Monday, July 14, 2008

2nd HALF OF 2008

Freeeeeeeeet…seperti bunyi whistle seperi yang ditiup pengadil FIFA dari Singapura, Syamsul Maidin..Bunyi yang menandakan, telah masuknya kita ke separuh masa kedua bagi tahun 2008. Ahlein WaSahlein!!!

Separuh masa pertama telahpun berlalu. Setiap titik peluh dari ahli DMASYQ yang tumpah ke bumi ini, menjadi saksi bagi kesemua memori suka dan duka yang telah kami lalui pada separuh masa pertama bagi 2008.

Kick off pada tahun ini telah disambut baik. Dimana keluarga kami telah menadakan rehlah ke laut. Rehlah ke Ummu Thhuyur (akhawat) dan juga Badruusiah (syabab). Hadaf rehlah ini telah dapat kami capai dengan sempurna. AlhamduliLlah.

Sekalung tahniah dari DMASYQ untuk akhawat dari ‘Beit Hannan’ yang telah ditabalkan sebagai the cleaest house bagi bulan Jun. Tidak lupa bagi Ustz Sani dan juga Ukhti Juwairiah yang telah menerima hadiah misteri dari Akh Ibrahim (ketua Lajnah Kebajikan) di atas contoh yang baik yang telah mereka tunjukan dalam menjaga kebersihan sebagai tholib syar’ie pada sebuah program Lajnah Kebajikan baru-baru ini.

DMASYQ ada diberitahu dari beberapa ahli. Akan diadakan talaqqi bersanad dari Syeikh Yaaqoubi, kitab Sunan Abi Daud pada pertengahan bulan July ini. Nasihat DMASYQ untuk setiap agar tidak melepaskan peluang yang telah tersedia ini.

Bagi penuntut Ma’had Lughah dan Daurah pada musim panas ini. Dmasyq ingin menucapkan, Semoga berjaya bagi peperiksaan yang bakal menyusul tidak lama lagi. Kesungguhan antum keluar rumah di tengah terik matahari akan mendapat ganjaran kelak insyaAllah.

Informasi tambahan. Setelah mesyuarat yang diadakan IPAS (Ikatan Pelajar Asean Syria), wakil dari setiap persatuan telah bersapakat. DMASYQ dipilih untuk menjadi wakil IPAS bagi penggal ini. Tahniah.

Terima Kasih.

No comments: