Masya Allah... Kesedihan meninggalkan Ramadhan menyelubungi hati sanubari kami.
Pagi raya pula, kami bergegas ke Jami’ Abu Nour menunaikan solat raya. Suasana begitu syahdu, apabila kami bersalaman dengan khaleh-khaleh di Jaamie’. Para akhawat pula menyambut kami di rumah Kak Nita. Kami dijamu dengan pelbagai hidangan yang lazat belaka seolah-olah kami berada di rumah nenek di Singapura. Suasana kecoh dan meriah bagaikan sebuah keluarga bahagia!
Lebaran Perantau Berjaya menyatukan kami di bawah naungan DMASYQ sebagai keluarga Singapura di Syria ini. LP di villa disambut dengan meriah. Ketawa ria juga diiringi tangisan kerana sketsa nan menyentuh jiwa...Duhai Bonda...Duhai Ayahanda..huhu..
Lebaran Perantau Akhawat pula sambutannya tak terkata. Senyuman menghiasi wajah-wajah akhawat yang manis berbaju raya. Adik-adik dan kakak-kakak comel-comel semuanya! Yang paling menyeronokkan ialah permainan secara berkumpulan dan persembahan Raya khas dari setiap rumah, menyemarakkan lagi majlis petang itu. Tak lupa juga pengacara LP yang cool dan happening, Dijah dan Tonah. Syabas kepada antuma!
Syria, Damascus, Suria...Di sinilah para ahli DMASYQ bertemu dan bersatu. Ahli Beit Rayyan berasa bersyukur dan gembira dengan nikmat ukhuwwah ini. Moga ianya terjalin dengan niat yang suci dan kekal abadi.. Akhir sekali, kami memohon maaf andai tersilap dan salah dalam perbuatan dan kata-kata, harap dapat dimaafkan. Salam Lebaran dari Ahli Beit Rayyan kepada semua. J
Kenangan lebaran di bumi syam.....
Bait eeman...
Kesibukan mlm raya di bumi syam membuatkan semua ahli bait Eeiman perlu tidor lewat... Apa kita buat ek?
Terlalu sibuk menyiapkan kad raya utk semua akhwat..
Di pagi syawal :
Telah ditakdirkan kesemua ahli bait Eeiman terbangun lewat di pagi raya!! Sepatut nya kita ada temu janji dgn ahli bait hannan utk sesama solat raya pada pukul 4 pagi tp malang nya Allah tidak mengizinkan kita bersama mereka di pagi Syawal yang serba tenang di bumi syam. So bila dah bgn lambat,apa kita buat??
Keazaman utk mendapatkan solat raya di jami' tidak terhenti di situ walaupun terlambat bgn dr tidur.. Akhwat baru @ Eeiman msh tidak mahu kalah, kaki kami masih tetap mahu keluar utk solat hari raya walaupun Akhwat lama sdg nyenyak dibuai "mimpi indah" hehe..
Dengan penuh harapan yang menjulang tinggi utk mendapatkan tempat di jami' bagi mengerjakan solat raya, kami selamat sampai di jami' Mahyuddin dan kelihatan beberapa jemaah yang msh berada di dlm kawasan solat bagi nisaa, maka salah seorang dr kami pun
bertanya pada salah seorang anisa di situ : " Sollaiti? " Maka dijawab : " Naلm Sollaina.. "
Kami semua terdiam dgn jawapan itu, sedikit perasaan hampa tersirat di hati kami walaupun ia tidak dilafaz dgn kata-kata..
Namun, kami msh tetap tidak mahu kalah!kami berusaha menuju ke jami' Hajibiah. Sesungguh nya, kaki kami menjadi saksi pd setiap langkah kami dgn harapan utk bersolat raya di jami' Hajibiah, kalau boleh mcm nk terbang je tau tp itu tak mungkin jd kenyataan..hehe.
Bila saje tiba di jami' Hajibiah, malang nya Allah menguji kami sekali lagi..... Pintu musolla bagi nisaa tutup dah .......
Akhirnya, kami pasrah! Dengan kehampaan dan kesayuan hati yang tiada terhingga, kaki kami melangkah pulang ke bait. Tiada kata yang kedengaran, hanya tapak kasut kami saje yang bersuara.. Kami tiba di rumah dgn perasaan hiba yang sedaya upaya kami simpan dlm piala hati kami. Suasana rumah yang hanya kedengaran suara " angin " mereka yang di buai kesyahduan "alam indah ",membuatkan kami hanya duduk diam menyimpan perasaan pilu.
Namun begitu, dgn belas ihsan dr salah seorang akhwat senior yang nmpk kami hanya duduk diam melayani perasaan menjd serba salah hehe.. Dgn usahanya, dia pun menelifon member dia utk pastikan jami' mana yang msh blm mula solat raya..Akhir nya kita diberi "motivation" utk ke jami' Mahyuddin sbb member dia kata jami' Mahyuddin belum start lagi solat raya! So apa lagi.... Kita pun bergegas lah ke jami' Mahyuddin dan Alhamdulillah kita akhir nya dpt mengerjakan solat raya berjamaah di jami' buat raya yang pertama kali nya di bumi syam..
Pulang saje dari jami' rasa nya tak sabar nak makan! heheh.. Dan alhamdulillah tika tiba saje di rumah, ahli bait yang "terlena" tadi dah selamat dilindungi Allah dr "alam indah " mereka. hehehe.. Kami disambut dgn riang di pagi raya disertakan dgn juadah hari raya! Alhamdulillah... Pengalaman terindah di pagi syawal bersama adik beradik yang lain ibu dan lain bapa.. =)
......
Debaran hatiku semakin kuat berirama....
terngiang2 kalimah2 syahdu membesarkan kalimahNYA yg SATU..
ku bertakbir..ku bartahmid...
Ku duduk di beranda melimpahkan dua indra jauh... jauh hingga tepancar kedua wajah redup org tuaku... wajah riang keluarga tercinta lagi ku rindui.. ku melafazkan syukur.. sambil memujuk perasaan yg hiba "" alaah..raye untuk beberape thn je tak same2 dgn family... da hbs belajar nanti blh la beraye dgn mak abah, kakak2 dgn anak2 sedare aku semua... NI SEMUA DUNIA kaan.." hihi.
tapikan, raya thn ni aku tak nangis tau! tak macam raye2 yg lepas. air mata bertaburan.. this year nangis dlm hati je..hisyhh tapi lg sakit tahan2..
alhamdulillah dgn keberkatan rumah baru *bait eeman* kami beraya dengan kesederhanaan dan kebahagian...
Dengan ukhuwah yg baru sebulan terjalin..Allah maha Pemurah... DIA memberikan kasih sayangnYA pada kita... Moga ukhuwah ini berkekalan hingga akhirnya..
Salam lebaran buat semua, tak kira di mana berada samaada di bumi Syam mahu pun di Singapura, kami dr ahli bait Eeman memohon maaf jika ada kesilapan harap di maafkan.. Serta iringan doa yang kami harapkan dr mereka di Singapura atas perjuangan mencari ilmu NYA di bumi Syam...
.....
.:Bait Hannan:.
Seperti tahun-tahun yang sudah, bila tiba je Hari Raya, semua ahli rumah pasti tidak mahu ketiggalan merebut pahala sunnat mandi Hari Raya. Lalu bermulalah daur mandi dari malam Raya, bermula dari sekitar jam 11 malam hingga ke jam 4 lebih keesokan paginya.
Pada malam Raya, kita semua menunaikan solat Maghrib berjamaa’ah, diikuti dengan laungan takbir sehingga masuk waktu Isyak, lalu disudahi dengan solat Isyak berjama’ah dan du’a serta zikir (termasuk zikir favourite kami: “Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Dzal Juudi wal Ihsaan..”). Kemudian, sempat juga kita semua kerumun di pintu rumah tatkala terdengar ketukan dr Pak Cik yang “suka” ketuk gendang di pagi Ramadhan untuk kejutkan kita bangun sahur. Boleh tahan garang pak cik tu... tapi kita semua yang masih lengkap bertelekung dengan selambanya masih mampu record adegan si pakcik memukul gendang dan minta izin ambil gambar pak cik tersebut.
Di pagi Raya, solat Subuh sekali lagi ditunaikan secara jama’ah, lalu tanpa membuang masa, dengan semangatnya, ahli Hannan meredah cuaca pagi untuk ke Jami’ Iman. Sampainya di jami’ dengan menaiki service, kami mendapat khabar bahawa tiada tempat disediakan untuk kaum Nisaa’!! kemungkinan besar ini disebabkan pengaruh kuat syeikh Nai’m yang menarik terlalu ramai kaum rijal sehinggakan jami’ Iman yang amat besar itu tidak dapat menampung kaum nisaa’.
Pantang Hannan menyerah begitu sahaja. Tidak lama kemudian, kami menahan sebuah Suzuki yang dipandu seorang abang yang lengkap ber-tuxedo hitam! Setelah berbincang, kami sepakat untuk ke jami’ Badar. Pengalaman menaiki Suzuki di pagi Raya yang serba berangin lagi very the cooling, pastinya akan tersemat di sanubari setiap ahli Hannan.
Sesampainya di Badar, kami diberitahu bahawa solat Raya hanya akan bermula dalam masa setengah jam lagi. Lalu kami pun berkumpul di satu sudut di jami, lalu melaungkan takbir versi Singapura, sebelum menukar irama ke versi Syria pabila Imam mula melaungkan takbir di jami’ tersebut.
Keadaan menjadi sedikit kecoh beberapa minit sebelum solat dimulakan, lantas apa yang dikatakan oleh Imam tidak kami dengari. Akibatnya, keadaan jema’ah wanita di jami’ amatlah tidak teratur. Ketika Imam melafazkan “Allahu Akbar!”, ada yang ikut bertakbir dan tetap berdiri, ada yang sudahpun ruku’, manakala ada pula yang sujud! “Allahu Akbar!” sekali lagi, ada yang ruku’, ada yang terus bangun, manakala ada yang masih belum sujud-sujud lagi! Sungguh membingungkan lagi pelik. Justeru, tidak hairanlah bila sesudah sahaja Imam memberi salam, kedengaran keriuhan tawa para jema’ah wanita!
Kami pun yang masih tersenyum-senyum dan seakan tidak percaya dengan keadaan yang baru berlaku, terus membuat saff sendiri di satu sudut lalu menunaikan solat Hari Raya sekali lagi. Sesudah solat, kami terus menghayati khutbah ‘eid yang antaranya mengingatkan kita untuk teruskan mahabbah yang sedia terbina sesama kita. Bahawa perselisihan pendapat sekalipun tidak menghalang kita untuk mengasihi saudara kita. Juga menginngatkan kita untuk bermanis muka dan tersenyum pada saudara kita, walaupun sekiranya kita memang jenis yang bermuka serius atau garang. Mesti cuba untuk senyum! Kerana bermuka masam adalah bercanggah dengan sunnah Junjungan Mulia kita, Rasululullah ‘alaihis solatu wassalam.
Sambil mendengar khutbah, ada beberapa penduduk tempatan yang mengagih-agihkan gula2 dan coklat kepada kami. Ada juga yang merapati kami lalu menanyakan tentang negeri dan sekolah kami.
Sesudah khutbah, kami membuat bulatan lalu bermulalah sesi bermaaf-maafan sesama kami. Rasa pilu menyiggah di hati...
Akhir sekali, kami pun siap untuk mengambil gambar menggunakan self-timer. *click!* terpancarlah wajah-wajah ceria dan bahagia Keluarga Hannan! Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment