AlhamduliLlah, dengan nikmat dan juga pertolongannya. Telah selesai majlis talaqqi bersanad bagi musim panas 2008 yang dijalankan baru-bari ini.
Majlis ini dikendalikan oleh Sheikh Muhammad Alya’qoubi di Jamei Sultan Salim Muheiddein. Bermula dari 20 hingga 25 July (0600-2130). AlhamdulilLah, majlis khatam bagi pembacaan kitab Sunan Abi Daud ini ditutup dengan doa oleh Sheikh Ya’qoubi sendiri pada 26July2008 jam 0200 pagi.
Majlis yang dijalankan selama lima hari ini telah menarik perhatian lebih dari 1000 orang. Beberapa pelajar Singapura juga berkesempatan mengikuti majlis yang penuh berkah ini. Begitu juga dua pelajar Singapura di Al-Azhar, Mesir, yang datang menziarahi kami baru-baru ini, NurulIzza & Raihana, tidak melepaskan peluang untuk mengkuti majlis ini.
Banyak pengalaman manis yang ingin dikongsi sepanjang 5 hari tersebut. Antaranya, setiap kali kami melalui hadith tentang ganjaran 10 kali ganda buat mereka yang berselawat. Pembaca akan berhenti membaca. Sejurus selepas itu, kedengaran suara dari 1000 anak tekak bergema dalam ruangan masjid berselawat keatas junjungan rasul. Sollu Alaihi!!
Antara pengalaman menarik di pertengahan majlis ini ialah apabileh seorang di antara kami terpaksa keluar mencari doktor gigi sewaktu rehat. Mujurlah ada klinik yang buka di pasar berhampiran. Selepas gigi dicabut, waktu pembacaan pun bermula, majlis diteruskan walaupun gigi sudah boge!!
Sekian
No comments:
Post a Comment