Tuesday, April 14, 2009

Ulasan Bicara Dmasyq #5

Topik Bicara Dmasyq kali ini berat!”

Begitulah lebih kurang “luahan” sesetengah pengunjung blog ini sejak beberapa minggu yang lalu. Kelihatan komentar yang diberikan pun agak berkurang sikit berbanding topic-topik yang terdahulu. Apapun SYABAS diucapkan bagi mereka yang masih berupaya menyahut cabaran dan berkongsi pendapat dalam topik kali ini yang memang agak berat, namun kemungkinan berlaku di dunia realiti. Suatu yang perlu diteliti, difikirkan, dan jikalau terbukti benar, apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk mengekang “budaya” atau mentaliti tersebut dari berpanjangan dan akhirnya hanya akan menyebabkan masyarakat Melayu kita kurang berdaya saing sesama masyarakat lain, lantas lemah dan mundur. Pahit bukan? Nah. Kalau tidak rela ini terjadi, maka KITA yang bergelar Melayu ni harus membuktikan yang sebaliknya. Melalui mu’amalah (interaksi) kita, cara kita bekerja dan berfikir (tepati waktu, tidak mudah putus asa, gigih, tak malas, berdisiplin, dll.)

Ada juga yang berpendapat bahawa topik kali ini perlu diubah agar meliputi masyarakat yang lain. Tidak dinafikan bahawa sikap sedemikian juga wujud di kalangan masyarakat lain, tetapi sebagai permulaan, Blogteam memang memilih topik yang lebih tertumpu pada masyarakat Melayu kerana ianya lebih dekat di hati, dan secara langsung berkaitan dengan para ahli Dmasyq yang kebanyakannya berbangsa Melayu. Lebih mudah untuk kita renungkan insyaAllah. Perlu diingatkan juga bahawa topik ini terbahagi kepada dua bahagian: interaksi dan pencapaian. Bagaimana pula halnya dengan prestasi masyarakat kita berbanding masyarakat lain??

Apapun terima kasih diucapkan kepada mereka yang menimbulkan saranan baik tersebut. Akan kami pertimbangkan dalam pemilihan tajuk Bicara Dmasyq yang akan datang.

Kepada semua: Bersedialah untuk menyahut cabaran topic-topik Bicara Dmasyq yang akan datang, yang mungkin lebih mencabar. Seharusnya kita terus mempertingkatkan keupayaan “critical thinking” kita, dan lebih matang dalam menghadapi situasi-situasi di alam realiti.


Perjuangan kita masih jauh. Ayuh bersama menitinya dengan semangat yang berkobar diiringi laungan “Allahu Akbar! dan “Fidaa aka abi wa ummi ya Rasulallah!” yang bergema di jiwa, dengan setiap hembusan nafas, setiap langkah, setiap denyutan jantung…

1 comment:

DPL said...

tahniah atas semua yang berikan ulasan pada topik yg lepas. kesibukan tak membenarkan saya beri pendapat tetapi rasanya semua dah dikupas dengan baik. jadi saya rasa biar saya kupas kulit bawang jelaa..