Saturday, February 06, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi rabbil alamin. Was-salatu was-salam ala saidina Muhammad khairin nabi, wa ala alihi wa sohbihi ajmain. Bersyukur kita ke hadrat Allah (Swt) yang telah menciptakan langit dan bumi sekaligus telah menciptakan sekalian makhluk di bumi ini.

Hari jumaat yang sungguh indah bertambah lagi bila ia berada di Syria. Perasaannya amat berbeza berbandingkan di Singapura. Nah, disini, kami ingin berkongsi isi kandungan kata-kata mutiara Sheikh Anwar Sirri, khatib di Jami’ Sukkar.

Beliau telah menyentuh tentang pencipta seluruh alam yang telah mengatur setiap langkah kita di dunia. Allah telah berfirman dengan bermaksud,

“ bertasbihlah mensucikan nama tuhanmu yang maha tinggi. Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaan. Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya)” surah al-a’laa : 1 – 3 .

Beliau juga menyentuh dalam hadith nabi yang telah ditanyakan tentang rukun iman yang ke-enam. Takdir atau aturan terbagi kepada tiga. Takdir fii ilm, takdir fii Lauhin Mahfuz dan takdir Ar-rahiim. Pertama, takdir fii ilm menerangkan bahawa di mana-mana di dalam bumi Allah ini terdapat banyak ilmu. Allah telah mengaturkan hidup seseorang itu untuk mencari ilmu. Disini, kita harus ihtiram tholib ilm yang telah bertungkus lumus mencari ilmu luar dari Negara mereka.

Kedua, takdir fii Lauhin Mahfuz. Segala qada’ dan qadar kita telah tercatit di situ. Semua perkara sudah diatur oleh Allah (SWT). Daripada Saidatina Aisyah (RA), sesungguhnya Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda, “tiada boleh mengubah ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah. Dan do’a dapat member manfaat dengan apa yang telah turun (atau yang belum turun). Sesungguhnya Bala’ yang akan turun itu dapat di tolak dengan berdo’a sehingga hari Qiamat”.

Ketiga, takdir Ar-rahiim. Malaikat-malaikat yang telah dihantar oleh Allah (SWT) untuk mencatit segala perkara baik dan buruk manusia di bumi ini. Segala perbuatan Allah sungguh teratur dan tiada cacat celanya walau sedikit pun. Haruslah kita ingat, Allah itu Ar-rahman dan Ar-rahiim tetapi dia juga Syadidul ‘iqob.

Insya-allah dengan perkongsian yang tidak seberapa ini, harap ia menjadi satu tauladan bagi kita supaya mengingati Allah . Dan tak lupa juga pada sahabat-sahabat kami di Singapura, yang tidak berpeluang menghidu bau tapi dapat melepaskan rindu dengan alunan “Suara Mimbar” kami di Syam ini. Akulu kauli haza wa-astaghfirullah hal-azim li wa lakum wassalam.


No comments: