Friday, June 25, 2010

Bicara Dmasyq #1 2010

Assalamu’alaikum semua ahli Dmasyq dan alumni Dmasyq!

Pasti semua sedang sibuk dengan kerja masing-masing dan bagi pelajar Syria Mubarak kerana sudah pun penghujung peperiksaan.
Sambil kita gigih mencari ilmu atau bekerja, ayuh kita mencambah akal fikiran kita dengan bertukar-tukar pandangan.

Caranya?
Seperti dulu juga cara-caranya kerana sekian lama Bicara Dmasyq sunyi sepi tanpa khabar.
Hah! Kami akan bentangkan sekali lagi cara-cara untuk meluahkan pandangan anda semua. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda wahai ahli dan alumni Dmasyq, baik yang berada di Syria, Singapura atau di mana sahaja anda berada.

Topik “Bicara Dmasyq #1 2010” ialah:

“Peranan Akhawat dalam medan da'wah Singapura.
Bagaimanakah cara-cara mengatasinya?”


Tunggu apa lagi? Teringin benar mendengar ‘suara’ para ahli dan alumni Dmasyq.
Sebelum itu Dmasyq meminta kerjasama antum agar…

1. Berikan nama sebenar. (bukan nama samaran atau singkatan)

2. Gunakan bahasa formal. (bukan bahasa sms atau chat)

3. Kata-kata kesat dan kasar hanya akan mencerminkan hati yang kotor, oleh itu jauhilah ia.

4. Jauhi juga sindir-menyindir dan sebarang teguran peribadi.

Semoga Allah azza wa jalla memberi kita semua petunjuk dalam diskusi ini.
Di harapkan sama kita dapat meraikan manfaat darinya, dalam usaha berkongsi ilmu dan mencari keredhaan Allah. Ameen.
Kami perlu sokongan dari anda semua .

Setiap penyertaan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Jazakumullahu khairan.


4 comments:

Suhaila said...

A'uzhubillaahiminashaithonirrageem :D
Bismillahirrahmaanirraheem :)

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih & Penyayang kerana telah memberi semangat kepada sesiapa yang mengorak langkah menghidupkan kembali blog ini demi ahli2 yang merindui :D heh heh

Tajuk kali ini menarik tetapi mencabar :S namun apapun ana nak cuba kongsi minda :D
Ana cuma nak kongsi secara keypoint


[Peranan akhawat dalam medan dakwah di Singapura]

Keperluan untuk berdakwah:-

1)Peranan pada diri adalah penting.

+ Minat
+ Semangat
+ Niat
+ Adab pada diri
+ Kefahaman sistem kejadian & kewujudan alam
+ Keyakinan
+ Ilmu yang bermanfaat & positif
+ Ikatan mati dengan tali Allah
+ Mujahadah,Muqarrabah,Muhasabah


2)Peranan sebenar.

+ Network
+ Sifat peduli dengan masyarakat
+ Sentiasa mencari jalan untuk perbaiki keadaan semampu mungkin
+ Fikir akhirat mad'u
+ Jangan menghukum mereka yang kurang tahu/tidak tahu
+ Beri bantuan dengan senyuman dari hati bukan sinis
+ Jika terdapat kekurangan,
betulkan dengan niat membangunkan

setakat ini sahaja yang ana dapat kongsi bersama :) jika ada nak menambah atau mengembangkan fakta,dipersilakan. Atau nak penerangan lebih lanjut,silakan :)

Mudah-mudahan kita dapat belajar dari sesama sendiri untuk menokok tambah atau membetulkan metodologi dakwah kita untuk masyarakat Islam/Melayu Singapura insyaAllah.

Nurul Huda Khamsani said...

Assalamualaikum,

Masa begitu suntuk untuk ana bertinta panjang. Peperiksaan masih menunggu.

Cuma ada 1 perkara yang amat ana prihatin pada pendakwah wanita hari ini; penampilan diri/pakaian.

Elakaan make-up jika anda diundang memberi ceramah, cukup dengan kelihatan kemas dan sopan.

Elakkan pakaian ala model, biarlah ala kadar mengikut fesyen muslimah.

Jangan lupa memakai sarung tangan, kerana bila anda menggerakkan tangan, aurat tangan anda kemungkinan besar akan terdedah.

Ini kerana kita menjadi perhatian ramai.Lebih-lebih lagi generasi muda. Maka kita harus berhati-hati.

InsyaAllah bila niat kita baik, kita perbaiki diri kita setiap waktu, insyaAllah kita akan berjaya sebagai pendakwah walau hanya 1 orang yang terkesan dengan dakwah kita, ia tetap dinila di sisi Allah.Amiin.

Sekian sahaja..assalamualaikum

Anonymous said...

SALAM...

-Kata-kata dari HIKAM 'ATOILLAH:
bermaksud: ingin mencapai kejayaan,ruju' kepada ALLAH S.W.T. pada permulaan.(Senjata Pendakwah)

-Pendakwah wanita muslimah adalah ICON masyarakat.Akhlak,penampilan seiring apa dikata.

-Walk the talk.

-Bila mengajar kita belajar.adakan masa menganalisa ilmu.

-ICON yang update suasana madu'.

-Memberi apa yang perlu bagi mad'u bukan apa yang kita tahu.Lihat pada peringkat mad'u.Jangan jadi madu' yang 'syok sendiri'.

-Mengetahui kelemahan diri sendiri dan berhati-hati bila mana datang situasi pendakwah sendiri dilanda 'down' belajar untuk mengawal dan menyembunyikannya.

BARAKALLAHUFIKUM!

MARHABAN LITOLIBUL 'ILM!!!

-khadijah-

Nurhazwani said...

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi beberapa intipati penting:

= sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan isu-isu semasa.

= membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, adakan masa untuk menuntut ilmu.

= walk the talk and lead by example.

Barakallahu fikum

Astaghfirullah biqauli bila amali