Masa : 10.45 Malam
Hari : Sabtu / Ahad
Tarikh : 20 / 21 Jun 2009
Tempat : Dewan Masjid Darul Makmur
Bismillahi -Rahmani -Rahim..
Assalamualaikum Wr. Wb.
Alhamdulillah segala puji bagi allah SWT yang maha adil dan bijaksana yang telah melimpahkan kurnianya kepada sekian manusia. Dan selawat serta salam keatas junjungan nabi besar kita nabi Muhammad SAW dan para sahabat, semoga allah memberi kemudahan pada seluruh umat islam. Amin.
Pada hari pertama program Qiyamullail (CTU) ini dijalankan, alhamdulillah sambutan pada malam itu sangat tidak mengecewakan. Program ini diadakan di dewan Masjid Darul Makmur yang diketuai oleh Akh muhd hasyim dan dipimpin oleh ALUMNI dmasyq. Sebagai permulaan, Akh Jalaladdeen sebagai pengacara pada malam itu memulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran karim yang telah di sampaikan oleh akh Fawzan.
Seterusnya, akh Jalaluddeen menjemput Akh Faisal sebagai wakil pelajar-pelajar Syria untuk memberi sepatah dua kata tentang keadaan pelajar-pelajar di sana. Beliau bersyukur dapat bersama-sama menjayakan program ini. Selepas ucapan beliau yang short and simple, program ini diteruskan dengan menjemput Akh Zahid untuk memberi tazkirah kepada semua yang hadir. Dalam tazkirahnya, beliau telah mengongsi pengalamannya dan sedikit sebanyak tentang bagaimana cara-cara berinteraksi dengan masyarakat. Beliau telah berkata bahawa pelajar-pelajar kita masih kurang dari segi penyampaian. Jadi langkah-langkah yang dikongsinya ialah teladan yang baik, interaksi, kisah-kisah, perumpaan dan doa. Keterangan beliau sangat menarik hingga para hadirin yang datang gembira dengan caranya.
Sebelum Ahk Zahid mengakhiri tazkirahnya, beliau telah memesan kepada semua pelajar bahawa di Singapura bukan tempat berlatih untuk kedepan tetapi disini tempat bermulanya untuk menyampaikan daa’wah kepada masyarakat. Medan latihan yang sebenarnya bermula daripada kerusi buruk yang berada di rumah persatuan di Syria. Beliau juga menyuruh untuk mengasah cara berpidato, penyampaian dan interaksi. Selepas tazkirah beliau yang ringkas lagi mampat, Akh Jalaluddeen meminta seluruh pelajar-pelajar untuk mendendangkan nasyid sementara makanan diagihkan. Dan acara selanjutnya ialah tidur hingga solat Qiyamullail.
Pada pukul empat pagi, semua dikejutkan untuk bangun solat Qiyamullail. Solat dimulakan tepat pada pukul 4.45 pagi hingga 5.30 pagi. Solat Qiyamullail ini di mulai dengan Solat Taubah yang diimamkan oleh Akh Hasyim, kemudian Solat Hajat, diimamkan oleh Akh Jalaluddeen. Seterusnya, Solat Tahajjud yang diimamkan oleh Akh Zaki dan Akh Fawzan mengimamkan Solat Witir sebagai mengahkiri solat Qiyamullail. Selesai sahaja solat Qiyamullail, kami mendirikan solat Fajr berjemaah dan diikuti kuliah Fajr oleh salah satu Ustaz di situ. Selesai kuliah Fajr itu, santapan sarapan oleh pihak masjid yang sungguh enak sekali untuk hadirin yang hadir. Selepas itu, semua berkumpul di dewan Masjid untuk acara yang terakhir. Sebelum menutup majlis, Ahk Zahid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahk Izal kerana memberi masa dan ruang untuk para pelajar membuat program yang pertama ini. Akh Shahrin juga memberitahu bahawa program ini akan diakankan setiap dua minggu hingga hari yang kemuncak ialah pada bulan Ramadhan. Dan sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir. Program ini diakhiri dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ahk Hasyim.
Semoga program ini dan seterusnya akan mendapat rahmat daripada Allah yang maha adil dan maha mengasihani dan juga dapat manfaat daripada apa yang diamalkan. Amin ya robbal alamin.
Ketua Kebajikan 09-10
Muhd Zamir Bin Muhd Zin
No comments:
Post a Comment