Wednesday, December 10, 2008

Bicara Dmasyq #2

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu’alaikum semua ahli Dmasyq dan alumni Dmasyq!

عيد مبارك ,كل عام وأنتم بخير

Topik “Bicara Dmasyq #2” ialah:

BAGAIMANAKAH DAPAT KITA MEMPERTINGKATKAN USAHA DA'WAH DI SINGAPURA?
DI MANAKAH KEKURANGANNYA?

Seperti biasa kami memohon kerjasama antum dengan panduan-panduan berikut:

1. Berikan nama sebenar. (bukan nama samaran atau singkatan)

2. Gunakan bahasa formal. (bukan bahasa sms atau chat)

3. Kata-kata kesat dan kasar hanya akan mencerminkan hati yang kotor, oleh itu jauhilah ia.

4. Jauhi juga sindir-menyindir dan sebarang teguran peribadi.

Semoga Allah azza wa jalla memberi kita petunjuk dalam diskusi ini.
Di harapkan sama kita dapat meraikan manfaat darinya, dalam usaha berkongsi ilmu dan mencari keredhaan Allah. Ameen.

Setiap penyertaan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Jazakumullahu khairan.

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

salam buat semua kekasih-kekasih saya di dmasyq. semoga antum sentiasa sihat dan gembira sepertimana ana sedang sihat dan gembira disini.

sebelum kita membicarakan hal mempertingkat kita tidak boleh terlepas pandang kepada usaha yang sudah sedia ada, sebagai pelajar diluar negara tentunya kita ada mempunyai impian untuk melaksanakan sesuatu yang lebih nampak keberkesanannya, seperti idea-idea baru yang lebih nampak kritikal dan dijangka akan dapat memberi anjakan yang lebih dari biasa. ini memanglah satu fitrah yang normal bagi pelajar kerana kita sedang dalam proses yang dipanggil penerapan ilmu dalam kehidupan seharian, jiwa dan minda. cuma persoalannya haruslah menjadi: dimanakah sudut kecil yang boleh kita berkhidmat?

1-berkongsi idea dengan badan dakwah yang sedia ada walaupun kadangkala ditolak. kenapa perlu mengekslusifkan idea kita untuk kita sahaja? wa taawanu 'alal birri wat taqwa.

2-pelajar yang pulang harus turun padang untuk buat 'groundwork' dengan cara yang sedemikian kita dapat update sekiranya idea kita masih relevan atau tidak.

3-sedia untuk dipimpin dan jangan terlalu ghairah untuk memimpin.

4-lihat usaha dakwah yang sedia ada dari sudut positif.

5-jangan mudah mengkritik tetapi sekiranya ada sediakan alternatif yang berkesan.

Jadi pada ana cara yang baik untuk mempertingkatkan usaha dakwah ialah dengan antum turut sama memainkan peranan penting dalam usaha-usaha yang dibuat. Buat masa ini ana dan kawan-kawan disini masih lagi dalam proses mengenal, jadi ana tak lihat apa yang dijalankan ada kurangnya sebaliknya ana yang masih banyak kekurangan dalam selok belok dan penyertaan usaha dakwah yang dijalankan.

La’in shakartum la aziedannakum.
Semoga Allah mempertingkatkan usaha dakwah di Singapura ini kita selepas kita bersyukur kepadanya
Wallahu a’lam

Khadimukum
x ahli TrimAndFit dmasyq
Muhammad Zahid-Abulhudaa

Anonymous said...

Bagi ana… dgn wujudnya ulama2 serta asatizah lama mahupun yang baru, yg tua dan yg muda, rasanya tiada masalah dalam peningkatan usaha dakwah di Spura. Pabila semua bersatu serta bergabung idea secara tidak langsung terisi lah ruang2 kekurangan dan kecacatan yang ada biiznillah. Dari pandangan ana, kita lah - bakal2 pendakwah - yang mesti mempertingkatkan diri2 kita terlebih dahulu dan kita lah juga yang sebenarnya banyak kekurangan dan cacat celanya.

Dari pandangan ana:
1)Walaupun apapun pegangan atau prinsip kita, tetaplah berpegang dengan cara yang bijak, jangan hingga pembawakkan kita membuat orang lain kurang senang. Kadang kala, tidak semua perkara sesuai utk kita suarakan dalam satu masa, semuanya bergantung pada MASA, KEADAAN dan PERWATAKAN golongan/individu itu. Takut org meluat terus benci…

2)Apabila disoal tentang agama, tidak perlu lah kita jawab apa yg KITA TAHU. Tapi jawab lah apa yang MEREKA INGIN TAHU. InsyaAllah dengan jawapan yang simple itu, akan tercabang lah soalan2 yang lain. Takut org bosan kita drag…

3)Cara pendekatan harus dgn lebih berani dan sesuai mengikut keselesaan golongan/individu yang berbagai2 skrg ini. Kerna bila tiada keselesaan, lidah kelu tidak terkata, dan akhirnya tiada apa yang dapat dikongsi bersama dan dibincangkan. Wasted kan…

Hendak ana kongsi bersama disini, pada suatu hari seorg wanita Islam yg berhijab menaiki sebuah taxi yg dipandu oleh seorg uncle. Dan kebetulan pada hari itu wanita tersebut dilanda masalah dan dia menangis sepanjang perjalanan. Uncle akhirnya dapat mengorek masalah wanita itu lalu mendengar keluhannya dan kemudian memberinya nasihat2. Hinggakan uncle sanggup park taxi nya di satu sudut and stop the meter, semata2 untuk mendengarkan masalah wanita itu attentively. Rupa2nya si pemandu itu adalah ex-paderi dari sebuah gereja. Dia juga menawarkan apa2 saje bantuan jika wanita itu memerlukan. Lihatkah antum betapa beraninya dan liciknya si uncle dalam “berdakwah”. Letakkan kita dalam keadaan si uncle, apa yg mungkin akan kita lakukan?

4)Jaga diri dan tatbiq apa yang kita pelajari. Perkara ini seakan sering saja kita dengari. Tapi sedarkah kita bahawa ada juga diantara kita yang menegur kesilapan orang lain sedangkan kita sendiri melakukannya. Dan ada juga yang mendiamkan satu kemungkaran semata2 kerana dia sendiri melakukannya. Wa la talbisul haqqa bil batil wa taktumuul haqqa wa antum ta’lamun…

5)Jika ada yang menubuhkan kelas2 agama atau tuiton2 di rumah dan sebagainya. Jangan lah terlalu memikirkan QUANTITY tetapi QUALITY. Sesungguhnya dakwah bukan business…

Maafkan kesilapan dan kekurangan ana.

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, ana budak pun masih lagi belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Allah ma’ana!

-Sha'erah Mohamed Kassim-

abg lame said...

salamualaikum...

izin kan saya berkongsi serba sedikit tentang topik bicara dmasyq pade kali ini.

saya setuju dengan apa yang telah dikatakan oleh ustz zahid. sebagai bekas pelajar luar negara, tentunya kita mempunyai pandangan sendiri tentang bagaimana kita inginkan dakwah di singapura berjalan. pandangan sebegini wujud apabila seorang pelajar itu peka dan bersikap ingin memahami dengan apa yang terjadi dengan suasana sekelilingnya.

setelah memahami, pelajar akan berpindah ke pada proses perbandingan. proses yang di mana pelajar akan bertanyakan soalan-soalan seperti, "kalau boleh terjadi di sini, kenapa ia tidak terjadi di singapura?

lantas pelajar akan rasa banyak peningkatan ataupun perubahan yang patut dilakukan demi meneruskan usaha dakwah yang dipengaruhi oleh keadaan yang berbeza dari konteks singapura.

tetapi hakikatnya tidak semua yang kita inginkan boleh dilakukan disini. namun sebaliknya ADA perubahan atau peningkatan yang SEPATUTnya berlaku demi kebaikan masyarakat Islam di singapura.

sebagai contoh, salah satu perkara yang mesti dipertingkatkan adalah mutu dan intisari dakwah tersebut. para asatizah harus berinisiatif untuk menaikkan thaqofah islamiyyah ummat islam. jangan takut untuk memberi lebih dengan alasan susah diterima masyarakat. kalu tidak, arena dakwah di singapura hanya akan kekal di satu peringkat sahaja.

rugilah jikalau lulusan luar negara tidak berkongsi ilmu dengan masyarakat. kerana yang akan rugi adalah masyarakat dan yang akan disoal adalah lulusan itu sendiri.

natijahnya, pelajar2 luar negara adalah sebagai orang yang meningkatkan standard kesedaran islam di masyarakat kita, dalam masa yang sama membantu mengemas kini dan menambah apa2 kekurangan yang jelas di dalam masyarakat singapura yang dahagakan ilmu pengetahuan serta kesedaran Islam
wallahu a'lam

sekadar pendapat
md fawzan

Apollo Star said...

nampak susah kan nak cakap.!!
itu la dakwah.. bukan senang nak berdakwah.. kene mujahdah yg lebih..!! renungkan......
-chal-

Damascene said...

بسم الله والحمد لله
Assalamualaikum wr wb,.

Ana berterima kasih dan bersyukur mendapat nasihat dan pandangan abang2 dn kakak2 lame. BarakaAllahu feekum. Banyak telah dikatakan dan disentuh oleh para alumni Dmasyq. Ana setuju dengan mereka.

Ana menghargai para du’aat di Singapura yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan mencurahkan ilmu kepada ummah demi menjalankan usaha da’wah ini. Dalam usaha da’wah di Singapura, terdapat beberapa perkara yang ana selalu mengingatkan diri ana dan ingin berkongsi dengan semua:

1. Perbetulkan niat untuk menjalankan da’wah semata-mata kerana Allah. It is not about yourself, it is about spreading the message of Allah.

2. Janganlah kita hendak compete dengan orang dalam usaha da’wah. It is not about outdoing one another, it is about filling up the gaps and widening the scope of da’wah. Kadang-kala kita lihat approach yang diambil ialah “Who comes up with the best program”.

3. Tentang kita “perlu turun padang” yang disebutkan oleh “daun pokok limau” ana amat sekali setuju. Moga-moga lebih ramai lagi para du’aat yang akan membuat begitu, insyaAllah.

4. Kesabaran. Kerja da’wah memerlukan banyak kesabaran. Kesabaran diri sendiri dan kesabaran melihat natijahnya. Usaha yang dijalankan sekarang akan membuahkan hasil hanya pada generasi akan datang. We may not even see the result in our lifetime.

6. Ade juga kita lihat badan-badan yang concern tentang "monetary returns" apabila menjalankan program Da'wah. Ini ana dengar sendiri dari mulut orang yang pernah menjalakan program tersebut. Should this be the way? Where is the sincerity and purity when money is the concern?

5. Tentang QUANTITY dan QUALITY yang disebutkan oleh “1 of kakak lame”; I can’t agree with you more. It is not about how many people has taken syahadah in you hands or how many people has changed because of you. We just deliver, Allah changes the heart.

6. Pengorbanan. Berapa jauhkah yang kita sanggup pergi untuk usaha da’wah ini?
• Sanggupkah kita bangun pukul dua atau tiga pagi kerana hendak menolong remaja yang mabuk yang dihalau rumah?
• Sanggupkah kita mengorbankan masa keluarga kerana seorang remaja yang belum bernikah dan hamil memerlukan bantuan?
• Sanggupkah kita memberi masa kepada seorang warga emas yang ingin belajar membaca al-Quran?

7. Bersatulah ketika hendak membuat da’wah. Ia lebih effective dan lebih bersemangat. Ketepikan perbezaan antara kita. We will fall and we might want to give up. But know that Allah is behind us as long as we are on the path that He pleases. And know that when you fall, your fellow brother/sister will be there to help you get back on your feet.


Semua ini adalah peringatan2 dan soalan2 yang ana selalu mengingatkan dan bertanya diri sendiri. Kita pulanglah kepada The Basics of Da’wah yang telah dibuat oleh Rasulullah sallaAllahu alayhi wa sallam. Kita mengambil diri dan cara baginda sebagai contoh. If not from him then from who else kan? The work of da’wah is not easy. It wasn’t easy for the prophet and it certainly won’t be easy for us. The path will be full of challenges and obstacles. This is a sacred path. This is the work of the prophets.

Semoga Allah azza wa jalla menyatukan kita dalam usaha da’wah ini dan memberi kita petunjuk. Ameen.

Ana minta maaf jika kata2 ana telah menyinggungkn perasaan sesiapa. Tidaklah aku berniat begitu.

waAllahu ta’aala a’alam

syahrin mohd salleh

Anonymous said...

salam pada semua...ana agak lambat beri komen tentang bicara dmasyq 2,hehe..a'la kulli hal,ana tertarik dgn pendapat akh zayd ttg:jgn mengekslusifkan pd kita-kita sahaja dan akh zayd ada tekankan tentang kita pelajar perlu turun padang sertai apa yg telah dijalankan oleh badan2 dakwah di masjid,dr situ kita bole pelajari pelbagai kaedah dakwah di singapura.

yang penting,kita perlu ada sifat "berani"dalam berdakwah.berani menerima kritikkan.berani bergabung menyatukan fikrah.

Siti Khadijah Ithnin