Dalam khutbah terakhir Nabi SAW ada 3 perkara yang penting :
1. Mengenai HAK (Perlunya menunaikan HAK kepada setiap yang ber HAK)
2. Mengenai pentingnya mengamalkan agama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW
3. Kepentingan usaha penyebaran agama ke seluruh dunia.
Haaaa... yang terakhir tu la yang penting !!! Usaha dakwah kita sebenarnya boleh datang dari pelbagai cara, dari segi menyampaikan ceramah ataupun dari segi penulisan.
Oleh sebab itulah, pihak infomedia dengan kerjasama EXCO Dmasyq (2009-2010) telah melancarkan SUARA منبر, satu platform yang diharapkan dapat mengasah bakat-bakat terpendam syabab-syabab DMASYQ.
Setiap syabab diberi tugasan mengulas khutbah Jumaat yang mereka dengar di Jami'-jami di Syria. Pihak infomedia pula akan meletakkan ulasan tersebut selewat-lewatnya hari Selasa setiap minggu. InsyaAllah..
Moga Allah meredhai apa yang kita semua lakukan dijalanNya.
Apa tunggu lagi syabab??? get your fingers working!!!! =)

No comments:
Post a Comment