Thursday, January 21, 2010


بسم الله الرحمن الرحيم



Khutbah Jumaat 159110

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah ( dalam segala perkara), sedang Allah Dia-lah sahaja yang maha kaya lagi maha terpuji. (Surah Faathir ayat 15)

Khutbah pada minggu ini adalah tentang peribadi setiap insan memiliki tetapi kadang-kala terlupa, iaitu sifat fakir(lemah). Fakir dari segi permandangan, perdengaran, percakapan dan lain-lain lagi. Contohnya, kami boleh melihat tetapi penglihatan kami terhad. Kami hanya boleh melihat apa yang ada pada hadapan kami sahaja.

Salah satu sebab para anbiya’ diturunkan ialah untuk mengingatkn kami bahawa seluruh hamba Allah itu adalah lemah maka tiada sebab untuk kami mempunyai sifat takabur.

Segolongan ulama’ telah bersetuju dengan dalil yang disandarkan kepada Al-Quran bahwa perkara yang boleh membinasakn seseorang itu adalah jika kami menggunakan perkataan-perkatan tersebut : aku,kami,untuk aku,aku memiliki.

Aku: Allah berfirman “ apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika aku perintahmu?” Iblis menjawab “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau(wahai Tuhan) jadikan daku dari apa, sedang dia Kau jadikan dari tanah”. (Al-A’raf:12)

Kami: dan mereka berkata: “Walau apa sahaja ( jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang Engkau bawa kepada kami,(Wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak akan sekali-kali akan beriman kepadamu.” (Al-a’-raf:132)

Untuk aku: “dan Firaun pula menyeru(dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini-Akulah yang menguasinya dan sungai-sungai ini megalir dibawah(istana)ku? Tidakkah kamu melihatnya?” (Zakhraf:51)

Aku miliki: qaarun menjawab (dengan sombongnya) “ aku diberikan harta keayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Al-qasos:78)

Daripada Sheikh Abdul Rahman Ashaghori: Sheikh Nablusi pernah berkata : Pergila wahai aku,yang jikalau bersatu akan membinasakn diriku, penghalang antara aku dan Kekasihku(Allah).

Pernah ditanyakan kepada segolongan ulama’ bagaimanakah caranya untuk berdekat dengan Allah, dan jawapan mereka ialah : “Dekat dengan Allah dengan memiliki sifat yang Allah tidak menyifatkan diriNya. Iaitu sifat fakir.

Rumusan dari khutbah ini adalah peringatan kepada manusia bahawa sebenarnya kami ini lemah dan tiada sebab untuk kami riak,bongkak atau takabur. Allah sahaja yang maha kaya lagi maha terpuji.

أقول قولي هذا وأستتغفرالله العظيم لي ولكم

2 comments:

Anonymous said...

Salam Buat ahli Dmasyq.. boleh ana tahu, dari manakah khutbah ini.. betul2 masyaallah .. allah yubarik 'alaikum hehe mubarak laa.. tapi dari jami' aman yaa??

DMASYQ said...

Wslm, khutbah ini dari jami' hajibiyah.. =))