Wednesday, June 11, 2008

Infomasi Pusat-pusat Pengajian

بسم الله الرحمن الرحيم
Jami’ah Dimasyq (Unversity of Damascus) http://www.syariaa.net/
1-Kuliah Syariah

Jangkamasa dan Sistem pengajian
4 tahun. 2 semester setahun. Separuh madah diambil untuk semester pertama dan setengah lagi pada semester kedua. Pelajar yang tidak lulus lebih dari 4 madah tidak dibenarkan melanjutkan pengajian ke tahun berikutnya.
Pelajar yang gagal tiga tahun berturut-turut akan diberhentikan pengajiannya.
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan berubah setiap tahun dan akan diiklankan sebelum waktu pendaftaran. Tiada ujian kemasukan diadakan.
Penerimaan pelajar dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Syria.
Tiada yuran pengajian dikenakan bagi yang terpilih.
Apa Kata Dmasyq: Kuliah Syariah Universiti Damascus adalah di antara universiti yang terunggul di Timur Tengah. Tenaga pengajarnya terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka Syria. Namun begitu, kemasukan pelajar amat terhad. Sejauh ini, hanya seorang pelajar Singapura yang diterima masuk pada setiap tahun.

2- Markaz Lughah (Universiti Damascus) http://www.arabindamascus.edu.sy/
Pusat pengajian bahasa dibawah naungan Universiti Damascus ini menawarkan kursus bahasa Arab dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu.
Sistem Pengajian
8 modul untuk 3 peringkat
· Beginner: module 1-3
· Intermediate: module 4-6
· Advance Course: modul 7-8
Jangkamasa Pengajian
1 bulan bagi setiap peringkat
Yuran Pengajian
16,000 l.s setiap module
Waktu dan Hari Pengajian
Ahad-khamis ( waktu akan ditentukan ketika pendaftaran)Apa Kata Dmasyq: Sesuai bagi yang ingin belajar untuk waktu singkat dan mempunyai keperluan tertentu. Walaupun kursus ini adalah di antara yang terbaik di Damascus, yuran yang tinggi menjadi faktor penghalang pelajar kami untuk menyertai kursus ini.

Abu Nour (Mujamma’a As-Sheikh Ahmad Kuftaro) http://www.abunour.net/
Abu Nour adalah sebuah kompleks pengajian yang terdiri dari pelbagai institusi yang merangkumi pengajian bahasa hingga ke peringkat Universiti. Dikenali sebagai Mujamma’ As-Syeikh Ahmad Kuftaro sempena nama pengasas institusi ini.

Maklumat pengajian yang terperinci dan terkini hanya boleh didapati dari pihak Mujamma’ setiba di Syria.
Setiap calon pelajar harus mempunyai
1) Sijil Kelulusan Thanawi 4 atau GCE ‘O’ .
2) Sijil perlu disahkan (endorse) oleh MUIS, Ministry of Foreign Affairs (MFA) dan Kedutaan Syria di Kuala Lumpur.
Kedua-dua perkara yang disebutkan diatas ini adalah penting bagi urusan pendaftaran dan permohonan iqamah (visa pelajar) dan perlu dilaksanakan sebelum keberangkatan.
Permohonan Iqamah hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Kuliah Dakwah, Taahili & Diploma Da’wah in English.

1- Jami’ah Da’wah Islamiyyah Libya (Abu Nour)
Kuliah Da’wah (diiktiraf sebagai Kuliah Lughah Arabiyah wa Diraasat Islamiyyah)
Jangkamasa dan Sistem Pengajian
4 tahun. Peperiksaan pertama dan kedua untuk keseluruhan madah. Peperiksaan kedua (untuk mata pelajaran yang tidak lulus) akan diadakan sebulan selepas tamat peperiksaan pertama. Pelajar yang gagal untuk 2 tahun berturut2 akan diberhentikan pengajiannya. Setiap pelajar wajib lulus semua mata pelajaran untuk melanjutkan ke tahun seterusnya.
Yuran Pengajian
12 000 Lira Syria setahun (bagi tahun pertama), (bayaran berkurangan untuk tahun seterusnya)
Syarat Kemasukan
Sijil Thanawi 4 dengan kelulusan sekurang-kurangnya Jayyid dan harus lulus ujian kemasukan (muqabalah).
Bagi muqabalah, setiap pelajar wajib menjalani ujian tulisan (kitabi) dan lisan (syafahi). Keputusan muqabalah akan diketahui dua minggu selepas ujian, bi idznillah.

2- Diploma Syariah (Taahili)
Tempoh pengajian 3 tahun.
Pelajar boleh diterima ke tahun 2 ataupun 3 berdasarkan keputusan ujian kemasukan.
Syarat Kemasukan
Pelajar perlu memiliki Sijil Thanawi 4 atau GCE ‘O’ Level untuk ke tahun 2/3 dan harus lulus ujian kemasukan.
Yuran Pengajian
12 000 Lira Syria setahun.
Waktu dan Hari Pengajian
Ahad - Khamis 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

3- Daurah Lughah Arabiyah (Abu Nour)
Kursus pengajian bahasa Arab di bawah naungan Mujamma’ As-Syeikh Ahmad Kuftaro ini menawarkan pengajian bahasa arab bagi yang tidak tahu berbahasa arab (non-speakers). Juga disediakan mata pelajaran Al-Qur’an dan Hadith, sesuai bagi yang ingin belajar di dalam suasana islamiyyah. Sijil kursus akan hanya diberikan setelah tamat pengajian.
Sistem Pengajian
6 peringkat pengajian bermula dari asas hingga ke peringkat lanjutan.
Jangkamasa Pengajian
2 bulan bagi setiap peringkat.
Yuran Pengajian
5500 Lira Syria untuk setiap peringkat
Waktu dan Hari Pengajian
Ahad-khamis (waktu pengajian berbeza mengikut peringkat.)
* kemasukan ke tahap tertentu adalah berdasarkan ujian kemasukan yang akan dijalankan sewaktu pendaftaran.

4- Diploma Da’wah in English (DDE)
A very fast paced and compacted one year interactive course. Guided by Muslims who are native speakers from USA and Britain, students will learn how to do presentations and learn public speaking. Among the topics touched on are Methodology of Da’wah in the current era, Comparative Religion, Mass Media, Western Culture, World Politics and Current Issues. This one of a kind course prepares people keen in spreading Da’wah in continuing the work of the Prophets (peace be upon them). Strongly recommended and would certainly be a very useful tool when doing Da’wah in Singapore.
Entry requirements:
Students are expected to have a reasonable command of English and would have to undergo a written examination and an interview prior to acceptance.
Course Fees:
30 000 Syrian Pounds
Schooling Hours:
One Year, Starting every February Sunday To Thursday 4.00pm to 8.30pm

Al-Fatah Al-Islamiy (www.alfatihonline.com)
1- Takhassus Fatah Al-Islami
Kuliah
1-Syariah 2 - Syariah wal Qanun 3-Usuluddin (lelaki sahaja) 4- Lughah Arabiah
Jangkamasa dan Sistem Pengajian
Tempoh pengajian 4 tahun. Peperiksaan dijalankan setahun sekali dan mempunyai daur thani(ujian ulangan) bagi mata pelajaran yang tidak lulus sebulan selepas natijah diumumkan. Pelajar tidak akan dinaikkan ke tahun seterusunya jika gagal lebih dari 4 madah.
Yuran Pengajian
25 000 Lira Syria setahun
Syarat kemasukan
Sijil Thanawi 4 dengan pangkat sekurang-kurangnya Jayyid dan harus lulus ujian kemasukan
*Kehadiran pelajar diambil kira,bergantung kepada qanun yang dikenakan daripada kuliah masing-masing.

2-Daurah Lughah Arabiah (Fatah).
Kursus bahasa Arab ini dijalankan sebumbung dengan Takhassus Fatah dan juga Maahad Fatah Al-Islami.
Menawarkan kursus bahasa Arab dan juga mata pelajaran Al-Quran, Hadith dan sebagainya (bergantung kepada peringkat kursus tersebut).
Setiap pelajar harus melalui ujian kemasukan sebelum diterima ke mustawa(peringkat) yang akan ditentukan.
Jangkamasa dan Sistem Pengajian
Kursus ini mempunyai 5 mustawa(peringkat) dan tempoh pengajian adalah 4 bulan bagi setiap peringkat.
Pelajar tidak semestinya memulakan daurah dari peringkat pertama. Pelajar boleh melangkah terus ke mustawa yang lain mengikut keputusan ujian kemasukan masing-masing.
Yuran Pengajian
5,000 Lira Syria bagi setiap mustawa ataupun modul.

3-Ma’ahad Fatah Al-Islami
Sila rujuk kepada maklumat yang terdapat di Ma’had Syar’ie.

Ma’ahad Lughah Lil Ajanib (Arabic Learning Centre For Foreigners)
Ditubuhkan pada tahun 1973, institusi ini bernaung dibawah kementerian pendidikan Republik Arab Syria. Pengajian bahasa Arab dari peringkat permulaan hingga ke diploma.
Sistem Pengajian
6 modul untuk 3 peringkat
Beginners: Module 1 dan 2
Intermediate: Module 3 dan 4
Advance diploma: Module 5 dan 6
Jangkamasa Pengajian
3 bulan setengah bagi setiap module
Yuran Pengajian
15 000 Lira Syria untuk setiap module (musim sejuk)
17 500 Lira Syria untuk setiap module (musim panas)
Waktu dan Hari Pengajian
Ahad – khamis 9 pagi-12.30 tgh
Seperti kursus bahasa arab yang lain, pelajar haruslah melulai ujian kemasukan sebelum ditentukan untuk duduk di modul tertentu.

Ma’had Syar’ie
Selain dari pusat bahasa, Syria juga terkenal dengan sistem pengajian Ma’hadnya. Terdapat 6 ma’had syariah yang menawarkan pelajaran syariah disamping beberapa subjek akademik. Selain dari kecemerlangan dari segi sukatan pelajarannya yang tinggi, ma’had-ma’had syar’ie di Syria juga terkenal dengan mengutamakan disiplin dan akhlaq pelajar.
Kebanyakkan maahad menawarkan pengajian untuk lelaki sahaja. Hanya satu sahaja ma’had yang menerima pelajar perempuan dengan syarat, pelajar tersebut harus ditemani mahramnya.
Berbeza dengan institusi yang lain ma’had-ma’had ini menawarkan pengajian secara percuma dan sebahagiannya memberi tempat tinggal (asrama) dan juga elaun bulanan kepada pelajar.
Maahad Syar’ie di Damascus adalah seperti berikut:
1- Ma’had Fath al-islamiy
2- Ma’had at-Tahzieb wa at-Taalim
3- Ma’had Furqan
4- Ma’had Abu Nour Khursyeed
5- Ma’had Aminiyyah As-Syeikh Badr Deen Al-Hasani
Sistem Pengajian
Pengajian di ma’had adalah selama 6 tahun kecuali Maahad at-Tahzieb yang hanya 5 tahun.
Pengajian semester pertama bermula pada pertengahan bulan September dan berakhir sekitar hujung bulan Januari. Semester kedua pula bermula sekitar awal bulan Februari sehingga akhir bulan Jun. Cuti musim panas adalah di antara 2 bulan setengah hingga 3 bulan, mengikut ketentuan dari setiap maahad.
Waktu dan Hari Pengajian
Setiap maahad mempunyai waktu pengajian tersendiri. Ianya akan diberitahu sebelum tarikh mula pengajian.
Syarat-syarat Kemasukan
Syarat kemasukan berbeza mengikut maahad tertentu dan akan diiklankan seminggu sebelum waktu pendaftaran bermula. Setiap pelajar wajib mengambil ujian kemasukan untuk mendapat tempat di dalam sesebuah maahad. Ujian akan diadakan secara lisan dan bertulis.

Jika antum mempunyai sebarang soalan atau inginkan maklumat yang lebih lanjut, sila tujukan soalan antum di Chatbox yang telah disediakan atau e-mail kami di dimasyq@gmail.com
Syukran Jazilan
و الله تعالى أعلم

2 comments:

Anonymous said...

Syukran!!

Alhamdulillah. Saya gembira dapat informasi ini. Saya bercita2 untuk ke Abu Nour institute untuk mempelajari Bahasa Arab pada Oktober ini, inshaAllah. Tapi pencarian saya di internet mengenai Abu Nour kadang2 membuat saya keliru iaitu ada yang berkata Abu Nour institute tidak lagi menerima pelajar luar negara. Saya harap itu tidak benar.

Unknown said...

Assalamualaikum.Saya nak tanya jika kepasan mana2 universiti dari Yaman layak atau tidak untuk menyambung pelajaran ke Abu Nour (Mujamma’a As-Sheikh Ahmad Kuftaro) dan Al-Fatah Al-Islamiy?