Setiap peperangan atau medan pertempuran pasti ada yang terluka dan terkorban, akan tetapi didalam medan perjuangan mencari ilmu tidak ada yang tercicir ataupun sia-sia, selagi seseorang itu berbakti pada jalan Allah swt dengan seikhlas hati dan raganya. Ini semua terpulang pada diri individu, kemampuan dan ketahanan dirinya sendiri. Keluarga DMASYQ akan merasakan kehilangan ahli –ahlinya, seperti setiap tubuh badan yang biasa dengan kesempurnaan, kehilangan sebuah anggota badannya sangat dirasakan terutama sekali jika salah satu dari lima panca inderanya yang tidak lagi berfungsi atau sudah tiada lagi, tentu sekali ia akan meraba-raba dalam kegelapan, pekak dalam kedengaran atau sesak dalam penafasan.
Kepulangan antum amat dirasakan dan akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan. Kerana jasamu, kami pernah merasakan nikmat disini, kerana baktimu kami dapat selesa disini, kerana keikhlasanmu insyaAllah kami akan berjaya dalam perjuangan suci ini. Allah swt tidak akan mempersiakan sumbangan antum walau sekecil zarah. Kerana tanpa keberanian dan penglibatan antum, kami dari DMASYQ tidak berada dimana kita berdiri sekarang ini. Sekalung budi buat antum semua.
Cacat-cela, kekurangan dan segala kelemahan telahpun kami maafkan dan samasekali dilupakan. Semoga kepulangan antum memberi kesan yang baik dan positif kepada mereka disana sepertimana kami telah disinari dengan peranan antum yang budiman disini. Dan jangan sesekali merungut jika kepulangan antum itu memaksa. Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri antum dan barangkali antum tidak sedar, jika seukir senyuman dari antum itu akan menjadi semangat pada orang yang lain. Ingat setiap awan kelabu pasti ada sinar yang menunggu. Stay positive, be realistic and optimistic but don’t be pessimistic.
Dengan teknologi yang terkini lagi moden, setiap anggota boleh diganti dengan tubuh bionic, sungguhpun tidak seperti asli, ianya juga tetap seefektif. Harapan, dengan kedatangan pelajar-pelajar baru kami dapat idea yang segar dan kebolehan yang baru, patah tumbuh hilang berganti. Insyallah kehadiran mereka itu akan menyemarakan dan mendinginkan lagi suasana dan musim yang sepi kepanasan ini. Dan jika diizinkan, giliran kami yang berada disini pula akan tetap mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman didalam sanubari yang lemah dan tidak seberapa ini kepada antum tidak lama lagi.
Kedatangan pelajar-pelajar baru sangat dialu-alukan dan kadangkala membuat pikiran terbayang-bayang di waktu malam. Apakah termampu untuk kami berkhidmat pada mereka, bersedia ke tidak diri ini untuk menjadi contoh yang baik bagi mereka dan sekaligus memberi kesan yang sama seperti sesebelum kita kepada kita? Sudahkah DMASYQ bersedia untuk menyahut cabaran dan ujian Allah swt dan ganjaran disebaliknya itu? Walau bagaimanapun keris diasap belum lagi yang terluka oleh kehunusan bisanya.. WAllahu a’lam bis sowaab.
Fudhuuli.
No comments:
Post a Comment