بسم الله والحمد لله
Assalamu’alaikum semua ahli Dmasyq dan alumni Dmasyq!
Pasti semua sedang sibuk dengan hal ehwal masing-masing kan?
Sambil kita gigih mencari ilmu atau bekerja, ayuh kita mencambah akal fikiran kita dengan bertukar-tukar pandangan.
Caranya?
Hah! Buat julung-julung kalinya, insyaAllah Dmasyq akan memulakan siri diskusi online “Bicara Dmasyq” khas untuk antum semua.
Demi manfaat dan kemaslahatan bersama, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda wahai ahli dan alumni Dmasyq, baik yang berada di Syria, Singapura atau di mana sahaja.
Topik “Bicara Dmasyq #1” ialah:
“Fenomena tidur selepas subuh di kalangan pelajar syar’ie.
Bagaimanakah cara-cara mengatasinya?”
Tunggu apa lagi? Teringin benar mendengar ‘suara’ para ahli dan alumni Dmasyq.
Sebelum itu Dmasyq meminta kerjasama antum agar…
1. Berikan nama sebenar. (bukan nama samaran atau singkatan)
2. Gunakan bahasa formal. (bukan bahasa sms atau chat)
3. Kata-kata kesat dan kasar hanya akan mencerminkan hati yang kotor, oleh itu jauhilah ia.
4. Jauhi juga sindir-menyindir dan sebarang teguran peribadi.
Semoga Allah azza wa jalla memberi kita petunjuk dalam diskusi ini.
Di harapkan sama kita dapat meraikan manfaat darinya, dalam usaha berkongsi ilmu dan mencari keredhaan Allah. Ameen.
Setiap penyertaan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Jazakumullahu khairan.
9 comments:
Bismillahirrhamanirrahim.
rasanya, cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti2 yang sesuai.
ana mengaku ana pun tengh berjuang mengatasi gejala ini (yang dah lah buruk, memalukan pula tu).
antara aktiviti yang sesuai dilakukan oleh kita (pelajar2 syar'ie) selepas solat Subuh:
- Hafal Qur'an/ lancarkan hafalan Qur'an (maasyaAllah. memang tepat mafhum sabda Rasul yang berpagi-pagian itu barakah.
memang waktu gini senang je ayat2 suci tu nak masuk dalam otak. alhamdulillah =D)
-lakukan aktiviti yang memerlukan kita menulis, dan bukan setakat membaca. kerana kalau menulis, kita memerlukan lebih dari setakat mata (yang akan kuyu dan makin "mengecil" dengan sendirinya kalau hanya disuruh menatap perkataan2 di buku). kita akan menggerakkan tangan. otak juga berjalan.
- jangan duduk bersandar ketika membaca/ menelaah pelajaran. apatah lagi kalau duduk atas tilam empuk berdampingan dengan bantal2 dan lihaf yg nikmat banget. cuba duduk di tempat yang tidak terlalu selesa, dan ubah2lah posisi duduk anda.
-duduk di tempat yang ada pengaliran udara (ventilation) yang baik. ini membolehkan lebih banyak oxygen dapat disalurkan ke otak, dan insyaAllah menjadikannya lebih segar.
-baca kuat2 kalau dah mula terasa ngantuk. sebutkan, lafazkan apa yang dibaca. teknik ini juga membantu dalam penghafalan kerana deria pendengaran juga mengambil bahagian =D
-kunyah makanan2 ringan atau buah-buahan. biar muscles kita bergerak.
-mandi! nanti segar! :D
-bagi diri ana, ana akan cuba gigihkan diri untuk berjaga sekurang2nya 2 jam selepas subuh. kemudian, akan paksa diri untuk Solat Dhuha SEBELUM tidur (kerana selalu kalau plan nak solat SELEPAS bangun tidur,alamatnya nnt dah hampir dgn zuhur baru bangun, dan hampir2 terlepas waktu Dhuha/ sempat solat, tapi kelam-kabut dan tak syok)
tidur sekejap sebelum zuhur perlu juga bagi memastikan kat kuliyyah/maahad nanti tak terlelap :D (ini bagi yang sekolah petang)
itu sahaja pendapat dari ana yang masih lemah lagi terkial-kial dalam perjuangan ini. semoga Allah permudahkan urusan kita untuk menggapai keredhaanNYA. ameen! :)
-Khadijah Mohamed Hussain-
بسم الله والحمد لله
Thank you very much Sister. We all
are in the same boat in this jihad.
I take this opportunity to ADVISE MY WEAKSELF FIRST, then only share my thoughts to my brothers and sisters.
One approach that I personally take is going to the root of the problem. Create the mindset that the time between after fajr prayer and dhuha is a TOP PRIORITY.
How can one achieve that mindset is by doing a little critical thinking. Question ourself 'why I should do it?' and 'how will it benefit me?' We are getting used to doing things without asking ourself why we do it in the first place. We tend to go through motion. We have to activate the sub-conscious mind.
Only when one sees it as a great need to do it, then can one put it as a priority. Yes talk is easy isn't it? How to put it to actions?
1) Tell ourself that we are accountable for everything in life. We will be questioned for this time that is given to us. Put fear of Allah and love for the Prophet (peace be upon him) in mind. If that doesn't move us, what else will?
2) Get our room mate to sit with us throughout this time. Definately easier with a friend helping and pushing us.
3) Create a time table of what we should do. eg: read the qur'an, read the ma'thurat, listen to audio dars. Try having variations...reading, listening.
4) Have a discussion topic with the roomate. Talk about an important current Muslim issue, somthing that lifts the imaan.
5) Tell ourself that this is the time to charge our ever weakening imaan. Take this time as time to gather strength to face the dunya later in the day.
6) Have enough sleep the night before. We'll definately wake up freasher.
7) ...And since we're up, wake the whole house up. Definately not easy I know but somebody has to do it. So take it upon ourself to wake our brothers/sisters up. If we really love them, wake them up.
This golden time is very precious to a mu'min and a seeker of a knowledge.
If a seeker of knowledge does not see this time as precious then how can one get this message across to the ummah when one returns.
This time is a time to feed the imaan. We feed our bodies but we neglect our ruh.
I do not mean to offend anybody with what I have said. But as seekers of knowledge, we have to be strict with ourself, then can we have mercy and rahmah towards others.
We have slept for too long...IT'S TIME TO WAKE UP.
wa Allahu ta'aala a'lam.
syahrin bin mohd salleh
Bismillahirrahmaanirraheem...
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dmasyq kerna telah membuat perbincangan yang amat memberikan kita faedah ini...
ok disini saya ingin cuba berkongsi sedikit sebanyak cara-cara untuk mengatasi masalah tidur selepas subuh...
saya nasihatkan diri saya terdahulu sebelum antum semua kerna saya sendiri sememangnya ada masalah ni.
antara caranya ialah..:
-sebelum tidur tanamkan niat hendak bangun awal untuk solat subuh dan juga niat untuk tidak tidur selepas itu.
-tanamkan sifat tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga pelajar..kerana bagi orang yang amanah dan bertanggung jawab, dia akan merasa serba salah kalau tidak melakukan kerjanya.
-cuba hidu udara pagi yang segar..udara pagi akan membuat diri antum merasa lebih bertenaga.
-kemas tempat tidur..jangan pandang lagi tempat tidur itu kerna ia mempunyai daya tarikan untuk kembali kepada tidur. Bila mata dah mengantuk, akal akan berfungsi untuk mencari tempat untuk berehat.
-mandi juga adalah antara cara yang berkesan kerna ia menyegarkan badan..
-bacalah apa yang patut...Quran, buku, suratkhabar dan sebagainya..
-yang terakhir makan lah beberapa biji kurma...kalau tak de kurma, buah buahan lain pun tidak mengapa.. tetapi kalau ada kurma lebih baik kerana ia memberikan kita tenaga untuk sehari itu...
sampai disini sahaja apa yang dapat saya kongsi bersama antum semua... semoga antum semua berjaya dalam apa jua bidang yang antum ceburi...
semoga antum semua warga keluarga Dmasyq sentiasa dibawah lindungan Allah...
Firdaus Ismail.
Assalamualaikum
yang penting mesti ade perkara yang dilakukan selepas subuh, jogging ke masak ke kemas rumah ke kasi makan kucing ke kasi makan diri sendiri ke cuci baju ke cuci baju org lain ke dan mcm2 lagi aktiviti lain yg bole diisi selepas waktu subuh.
semoga kita tergolong antara hambaNya yang memanfaatkan waktu sebelum subuh dan jugak selepas subuh
sekian wassalam
Bismillahirrhamanirrahim
cara terbaik tidur awal,bangun awal jadi apabila lepas subuh tak lah ngantok sangat boleh lakukan sholat sunat langsung membaca AL QURAN dan lain -lain istiqamah InshaALLA cubalah.
AHMAD SANI
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad dan ahlinya serta sahabat.
Asslamualaikum.wr.wb
Terima kasih di atas comment yang telah diketengahkan, ia nya bukan sekadar fikrah, akan tetapi boleh ana kategorikan sebagai penawar.
Di sini ana ingin meminta izin untuk menggunakan penawar dari antum untuk penyakit ana yang besar ini,iaitu di waktu Subuh....steady ah...
Pandangan dari ana?
hmm...senang dan ringkas..
(zikir, bacaan lazim, adabdan doa tk perlu ana ketengahkan kerana itu adalah kemestian bagi kita khususnya tholibIlm)
Tips sebelum tidur....
-Kemas bilik anda,pastikan setiap penjuru bilik anda terkemas rapi..
- Kemas pakaian yang bersepah di lantai, lipat dan simpan.
-Letak lah suasana yang degemari pada malam itu(suasna berubah-ubah mengikut mood),seperti tenang, gembira, romantik malam pertama dan sebgainya..
-Aroma yang meyenangkan mungkin memaikan peranan bagi mewujudkan suasa yang diidamkan.
-Pakai pakaian yang menyenagkan seperti pajamas kegemaran, dan cuba elak kan dari cuba pakai baju yang dibuat MASAK DI DAPUR petang tadi!!
hmmm..kalau semua sudah rapi, bila bangun tidur,semuanya jadi rapi insyaAllah..Bila semua sudah rapi, akan hilang rasa mngantuk, dan anda pasti rasakan nikmat di waktu fajr selepas berzikir dan dars di Jamei atau menelaah pelajaran dan sebagainya..
hmmm...itu sahaja ana dapat share tips2 MURAH..ingat!! Benda yang murah jika disimpan lama(ertinya istiqamah) akan menjadi mahal seprti barang ANTIK..hmmmm..
Ambil resepi ini ye tuan puan dan gunakan jika perlu..
selamat mencuba..
-Mohammad Faizal Bin Mohd Wahab-
Assalamualaikum wr . wb
Ana setuju dgn cadangan-cadangan antum.
Ala kulli hal, kita kenalah banyak mujahadah melawan nafsu, kalau kita jadikan tidur selepas subuh sebagai amalan harian kita, maka jangan terkejut kalah anak kita nanti atau generasi akan datang semakin liat untuk bangun subuh atau terlajak subuh kerana kita sendiri tidak menunjukkan qudwah hasanah pada mereka, apalah gunanya pelbagai kitab ulama-ulama besar kita pelajari, talaqqi dan dengar dars sana sini, tapi benda yang mudah tapi penting kita ambil ringan sahaja.
Ana percaya, bukan senang untuk ubah diri secara serta merta, tapi kita mesti ada azam dan harus mula perlahan-lahan. Mungkin selalunya kita tidur sebaik sahaja menyelesaikan solat subuh, justeru untuk berubah, kita cuba tidur 15 minit selepas solat subuh, hari yang berikutnya setengah jam selepas solat subuh, hinggalah kita berjaya bertahan selama 2 atau 3 jam selepas subuh:). Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Niat itu penting demi merealisasikan sesuatu perkara.
Ana cadangkan, antum buat jadual, aktiviti-aktiviti selepas subuh yg berlainan setiap hari. Jogging pun adalah satu aktiviti yang baik yang jarang kita buat di Syria ni, jadi ana harap semua pelajar-pelajar syariah berjaya membasmi fenomena tidur selepas subuh dalam diri mereka demi mengaplikasi sunnah Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi contoh tauladan pada teman-teman, adik-beradik, sanak saudara dan generasi-generasi akan datang serta masyarakat Islam. Sekian..wassalam
-Nurul Huda Binti Khamsani-
bagi ana, untuk mengelakkan ngantuk yang tahap maxima melanda selepas subuh ialah menyegarkan diri dengan:
1) stretching
2) ketawa! ketawa lah mengenai apa sekalipun, asalkan hepi dan rasa excited for a new day.
Cuba lah...
Post a Comment