Freeeet…Sekali lagi bunyi yang keluar dari corong-corong whistle yang ditiup oleh referee rasmi DMASYQ Zulkifli bin Soltan. Bunyi yang menandakan berakhirlah sudah pertandingan bolasepak SingaCup2008 anjuran persatuan DMASYQ.
Pertandingan yang yang berjalan selama 2 malam ( siang terlalu panas untuk beriadhah) ini, telah mendapat sambutan yang baik dari kesemua negara undangan di timur tengah ini.
Buat pertama kalinya lajnah kebajikan DMASYQ, dapat menganjurkan pertemuan antara teman-teman dari Negara lain di dalam suasana yang sihat dengan berjayanya. Syabas!
DMASYQ berterima kasih kepada semua AJK yang telah menjayakan tournament ini. Termasuk juga akhawat yang bertungkus lumus menyingsing lengan, menguli tepong dan sebagainya untuk menyiapkan juadah untuk dijual pada hari tersebut. Tidak lupa kepada semua ahli yang sudi berganding bahu turun ke padang unutuk mejayakan program kali ini.
Walaupun pasukan Singapura tak berjaya membawa pulang sebarang pingat ( perkara biasa!!),
Namun yang paling penting ialah kami telah dapat menjayakan matlamat kami iaitu dalam mengeratkan hubungan silaturrahmi antara kami dan pelajar-pelajar dari Negara lain secara amnya. Begitu juga silaturrahmi antara kami sendiri, pelajar Singapura, secrara khususnya.
Kalau menang tidak jadi hirauan, asalkan yang menang tidak lupa kawan.
Terima kasih.

Zahir Zin
Naib ketua lajnah kebajikan.
Naib ketua lajnah kebajikan.
No comments:
Post a Comment